Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.



Pengenalan
            Menurut Borich dan Tombari 1997 dalam bukunya Educational Psychology A Contemporary Approach (ms 177) kontraktivisme merupakan pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan ( dalam minda ) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Manakala menurut Woolfolk 1998 dalam bukunya educational psychology pula menjelaskan bahawa mengikut teori pembelajaran kontraktivisme pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.
            Antara tokoh yang terlibat dalam mengemukakan teori ini adalah Jean Willian Fritz Piaget atau dikenali sebagai Jean Piaget. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 di neuchatel di kawasan-kawasan switzerland berbahasa perancis. Piaget belajar di universiti Neuchatel dan belajar sebentar di universiti Zurich. Beliau telah menerbitkan dua buah buku falsafah yang menunjukkan arah pemikirannya pada ketika itu. Pada tahun 1929, Jean Piaget menerima jawatan Pengarah Biro Pendidikan Antarabangsa dan tetap kepala ini organisasi antarabangsa sampai 1968. Setiap tahun, ia direka-Nya "Director's Pidato" untuk Dewan IBE dan untuk Persidangan Antarabangsa Awam Pendidikan di mana ia secara jelas ditujukan kredo pendidikan nya. Pada tahun 1964, Piaget dijemput untuk melayani sebagai perunding kepala pada dua persidangan di Cornell University (11-13 Mac) dan University of California, Berkeley (16-18 Mac). Persidangan membahas hubungan kajian kognitif dan pembangunan kurikulum dan diusahakan untuk memahami implikasi dari penyelidikan terkini perkembangan kognitif anak-anak untuk kurikulum
            Tokoh kedua yang terlibat dalam teori konstraktivisme ini ialah Lev Vygotsky. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934. Beliau merupakan seorang psikologi berbangsa Rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. Beliau telah menulis buku tentang ‘pemikiran dan bahasa serta ‘Fikiran Masyarakat’. Beliau mendapat pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Beliau meneruskan pengajian di sebuah sekolah persendirian dan akhirnya menamatkan sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas. Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.
Secara umumnya konstraktivisme merupakan teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan. Teori konstruktivisme menjelaskan bahawa pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkan topik tersebut dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada. Tetapi masing-masing bukanlah menerima bulat-bulat pengetahuan yang disediakan. Teori konstruktivisme ini sebenarnya mempunyai asas daripada teori kognitif dengan penekanan yang diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.
 Menurut Lev Vygotsky, teori pembelajaran sosial konstruktivisme adalah satu teori yang berkisar mengenai perkembangan konsep dimana pada peringkat kanak-kanak sesuatu pekara  itu berkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bantuan verbal oleh orang lain dimana konteks sosial memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Konsruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina maklumat atau pengetahuan dan bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang mereka pelajari dengan cara menghubungkaitkan pengetahuan yang mereka miliki dengan pengalaman sedia ada mereka dan ini menyebabkan mereka tidak menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.
Vygotsky menekankan pentingnya hubungan antara individu dalam lingkungan sosial. Menurut beliau interaksi sosial iaitu interaksi individu merupakan faktor yang penting dalam perkembangan kognitif seseorang. Vygotsky berpendapat proses pembelajaran yang dijalankan akan lebih efektif jika para pelajar melakukan proses pembelajaran secara koperatif kerana mereka akan boleh mendapat bimbingan daripada pelajar-pelajar lain yang lebih berkebolehan serta bantuan daripada guru-guru. Teori Vygotsky ini telah menarik minat pemerhati-pemerhati khususnya dalam bidang pendidikan untuk mengembangkan modelpembelajaran secara koperatif. Dalam teori Vygotsky, beliau telah menekankan konstruktivisme dalam aspek kebudayaan. Menerusi perkembangan minda pelajar, Vygotsky telah memberikan dua pendapat iaitu perperkembangan minda pelajar dapat difahami melalui budaya serta pengalaman pelajar itu sendiri.
