~UsaHLaH S0mbOnG MeNiNggI DiRi~
~ Allah berkata, " negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang
yang tidak sombong di dunia dan juga tidak melakukan kerosakan di dunia.
Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa ~
surah Al-Qasas, ayat 83
~ Allah berkata " janganlah kamu berjalan di muka bumi
dengan berlagak sombong". ~
surah Al-Isra' ayat 37
~ Allah berkata, " sesungguhnya Qarun adalah daripada
kaum nabi Musa. Kemudian Qarun sombong dan berlaku zalim
terhadap mereka. Kami kurniakan kepadanya pelbagai jenis kekayaan
sehingga anak kunci bagi gedung penyimpanan hartanya itu terlalu berat
hanya mampu dipikul oleh beberapa orang
yang kuat sahaja. Kaumnya berkata kepadanya, janganlah kamu bermegah
dengan kekayaan kamu itu. sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang yang bermegah-megah." ~
Surah Al-Qasas ayat 76
~ Harithah bi Wahab melaporkan, katanya " saya mendengar nabi Muhammad berkata,
Biarlah saya terangkan kepada saudara-saudara semua siapa yang masuk neraka.
Mereka adalah orang-orang yang keras kepala , suka mengumpulkan harta
tetapi tidak suka membelanjakannya dan sombong. ~
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
~ Abu Hurairah melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata, " Pada suatu masa
ada seorang lelaki yang berjalan dengan pakaian yang bergaya, dan dia
dia bangga dengan dirinya. Dia menyikat rambutnya dengan rapi dan berjalan dengan gaya yang sombong. Tiba-tiba Allah membenamkannya kedalam tanah.
Tenggelam lah dia kedalam bumi sehingga sampai hari khiamat nanti." ~
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
~ Salamah bin Al-Akwa melaporkan katanya, Nabi Muhammad pernah berkata
Apabila seseorang itu selalu bersikap sombong, akhirnya dia akan
dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang bongkak. Dia akan ditipa bahaya
serupa sebagaimana bahaya yang menimpa orang-orang yang bongkak."~
Direkodkan oleh Tirmizi
sentiasalah merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada kerana segalanya milik ALLAH |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice blog.. (y) ^_^
ReplyDelete