Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia
Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia
merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan
masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di
negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang
unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara
ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan.
Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun
kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih
mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.
Antara
kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum
india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya
khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering
bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan
sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan
atau menyebut perkataan “vanakum”. Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai
adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila
mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa
buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga
digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau
sanak saudara.
Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang
kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang
demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai
tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah. Dalam masyarakat ini, sekiranya
mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan.
Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda
terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda
kebaikan.
Dalam masyarakat india, keluarga merupakan institusi yang
sangat penting. Dalam sesebuah institusi keluarga india, bapa memainkan peranan
utama dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, ibu merupakan seseorang yang
sangat dihormati dan yang paling mulia dalam institusi keluarga. Malah ibu
dianggap tuhan dalam keluarga mereka. Manakala anak perempuan mereka pula
dipanggil seperti seorang ibu dalam tradisi masyarakat mereka. Oleh yang
demikian, dalam kebudayaan mereka, anak perempuan dijaga dengan sempurna dan
amat dititikberatkan terutamanya ketika mereka masih dara. Ini menunjukkan
bahawa golongan wanita diangkat dengan darjat yang tingi dalam kehidupan
masyarakat hindu di negara ini. Kedudukan suami dalam keluarga pula, golongan
suami dianggap sebagai tuhan oleh isterinya. Dan golongan suami harus ditaati
dan dihormati oleh golongan isteri.
Sewaktu perkahwinan masyarakat india, kad jemputan
memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad
jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan
dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit
cair sebagai keharmonian. Seterusnya beberapa keping kad jemputan dalam
bilangan ganjil akan dibawa kekuil untuk disembahyangkan (arccanai). Kad
jemputan tersebut diletakkan di dalam dulang bersama pinang, wang ringgit,
sireh dan sebagainya sebagai tanda kekayaan. Upacara ini dikenali sebagai
paanam paaku. Seterusnya dulang tersebut dibawa ke rumah pengantin perempuan
untuk diberikan kepada pengantin lelaki dan begitu juga sebaliknya.
Seterusnya adalah
penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal
benang putih yang dilumur dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia
mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum perkahwinan. Dalam
penyediaan thaali ini pihak lelaki dikehendaki membawa emas, cendana, kumkum,
sireh dan bayaran untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
tersebut hendaklah diletakkan di tempat sembahyang. Seterusnya, upacara
sembahyang dilakukan dan dikenali sebagai thalippadaiyal dimana dalam upacara
tersebut nasi manis disediakan termasuk dhoti dan sari untuk pasangan
pengantin.
Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau
ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat
janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Selepas itu,
pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika
perkahwinan berlangsung Antaranya adat menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya,
menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah
dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang kepada ibu mertua. Selepas upacara
perkahwinan, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati
kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Selain
daripada adat perkahwinan, masyarakat india juga mempunyai adat menyambut
kelahiran bayi. Dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan
dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi
dilahirkan, ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan
selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini,
rumah dan buaian akan di hias dengan begitu cantik. Dalam acara ini,
jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dala memberikan nama yang
sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang
bertuah dan bersesuain dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi,
bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu
agama oleh golongan wanita.
Seterusnya
adalah kebudayaan kaum india dari aspek perayaan. Masyarakat india menyambut
pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut kelendar hindu. Sepanjang tahun
tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang dan perubahan
tahun. Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan
dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam
masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan
Thaiponggal. Deepavali ialah
‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’
ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan
paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan
diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.
Seterusnya
adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam
pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan
susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam.
Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu. Ketika
perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu.
Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan menuai dan ‘padi baru masak’ serta
‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan
dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan
dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga
disedekahkan kepada jiran tetangga.
Comments
Post a Comment