Mengikut teori oleh Lev vygotsky beliau telah mempelopori teori konstruktivisme sebagai teori konstruktivisme sosial. Menurut beliau, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Menurutnya juga penekanan bahawa pentingnya memanfaatkan lingkungan daripada pembelajaran dalam lingkungan sekitar siswa pula bermula daripada lingkup sosial, antara orang lain atau pihak kedua dan kemudiannya pada lingkungan individu sebagai peristiwa internasisasi. Daripada konteks sosial ia memainkan peranan utama dalam pembelajaran. Konstruktivisme yang diperkenalkan oleh vygotsky lebih memperlihatkan pembelajaran manusia dalam konteks sosial-budaya. Dalam konteks pembelajaran sebegini pelajar akan berkongsi dan saling memb membina pengetahuan baru yang dicetuskan oleh ideal yang pelbagai. Di samping itu juga, penglibatan dengan orang lain atau pihak kedua akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan.
Melalui teori perkembangan konstruktivisme pelajar harus menemukan sendiri dan mentransformasikan informasi kompleks, mengecek informasi baru dengan aturan-aturan lama dan meversikan apabila aturan lama tidak lagi sesuai. Pengajar hendaklah benar-benar memahami pelajar bekerja menyelesaikan masalah dan menemui sesuatu untuk dirinya. Pelajar berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan idea-idea yang baru. Idea-idea baru ini menjadikan pelajar bersikap lebih aktif dalam pembelajaran. Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberi perhatian terhadap pekara-pekara seperti memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukan pandangan atau cadangan mereka mengenai sesuatu konsep dan pelajar juga harus diberi peluang untuk berkongsi pendapat atau persepsi mereka antara satu sama lain terutamanya ketika aktiviti berkumpulan. Selain itu, pembelajaran sosial konstruktivisme ini juga mengalakkan para pelajar supaya mendengar serta menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka dan sekaligus tidak memandang rendah terhadap pandangan yang dikemukan oleh rakan-rakan mereka.
Vygotsky juga turut memperkenalkan satu lagi idea penting iaitu “ the zone of proximal development  atau dalam bahasa melayunya adalah zon perkembangan terdekat (ZPD). ZPD adalah jurang antara apa yang diketahui dengan apa yang belum diketahui oleh pelajar. ZPD merupakan perbezaan antara pengetahuan para pelajar yang diperoleh sendiri dengan pengetahuan pelajar yang diperoleh melalui bantuan orang lain yang lebih kompeten. Jika seseorang pelajar mampu melakukan pembelajaran sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, pelajar tersebut berada di bawah tahap ZPD manakala jika pelajar melakukan proses pembelajaran atau sebarang tugasan dengan bantuan orang lain, ia menunjukkan pelajar tersebut berada ditahap ZPD.
ZPD ialah merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar. Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri tugasan pembelajaran itu maka isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain maka tugasan tersebut berada pada tahap ZPD. Oleh itu, isi pelajaran yang berada luar daripada zon aras bawah bermakna tidak akan berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Tetapi sekiranya isi pelajaran berada di luar zon aras atas iaitu melebihi zon atas pelajar tidak akan dapat menguasai isi pelajaran walaupun dengan bimbingan orang lain.
Dengan itu, teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu isi pelajaran yang berada dalam  ZPD iaitu mengikuti proses bimbingan dan bantuan. Daripada teknik ini, peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan akan menguasai keperluan pelajar. Namun begitu, bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat dan akhirnya bimbingan dilepaskan setelah pelajar dapat melakukan sendiri. Teknik yang boleh dilakukan untuk scaffolding adalah seperti cara penjelasan verbal (penjelasan lisan), soal jawab, promping (dorongan), cueing (isyarat) dan tanda isyarat lain.
Disamping itu, pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar seperti aktiviti-aktiviti yang berbentuk “hands on” dan “minds on” juga merupakan salah satu unsur yang penting dalam teori pembelajaran sosial konstruktivisme. Teori inin juga mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar di samping menggalakkan pelajar berfikir dan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Pelajar juga perlu diminta untuk menghubungkaitkan idea asal serta idea yang baru dibina dan tidak menerima bulat-bulat tentang sesuatu pekara itu. Pelajar juga digalakkan untuk mengemukan hipotesis dan para guru seharusnya tidak menyampaikan maklumat terus kepada pelajar dan pekara ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan guru-guru dan dengan guru-guru dan dengan pelajar-pelajar yang lain. Pekara ini boleh menarik minat pelajar dan kebolehan pelajar dapat dilihat dan bekerja secara berkumpulan adalah amat digalakkan.
