konsep kelompok, ingroup, outgroup, etnosentrik dan prejudis
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik sepertin melayu,cina,india, sabah dan sarawak. Masyarakat berbilang kaum ini menjadikan malaysia sebuah negara yang penuh dengan kebudayaan dan juga kesenian yang tertentu. Namun begitu, bukan mudah untuk negara-negara seperti malaysia untuk mengekalkan kesepaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ini. oleh yang demikian pelbagai peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
Konsep-konsep dalam kelompok,ingroup,outgroup, etnosentrik dan prejudis sangat penting bagi mengetahuai latar belakang kepada permasalahan kaum yang timbul kerana pengetahuan am tentang kelompok sosial ini mampu membantu bagi mencari penyelesaian dalam mengatasi masalah perkauman atau masalah antara hubungan etnik di negara kita.
2.0 Konsep
2.1 Konsep Kelompok
Menurut wekley dan yulk 1977, kelompok merupakan satu kumpulan orang yang berinteraksi antara satu sama lain secara teratur dalam sesuatu periode tertentu dan merasakan bahawa adanya kebergantungan antara mereka dalam mencapai satu atau lebih tujuan bersama. Namun begitu menurut Cartwright dan Zander 1971, kelompok merupakan suatu kolektif yang terdiri daripada pelbagai organisma dimana eksistensi semua anggota sangat penting bagi memuaskan setiap keperluan individu. Ini bermakna kewujudan setiap ahli didalam kelompok sangat penting kerana ia mampu membantu ahli kelompok yang lain dalam mendapatkan keperluan-keperluan mereka. Individu menjadi milik kelompok kerana mereka akan mendapat kepuasan sebaik mungkin melalui organisasi malah mereka mungkin tidak akan mendapat kepuasan ini menerusi kaedah atau cara lain.
Perbentukan kelompok dimulakan dengan adanya perasaan ataupun persepsi yang sama antara individu dengan individu yang lain dalam memenuhi keperluan. Individu tersebut akan saling berinteraksi antara satu sama lain akibat timbulnya motivasi atau keinginan untuk memenuhi setiap keperluan. Interaksi yang terjadi ini akan menghasilkan dan membentuk sebuah kelompok. Pembentukan kelompok ini seterusnya akan membentuk satu hirarki tertentu dalam menentukan kedudukan masing-masing seperti ketua atau raja, golongan elit, pembesar dan sebagainya. namun interaksi yang berterusan ini akhirnya mampu mewujudkan konflik yang akhirnya mewujudkan perpecahan namun ia bersifat sementara kerana wujudnya kesedaran dalam diri ahli kelompok tentang kepentingan kelompok itu sendiri. Akhirnya ahli kelompok pasti berusaha menyesuaikan diri demi kepentingan kelompok tersebut.
Kelompok etnik pula merujuk kepada sekelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui satu warisan sepunya, baik warisan sebenar mahupun warisan yang dianggap. Identiti etnik dikumpul melalui perbezaan diri dengan kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama mahupun tingkahlaku. Pada umumnya pembentukan kelompok-kelompok telah menyebabkan pembentukan etnik dimana kumpulan-kumpulan etnik ini terdiri daripada golongan manusia yang mempunyai persamaan sama ada bahasa, adat resam, agama, budaya dan lain-lain. pembentukan etnik bermula daripada pembentukan kelompok-kelompok yang kecil akhirnya berkembang menjadi kelompok yang besar dan menghasilkan satu budaya yang sama. Kepelbagaian kelompok-kelompok ini telah mewujudkan kepelbagaian etnik mahupun bangsa. Oleh itu ia akan mewujudkan pelbagai jenis budaya dan juga gaya hidup yang berbeza antara golongan kolompok dan etnik.
