Posts

Showing posts from November, 2011

Salam Maal Hijrah

Image
salam maal hijrah tahun1433 buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.. semoga tahun ini penuh keberkatan dar ALLAH swt Satu Muharam detik permulaan Perkiraan tahun islam hijrah Perpindahan nabi dan ummat islam Dari kota mekah ke kota madinah Dengan keyakinan dan iman yang teguh Kaum muhajirin dan ansar bersatu Rela berkorban harta dan nyawa Demi menegakkan islam tercinta Hijrah itu Pengorbanan Hijrah itu Perjuangan Hijrah itu Persaudaraan Hijrah membentuk Perpaduan Oleh itu, mari semua kita sambut Maal Hijrah Tingkatkan semangat tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang zama Untuk Sepanjang Zaman... ALLAHUAKHBAR!!!!

Teori Fungsional

Image
TAJUK : Sebahagian besar daripada gerakuasa sosial yang berlaku di Eropah pada abad 18 dan 19 yang menjadi latar belakang pertumbuhan teori-teori sosial ketika itu sedang berlaku di negara membangun seperti Malaysia kini. Bincangkan empat daripada gerakuasa tersebut dengan mengambil kira kesesuaian teori fungsional dalam menganalisis isu-isu sosial dalam masyarakat Malaysia kini. 1.0       Pengenalan Teori fungsional merupakan satu teori pada asasnya melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap. Masyarakat terdiri daripada satu keseluruhan yang terdiri daripada bahagian-bahagian. Dalam keseluruhan masyarakat tersebut, masyarakat terdiri daripada pelbagai bahagian dimana setiap bahagian mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang mampu memberi sumbangan kepada golongan masyarakat tersebut. Sumbangan tersebut adalah sumbangan yang mampu memberikan manfaat kepada golongan masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain dan sudah pastinya sumbangan tersebut merupakan keperl

Dosa : Dimana Kita ???

Image
Dosa Peringkat pertama Seseorang yang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya... ini merupakan peringkat awal bagi mereka yang membuat dosa... jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka secara automatiknya akan naik ke dosa peringkat kedua.. Dosa Peringkat Kedua Seseorang itu membuat dosa dan tidak merasa apa-apa diatas perbuatannya... peringkat ini amat merbahaya kerana ia merupakan bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang. Dosa Peringkat ketiga Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan dosa yang dilakukannya... peringkat ini akan sampai kepada situasi dimana mereka yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga sering membawa kepada unsur murtad mahupun syirik ....  contoh ucapannya “ aku minum arak ni biasa ajee... setakat sebotol tak mabuk agi.” Selepas peringkat ini seseorang akan sampai ke peringkat empat.. Dosa Peringkat Keempat Seseorang it

Sekiranya sebuku daging itu baik

Image
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :-                 “Ketahuilah, sesungguhnya didalam diri ada sebuku daging. Sekiranya daging itu baik maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu ialah hati.”                 Betapa pentingnya kita dalam mendidik hati agar tidak dihidapi penyakit-penyakit keji yang terlarang. Penyakit cemburu, dengki, iri hati, dan tidak boleh melihat kesenangan orang lain merupakan penyakit yang sangat merbahaya.                 Maksiat merupakan racun hati yang utama. Mereka yang mendampingi maksiat akan menyebabkan hati kian tertutup dari menerima kesucian agama. Oleh itu, jauhilah maksiat agar hati kita lebih terpelihara.                 Abdullah Ibnul Mubarak berkata :-  “ aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati dan rindu pada berbuat dosa akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati kerana itulah yang terbaik untukmu.” Terdapat empat racun hati :- 1. Berlebihan dalam