Menurut teori konstruktivisme lagi, guru hanya memberi kemudahan serta kesempatan kepada pelajar dalam mencari idea-idea. Idea yang diperoleh ini hendaklah diterapkan sendiri oleh mereka dan mengajar pelajar untuk menggunakan strategi mereka sendiri untuk belajar. Apabila pelajar dapat menerapkan strategi mereka dalam pembelajaran, pendidik perlu memainkan peranan dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Pendidik perlu menyusun dan membina pengalaman dalam pembelajaran dan menggalakkan penyertaan pelajar di dalam kelas. Pelajar hendaklah bergerak aktif dalam pembelajaran. Pelejar boleh mengembangkan idea yang diperolehi sewaktu proses pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran konstuktivisme ini dapat diterapkan dalam diri pelajar.
Menurut Teori perkembangan kognitif piaget yang dikemukakan oleh Jean Piaget, perkembangan kognitif sebahagian besar ditentukan oleh manipulasi dan interaksi aktif anak dengan lingkungan. Pengetahuan dari tindakan, Piaget yakin bahwa pengalaman fizik dan manipulasi lingkungan penting bagi terjadinya perubahan perkembangan. Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak didik secara aktif membangunkan sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman dan interaksi mereka.
Menurut beliau juga, kanak-kanak dapat membangunkan sendiri dunia kognitif mereka. Malahan, piaget mempunyai keyakinan bahawa kanak-kanak dapat menyesuaikan pemikiran mereka berdasarkan pengalaman yang mereka lalui. Kanak-kanak juga dapat menyesuaikan pemikiran mereka berdasarkan situasi-situasi yang berlaku. Tambahan pula informasi ini akan sentiasa bertambah mengikut perkembangan itu sendiri. Mengikut Piaget terdapat dua proses dasar dalam perkembangan dunia individu iaitu pengorganisasian dan penyesuaian. Untuk membuat pemikiran kita diterima oleh persekitaran kita, kita akan membuat pengorganisasian tentang pengalaman-pengalaman yang terjadi.
Kita menyesuaikan diri dengan dua cara iaitu asimilasi dan juga akomodasi. Asimilasi dikatakan terjadi menggabungkan informasi baru ke dalam pengetahuan mereka yang sudah ada. Sedangkan akomodasi adalah terjadi ketika individu menyesuaikan diri dengan informasi baru. Piaget menyatakan bahawa kita melepasi 4 fasa utama dalam memahami kehidupan dan persekitaran. Tahap ini berkaitan dengan usia dan ia merupakan tahap pemikiran yang berbeza. Pada tahap pertama merupakan tahap sensorimotor (sensorimotor stage) yang terjadi bermula ketika lahir sehingga berumur 2 tahun. Pada  tahap ini, perkembangan mental dapat dilihat pada perubahan besar dalam kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan kemahiran seperti melihat dan mendengar melaluii gerakan-gerakan yang dibuat dan tindakan-tindakan fizik.
Pada tahap kedua pula adalah ketika berumur 2 hingga 7 tahun iaitu tahap praoporasional (preoperational stage). Pada tahap ini, kanak-kanak mula memahami persekitaran dengan kata-kata dan gambar-gambar. Pada ketika ini, kanak-kanak mula mempunyai sikap egosentrisme, animisme dan intuitif.egosentrisme adalah kanak-kanak tidak mampu untuk membezakan antara perspektif seseorang dan perspektif orang lain. animisme pula adalah keyakinan terhadap sesuatu unsur atau objek yang tidak bergerak turut mempunyai kehidupan seperti mereka dan mampu bertindak. Manakala intuitif pula sikap ingin tahu. Pada usia ini kanak-kanak ingin mengetahui setiap jawapan terhdap pelbagai persoalan.
Tahap ketiga pula adalah tahap konkrik (concrete operational stage) yang berlaku ketika berumur 7-11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak mampu berfikiran secara logik dengan menggantikan sikap intuitif. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mempunyai pelbagai kemahiran baru dalam kehidupan mereka. Akhirnya adalah peringkat keempat iaitu peringkat operasi formal (formal operational stage). Menurut piaget,  ia dapat dilihat ketika berumur antara 11 hingga 15 tahun. Pada tahap ini, individu lebih berfikiran logik dan abstrak. Malah individu ketika ini telah mempunyai pengalaman-pengalaman tertentu dalam kehidupan mereka.


"sharing is caring, caring is loving, loving is helping"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam