Posts

Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur

Image
(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan (2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh  (3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas  (4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas  TANAH Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria. (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING) Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja. AIR Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifa...

AKU DiReJeCk

Image
pengumuman : saya telah direjeck.. sekarang saya sedang mengubati hati yang dah lunyai... semoga kamu bergembira disamping yang tersayang.. dan semoga saya mampu melupakanmu... terima kasih kerana menolak cinta saya... sekurang-kurangnya saya tahu... hati kamu tak pernah ada ruang untuk saya.. dan saya tahu ALLAH masih sayangkan saya.. dan yang pasti.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. dan sekarang saya mampu tersenyum... walau hati berpalit luka... Ps: lain kali jgn gatal nk meluahkan perasaan yer.... padan muka aku.. huhu

Gambaran Hari Kiamat

Image
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpam...

My Childhood birthday

Image
      sebenarnya 2 november merupakan hari ulang tahun kelahiran kawan baik aku. Kami tinggal sekampung dan membesar bersama-sama. keluarga kami sangat rapat. dah macam family dah. nama dia Faiz. aku ngan dia memang rapat giler ar sejak kecik lagi. umur kami sebaya. tu mungkin salah satu sebab kitaorang ni sangat rapat. dari dulu agi kami selalu gaduh-gaduh.. gaduh-gaduh sayang la katakan.. dari tadika agi kami satu sekolah, sampai la sekolah rendah. then bila masuk sekolah menengah, kitaorang berpisah. dia sekolah lain , aku sekolah lain. duk asrama lak tu.. masa tu memang jarang jumpa ar.. p kami jumpa balik bila masuk form 6. sekelas.              Aku ngan dia ni slalu gaduh pastu ok balik. sebab tu kitaorg rapat kot.. dari kecik sampai sekarang ak asyik kena gosip ngan dia.. bukan setakat kawan-kawan aku jer gosipkan aku ngan dia tapi cikgu n family kami pom selalu gosip. diorang slalu kata kami ni macam husband n wife la, secocok ...

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Image
Pengenalan             Menurut Borich dan Tombari 1997 dalam bukunya Educational Psychology A Contemporary Approach (ms 177) kontraktivisme merupakan pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan ( dalam minda ) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Manakala menurut Woolfolk 1998 dalam bukunya educational psychology pula menjelaskan bahawa mengikut teori pembelajaran kontraktivisme pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.             Antara tokoh yang terlibat dalam mengemukakan teori ini adalah Jean Willian Fritz Piaget atau dikenali sebagai Jean Piaget. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 di neuchatel di kawasan-kawasan switzerland berbahasa perancis. Piaget belajar di univer...

Wanita Dihearty

Image
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan

seandainya lelaki tahu

Image
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, ...