Posts

Showing posts from October, 2011

Wanita Dihearty

Image
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan

seandainya lelaki tahu

Image
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

Don't fall in love..

Image
i should go.. i should hurry up and go... because my stubbornness will turn to tears.. i should hurry so i wont't see you left behind.. a bit fuster i should hurry and go.. our departing love, its crying now... our overflowing sadness spill out.. it's hard even just one step forward.. so i just stand crying with my back on you.. don't fall in love.. good bye will always come.. it hurts so much that you can't even breath.. i thought that it'd only hurt as much as I love you, that it will be ok.. that i could forget it.. but no.. it hurts thousand times more.. i afraid.. living with my open eyes.. because even if i'm searching i wont be able to see you... instead of yearning for you.. living with my closed eyes is probably better.. don't fall in love.. good bye will always come.. it hurts so much that you can't even breath.. i thought that it'd only hurt as much as I love you, that it will be ok.. that i could forget it.. but no..

Kesan Permodenan keatas alam sekitar

Image
PENGENALAN Sejak akhir-akhir ini, arus pemodenan yang semakin pesat telah mendatangkan musibah kepada penduduk yang tinggal di kawasan Bandar mahupun kawasan luar Bandar. Hal ini adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan pemodenan dan pembangunan. Dalam usaha untuk mengecapi kemajuan dan pemodenan yang semakin pesat kini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang kritikal dan sangat berbahaya. Walaupun pembangunan dan pemodenan yang    dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dari segi ekonomi dan sosial, namun bagi sesebuah Negara yang sedang membangun misalnya tidak mampu mengelak dari masalah-masalah pencemaran alam yang berpunca daripada pelaksanaan pemodenan itu sendiri. Pencemaran merupakan satu topik yang selalu hangat diperkatakan, tetapi masalah ini tidak diambil serius oleh mereka yang bertanggungjawab. Sewajarnya tindakan perlu diambil demi mengatasi masalah pencemaran ini daripada terus menular dengan lebih bahaya kepada penduduk. Sebagai

Jurang Pendidikan di Malaysia

Image
1.0    Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah inggeris. Pada masa itu jurang pendidikan telah   pun wujud kerana pihak penjajah telah membina jurang antara kaum bertujuan mengelakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap,  g uru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.  S ekolah luar bandar  pula  mengalami pelbagai kekurangan dari seg i  infrastruktur dan peralatan, kemudah