2.2 Konsep ingroup
Menurut Zanden 1979 ingroup merupakan satu unit sosial dimana seseorang individu mengangggap dirinya berada dalam satu kelompok atau kumpulan miliknya. Individu yang merasakan dirinya berada dalam satu kelompok mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengikuti semua aturan atau budaya yang dibawa oleh kelompok tersebut. Norma-norma yang berlaku serta yang dikembangkan dalam kumpulannya menjadi perkara penting dalam kehidupannya dan sering bertegas bahawa dirinya merupakan sebahagian daripada kelompoknya.
Dalam sosiologi dan psikologi manusia, ingroup merupakan kelompok sosial yang mana seseorang individu merasakan bahawa mereka seolah-olah merupakan ahli ataupun termasuk dalam sesebuah kumpulan. Dalam kelompok tersebut, anggota kelompok mempunyai satu ikatan perasaan antara ahli kelompok yang lain. Ahli kelompok sendiri dianggap sebagai saudara ataupun satu keluarga oleh ahli kelompok yang lain dalam sesuatu kelompok itu. Seseorang yang cenderung untuk memegang sikap positif terhadap anggota kumpulan mereka sendiri dikenali sebagai ingroup bias. Ingroup bias merupakan salah satu kelompok bias kognitif yang dikenali sebagai kumpulan. Ingroup bias ini dapat dilihat apabila seseorng memberikan layanan yang baik dan istimewa kepada ahli dalam kelompok yang sama dengan mereka.
Dalam sesuatu kelompok ingroup, seseorang juga berkecenderungan untuk menukar kelompok ingroup mereka kepada kelompok yang lain sekiranya berlaku krisis atau hilang minat terhadap ingroup tersebut. Ahli kelompok mereka juga cenderung menukar ingroup mereka sekiranya keperluan mereka tidak dipenuhi. Contohnya seseorang menukar agama dari agama asal kepada agama yang lain. ini menunjukkan bahawa mereka telah bertukar ingroup daripada ingroup agama asal kepada agama yang baru mereka anuti. Selain itu juga, mereka juga cenderung untuk memiliki lebih daripada satu ingroup seperti kelompok bangsa melayu, dan kelompok beragama islam. Malah kemungkinannya masyarakat memiliki lebih daripada satu kelompok ingroup.
Dalam etnik di negara kita, negara kita memiliki pelbagai kelompok ingroup seperti kaum cina, india dan melayu yang mana mereka mengamalkan budaya mereka sendiri. Dalam kelompok ingroup mereka, mereka memiliki kepelbagaian budaya dan adat resam mereka. Oleh yang demikian, mereka mempunyai ingroup mereka sendiri dan menganggap mereka merupakan golongan bangsa mereka sendiri. Namun begitu, akibat daripada proses asimilasi, ada diantara kelompok lain yang turut mengamalkan budaya dan adab resam bangsa lain contohnya melayu yang mengamalkan adat perkahwinan yang telah diasimilasikan daripada masyarakat hindu dan disesuaikan dalam masyarakat melayu. Namun begitu mereka masih berada dalam kelompok ingroup yang berbeza walaupun mempunyai beberapa similariti atau persamaan daripada segi budaya.
2.3 Outgroup
Istilah outgroup merujuk kepada sesuatu kelompok yang bukan daripada kelompok ingroup yang sama. Menurut Triandis 1995, outgroup merupakan satu kelompok yang pernah mempuyai konflik pada masa lalu ataupun kelompok yang mempunyai percanggahan pendapat dengan kelompok ingroup. dalam outgroup, individu tidak merasakan bahawa mereka berada dalam satu kelompok. Seseorang individu dalam kelompok sebenarnya memainkan kedua-dua peranan iaitu outgroup dan ingroup. Sebagai contoh kaum melayu iaitu ingroup akan menganggap kelompok dari kaum india sebagai outgroup dan begitu juga sebaliknya iaitu kelompok india ingroup menganggap kelompok melayu sebagai outgroup.
