Posts

Showing posts from January, 2012

~UsaHLaH S0mbOnG MeNiNggI DiRi~

Image
~ Allah berkata, " negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang  yang tidak sombong di dunia dan juga tidak melakukan kerosakan di dunia.  Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa ~  surah Al-Qasas, ayat 83 ~ Allah berkata " janganlah kamu berjalan di muka bumi  dengan berlagak sombong". ~ surah Al-Isra' ayat 37 ~ Allah berkata, " sesungguhnya Qarun adalah daripada kaum nabi Musa. Kemudian Qarun sombong dan berlaku zalim terhadap mereka.  Kami kurniakan kepadanya pelbagai jenis kekayaan sehingga anak kunci bagi gedung penyimpanan hartanya itu terlalu berat hanya mampu dipikul oleh beberapa orang yang kuat sahaja. Kaumnya berkata kepadanya, janganlah kamu bermegah  dengan kekayaan kamu itu. sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah." ~  Surah Al-Qasas ayat 76 ~ Harithah bi Wahab melaporkan, katanya " saya mendengar nabi Muhammad berkata, Biarlah saya terangkan kepada saudara-saudara semua siapa yang masuk nera

PARLIMEN DI MALAYSIA

Image
          Parlimen merupakan sebuah badan perundangan persekutuan yang berkuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Parlimen ini terdiri daripada tiga komponen penting iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh yang demikian penggubalan serta kelulusan undang-undang di parlimen mestilah melalui ketiga-tiga komponen tersebut. Melalui parlimen ini, orang ramai atau masyarakat malaysia yang biasanya melalui wakil mereka akan membahaskan isu-isu semasa, dasar-dasar kerajaan atau tindak tanduk kerajaan agar mencapai persetujuan dan keselarasan umum. Setiap masalah yang dihadapi oleh masyarakat biasanya akan dibincangkan di parlimen bagi mengatasi masalah tersebut seterusnya mewujudkan sebuah undang-undang atau akta yang baru sekiranya ia diperlukan.             Parlimen mempunyai fungsi-fungsi tertentu terhadap masyarakat, kerajaan dan negara. Antara fungsi-fungsi parlimen ialah parlimen merupakan satu medan yang digunakan untuk ahli-ahli dewan sama ad

selamat tinggal 2011.. selamat datang 2012

Image
Selangkah demi selangkah..  Dunia merangkak tanpa henti.. Menanti penghujung usia.. Entah bila kunjung tiba... Tahun dan masa silih berganti.. dan kita masih disini...  Tak berhenti mencorak dunia... Tanpa menghitung jahilnya kita... Semakin bertambah usia.. semakin dekat kita dengan kematian.. Itu yang harus kita fikirkan.. Kejarlah dunia seperti kita akan hidup selamanya... Dan kejarlah akhirat itu seumpama kita akan mati esk..  2011 yang telah kita tinggalkan.. Meninggalkan seribu memori, dosa atas kealpaan, duka yang mencengkam serta  Kegembiraan yang tak mungkin berkekalan.. 2012 yang  telah berkunjung tiba.. Yang masih kita tak pasti.. Apakah ranjau yang harus kita lalui.. Berdoa dan berharaplah pada yang Esa.. Kerna Dia maha kuasa.. Moga 2012 yang datang.. Hidup penuh barakah dari tuhan.. Ya ALLAH aku memohon rahmat dan pelindunganMu  dari sebarang kejahilan dan kelapaan.. Dari sebarang azab dan sensara.. Dari sebarang dosa dan kemurkaanMu Ya ALLAH.. lindungilah hambaMu Dengan