Lembaran Mukmin Yang Benar-benar Beriman

Image
Mukmin Sejati... Teguh Akidahnya... :: Menerima dan meyakini bahawa pencipta sejagat adalah ALLAH Yang bersifat dengan kesempurnaan dan mustahil dengan kekurangan :: Matlamat utusan rasul.. :: Dan sesungguhnya kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap ummat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : “ hendaklah kamu menyembah ALLAH dan menjauhi taghut” maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu dibumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan ummat-ummat yang mendustakan Rasul-RasulNya :: :: AN NAHL; 36 :: Inilah matlamat hidup kita yang sebenarnya.. :: 56 – Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu :: :: 57 – Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka , dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu :: :: 58 – Sesungguhnya AL

konsep kelompok, ingroup, outgroup, etnosentrik dan prejudis

Image
1.0                Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik sepertin melayu,cina,india, sabah dan sarawak. Masyarakat berbilang kaum ini menjadikan malaysia sebuah negara yang penuh dengan kebudayaan dan juga kesenian yang tertentu. Namun begitu, bukan mudah untuk negara-negara seperti malaysia untuk mengekalkan kesepaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ini. oleh yang demikian pelbagai peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Konsep-konsep dalam kelompok,ingroup,outgroup, etnosentrik dan prejudis sangat penting bagi mengetahuai latar belakang kepada permasalahan kaum yang timbul kerana pengetahuan am tentang kelompok sosial ini mampu membantu bagi mencari penyelesaian dalam mengatasi masalah perkauman atau masalah antara hubungan etnik di negara kita. 2.0       Konsep 2.1       Konsep Kelompok             Menurut wekley dan yulk 1977, kelompok merupakan satu kumpulan orang yang berinteraks

KitA HambA

Image
Biarpun kita menjadi tuan.. kita tetap bertuhan.. Biarpun kita mereka-reka.. kita tetap ciptaan.. Apalah kita menjadi tuan.. sedangkan kita tetap hamba.. Apalah guna mengangkat kepala.. sedangkan sujud di tempat-Nya.. wahai insan janganlah kita sesekali bongkak dan riak di atas apa yang kita ada kerana segala adalah kurnian dari ALLAH... Lihatlah kedalam diri.. peperangan ada disana.. Tempat kita dimana?? Kalau bukan di situ.. Gelap dan sempit.. dan fitnahnya teramat dahsyat.. Perjalanan yang jauh terasa perit..  Berliku-liku dengan wajah yang legam.. Siapakah yang mampu menolong?? Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.. Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya.. Lalu tunduk sujud mewalangkan diri.. Lalu pulang ke pangkuan-Nya.. Kerdilnya diri apabila kita pulang ke sana.. Bergelumang tanah diatasnya subur bunga-bunga.. Wahai ALLAH.. Terimalah Kepulanganku.. Hambamu.... Ramlee Awang Murshid : Ranggau

kisah disebalik aidiladha

Image
          Bulan Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang banyak merakamkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam. Peristiwa terpenting yang berlaku, di antaranya seperti ibadah haji dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya demi ketaatan baginda kepada perintah Allah s.w.t. Rentetan daripada peristiwa itu, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:           Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: ``Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: ``Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: ``Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: ``Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: ``Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasul

Isu-isu keterancaman bandar seremban

Image
1.0       Pengenalan           Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan adat pepatih yang unik.Bandar Seremban merupakan salah satu mukim dalam   Daerah Seremban dan Bandar Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban terletak di barat semenanjung Malaysia. Seremban terbahagi kepada 7 mukin iaitu Mukim Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukin Seremban, Mukim Rantau, Mukim Pantai,   dan juga Mukim Labu. Keluasan Daerah Seremban ini adalah kira-kira 14,355.32 hektar. Seremban   telah ditabdir dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seremban. Seremban telah dinaik taraf dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979. Terdapat 18 kawasan yang bernaung dibawah   Majlis Perbandaran Seremban iaitu Bandar Seremban,Rasah, Rasah Jaya, Rahang,Mambau,Senawang,Temiang,Chowkit,Lobak,Paroi, Bukit Chedang, Bukit Blossom, Seremban 2, Ampangan, Oakland, Bukit Kepayang,Kemayan dan yang terakhir ialah Sikamat.Menurut Majl