Seseorang individu mungkin menganggap outgroup yang lain sebagai musuh ataupun pesaing dan sentiasa cuba membandingkan diri mereka dengan outgroup yang lain. Malahan mereka menganggap pesaing mereka tidak mampu memberikan keuntungan mahupun kelebihan kepada mereka.kelompok ingroup sentiasa menganggap kelompok outgroup sebagai inferior dan tidak setaraf dengan mereka. Mereka turut menganggap bahawa kelompok outgroup dengan pandangan serong serta menjijikkan. Menurut Darwish dan Huber 2003, ahli-ahli dalam ingroup akan melihat outgroup sebagai orang lain atau orang luar yang sangat berbeza dengan mereka dan amat sukar untuk difahami.
Jain dan Triandis 1990 menganggap bahawa ingroups akan membentuk stereotaip dari outgroup dan stereotaip ini akan meningkat. Malah menurut beliau, urusan akan menjadi lebih mudah sekiranya menganggap seseorang itu lebih kurang sama atau menganggap mereka sama. Dalam hubungan etnik, outgroup ini sering terjadi dimana sering berlaku persaingan antara golongan ingroup dan outgroup dalam kalangan masyarakat. Contoh yang dapat kita lihat ialah bagaimana sesebuah kelompok etnik atau bangsa yang sentiasa bersaing dan menganggap musuh mereka lebih lemah dan sering bercanggah pendapat antara satu sama lain. Bagaimanapun sikap ingroup yang ingin menjadi lebih baik dari outgroup merupakan sikap yang positi kerana mereka mampu memperbaiki kelemahan mereka. Namun sebaliknya sekiranya mereka tidak mampu mengawal sikap tersebut dengan baik, ia mampu merosakkan bangsa itu sendiri.
2.4 Ethnocentricism
Menurut william Sumner dalam Deaux, Dane dan Wrightsman, 1993, etnosentrik merupakan pandangan terhadap segala sesuatu dimana suatu kelompok menjadi pusat dari segalanya, menjadi acuan dalam menilai kelompok yang lain. secara tidak formalnya, menurut Sumner, adalah kebiasaannya setiap kelompok menganggap kebudayaan kelompok mereka adalah yang terbaik berbanding kebudayaan kelompok lain. Menurut Landis 1992, ethnosentrik merupakan satu bentuk prasangka yang menganggap budaya kelompoknya adalah benar dan budaya lainnya dalah salah. Taylor, Peplau dan Sears 2000, meyatakan pula bahawa ethnosentrik mengacu pada suatu kepercayaan bahawa ingroup lebih bai daripada outgroup. Hal ini dapat mempengaruhi evolusi yang dilakukan oleh kelompok tersebut. Ini dapatlah dikatakan bahawa sesuatu kelompok diakatakan etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standart dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.
Menurut Cohen 1992, etnosentrik mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan etnosentrik ialah untuk meningkatkan lagi kesetian serta semangat patriotik terhadap bangsa atau kelompok mereka. Manakala antara kekurangan sikap ini ialah mereka akan ketinggalan berbanding kelompok-kelompok yang lain kerana idea-idea dari luar sering dicurigai dan menganggap idea-idea dari luar mampu merosakkan serta mendatangkan keburukan kepada kelompok mereka. Contohnya golongan masyarakat orang asli atau masyarakat luar bandar tidak mahu menerima pemodenan kerana mengangap idea-idea pemodenan daripada masyarakat bandar mampu merosakkan budaya dan adat resam mereka. Oleh yang demikian mereka lebih sanggup hidup dalam kemiskinan dan mundur.
Sikap etnosentrik ini bagaimanapun berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan antara anggota dalam sesuatu masyarakat atau bangsa dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, sikap etnosentrik merupakan sikap memandang kebudayaan kelompok lebih tinggi daripada kelompok budaya masyarakat lain. sebagai contoh, etnik melayu berpendapat bahawa masyarakat melayu mempunyai kebudayaan serta corak kehidupan yang lebih bertamadun serta lebih mulia berbanding kaum lain di negara ini.
2.5 Prejudice
Prejudis merupakan pandangan negatif terhadap ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Sikap prejudis ini biasanya tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berdasarkan kepada maklumat yang tepat, jelas atau mencukupi. Sebaliknya mereka hanya memberikan pandangan berdasarkan pemerhatian secara kasar sahaja. Sikap prejudis ini akhirnya disalurkan kepada generasi kepada satu generasi yang lain yang akhirnya mendatangkan kesan seperti berlakunya persaingan bagi mendapatkan sesuatu diantara satu kelompok dengan kelompok yang lain seperti persaingan dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun apabila prejudis disuarakan , ia akan menjadi stereotaip dimana stereotaip ialah kenyataan-kenyataan umum terhadap sesebuah etnik seperti “semua orang arab beragama islam”.
Sikap prejudis ini seringkali ada dalam kalangan etnik di negara kita. Malahan sikap prejudis yang tebal mampu menyebabkan keretakan hubungan sesuatu kaum, etnik dan kelompok. Sikap prejudis antara kelompok ini mampu menyumbang kepada permasalahan yang lebih besar seperti rusuhan kaum dan banyak lagi. Sikap prejudis ini berlaku apabila sesebuah etnik memandang serong atau memandang negatif terhadap etnik lain. Perasaan prejudis terhadap etnik lain ini sukar diubah walaupun fakta yang sebenar telah diberikan bagi membetulkan serta membuktikan kenyataan yang dibuat oleh mereka adalah salah.
Prejudis yang wujud biasanya mendapat sokongan yang aktif daripada golongan masyarakat yang lain. ini juga merupakan salah satu faktor yang memperkukuhkan lagi tahap prejudis sesuatu kaum terhdap kaum yang lain. seharusnya sikap prejudis antara kaum ini harus dihentikan malah mereka harus bersangka baik bagi mewujudkan kepelbagaian etnik yang mampu bersatu padu serta mampu mewujudkan kepelbagaian etnik yang mampu saling bergantung antara satu sama lain.
3.0 Kesimpulannya
Kelima-lima konsep tersebut iaitu kelompok, ingroup, outgroup, etnosentrik, dan prejudis adalah saling berkait antara satu sama. Pembentukan beberapa buah kelompok menghasilkan ingroup dan outgroup. Ingroup dan outgroup ini terdiri daripada beberapa golongan etnik, mahupun bangsa ataupun golongan agama. Dalam setiap kelompok, outgroup dan ingroup ini mereka mempunyai sikap etnosentrik yang mana menganggap budaya mereka lebih baik daripada budaya kelompok yang lain. Mereka mempunyai sikap prejudis antara satu sama lain yang mampu menganggu gugat kestabilan masyarakat dalam sesebuah negara.
Sumber Rujukan
Bobbie Latham, Ingroup and Outgroup: effect on intercultural techical communication (2007), diperoleh pada Disember 11,2007 daripada webpages.acs.ttu.edu/rlatham/coursework/5377(intercultural_com)research_article_latham.pdf
Ciri-ciri Dinamika Kelompok diperoleh daripada kuliahpsikologi.dekrizky.com/ciri ciri dinamika kelompok
Hubungan Etnik diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/11000287/Hubungan-Etnik
Ingroup (2011), Diperoleh pada Febuari 4, 2011 daripada ms.wikipedia.org/wiki/Ingroup
Ingroup bias diperoleh daripada www.wisegeek.com/what is ingroup bias.utm
Kelompok Etnik(2011), Diperoleh pada Januari 31, 2011 daripada ms.wikipedia.org/wiki/kelompok_etnik.
Nasrudin Yunos, Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik (2010), Diperoleh pada Ogos 4, 2010 daripada http://www.docstoc.com/docs/33383100/hubungan-etnik.
"sharing is caring, caring is helping, helping is loving" |
Comments
Post a Comment