Futsal..

Ada dalam kalangan kita sangat suka menonton bola sepak mahupun futsal.. saya pun agak meminati permainan ni walaupun saya ni pompuan.. masa zaman-zaman sekolah dulu ader ler minat kat mamat nie sebab dia pandai main futsal.. sampai sekarang pom suka tengok pemain bola yang hensem-hensem.. sebab saya rasa pemain bola or someone yg pandai main bola nampak macho ar.. hikhik.. minat tu minat jugak p kita perlu tahu serba sedikit tentang permainan ni


 PENGENALAN SUKAN FUTSAL


Futsal merupakan permainan bola sepak tertutup atau di dalam dewan di bawah kendalian FIFA di mana konsepnya ditiru daripada permainan bola sepak biasa dan dipraktikkan sebagai permainan di dalam dewan. Ianya memerlukan kawasan yang lebih kecil (ukuran gelanggang bola keranjang) dan dimainkan secara 5 sebelah dan menggunakan bola yang lebih kecil bersaiz 3-4. Futsal dimainkan di dalam kawasan garisan yang ditetapkan. Tiada dinding diperlukan dalam permainan ini. Permainan seolah-olah permainan bola sepak biasa di mana pemain seolah-olah mengelilingi bulatan permainan untuk menunjukkan kemahiran, sentuhan dan pengawalan bola mereka. Ia merupakan satu perkembangan yang baik bagi mempertingkatkan kemahiran dan teknik di dalam permainan bola sepak.
           
Dalam permainan bola sepak tradisional Amerika, permianan biasanya memukul bola ( kadang-kadang badan mereka ) kearah dinding bagi mempromosikan teknik janggal bagi memperolehi hadiah pertaruhan. Di dalam futsal, pemain sentiasa menunjukkan aksi kawalan permainan bagi mencapai kejayaan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Futsal Amerika Syarikat ( USFF ) iaitu badan sukan bagi permainan Futsal di Amerika Syarikat. Futsal satu-satunya permainan bola sepak di dalam dewan yang diluluskan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia ( FIFA ). Ia kini dimainkan oleh lebih daripada 100 buah negara dan dimainkan oleh 12 juta pemain di seluruh dunia. Futsal biasanya dimainkan di dalam gimnasium berlantai walaupun ianya boleh dimainkan pada pelbagai jenis permukaan. Ianya tdak memerlukan dinding mahal sebagai kemestian seperti kebiasaan sukan di dalam dewan. Ini menjadikan ianya satu sukan yang murah dan selamat. Sukan ini boleh meningkatkan kemahiran individu, tindak balas pantas, memikir dengan pantas, hantaran cepat dan amat sesuai bagi memupuk minat kanak-kanak yang meningkat dewasa. Pemain hebat seperti Pele, Zico dan Socrates mengakui bahawa Futsal permainan yang mampu meningkatkan kemahiran. Futsal permainan istimewa dwngan hantaran bola rendah yang menjadikan pemainnya menunjukkan kemahiran kawalan dan mengawal lantunan bola.

2.       SEJARAH PERMAINAN FUTSAL

Perkataan futsal berasal daripada bahasa Sepanyol, iaitu Futbal (sepak bola) dan Sala (ruangan), yang jika digabungkan kedua-duanya membawa maksud “Sepak bola dalam ruangan” (FUTSAL). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA, futsal ini bermula pada 1930 di Montevideo, Uruguay. Pertama sukan futsal ini diperkenalkan oleh Juan Carlos Ceriani, seorang pelatih bola sepak yang berasal dari Argentina. Hujan yang sering melanda Montevideo membuat beliau dukacita, kerana pelbagai agenda yang telah disusun. Kesan padang yang dipenuhi air menyebabkan Ceriani memindahkan latihan ke dalam ruang yang tertutup. Langkah pertam yang beliau ambil ialah beliau telah menggunakan jumlah pemain seramai 11 orang, tetapi menggunakan padang yang sempit. Beliau memutuskan untuk mengurangkan jumlah pemain menjadi 5 orang setiap pasukan termasuk penjaga gol. Latihan di dalam ruang itu sangat efektif kerana mampu menarik minat banyak masyarakat Montevideo
Futsal dikesan pada awalnya bermula di Monevideo, Uruguay pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani mengadakan pertandingan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia di dalam YMCA. Ianya dimainkan dalam gelanggang bersaiz gelanggang bola keranjang di dalam dewan tanpa memerlukan dinding pemisah. Undang-undang antarabangsa Futsal menggunakan cara permainan ini. Di Portugal dan Sepanyol ianya dipanggil ” soccer”, FUTebol atau FUTbol dan di Perancis ”indor” atau ”room”, SALon atau Salle ataupun SALa. Lebih mudah bermaksud permainan luar dewan dan dipraktikkan di dalam dewan.
           
Permainan ini biasanya dimainkan secara 5 sebelah. Semasa Ceriani memperkenalkan permainan ini, Futsal dipopularkan  pula ke Amerika Selatan terutamanya di Brazil. Kemahiran yang didapati di dalam sukan ini boleh dilihat di dalam gaya permainan Brazil yang terkenal dengan kawalan gelanggang yang lengkap. Pele, Zico, Socrates, Bebeto dan kebanyakan jaguhan pemaian bola sepak Brazil memahirkan kemahiran dengan bermain Futsal. Semasa ianya popular di Brazil. Permainan ini telahpun dimainkan di kebanyakan benua, dari Eropah ke Utara dan Tengah Amerika serta Caribbean, Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Oceania.
           
Kejohanan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965 dimaba Paraguay menjuarainya di adalam Piala Amerika Selatan. Enam lagi kejohanan Piala Amerika Selatan dianjurkan sehingga tahun 1979 di mana Brazil menjuarai kesemuanya. Brazil terus mendominasikan kejohanan pertama Piala Pan Amerika pada tahun 1980 dan memenangi lagi pada tahun 1980 dan memenangi lagi pada tahun 1984. Pasukan Amerika Syarikat menyertainya pada tahun itu tetapi kalah pada peringkat awal lagi. Kesatuan Futsal Amerika Syarikat ditubuhkan pada bulan Januari tahun 1983. Osvaldo Garcia menjadi presiden yang pertama. Sekarang ini disandang pula oleh Alexander J.C Para.
           
Kejohanan Futsal Dunia pertama di bawah FIFUSA (sebelum menjadi ahli FIFA) pada tahun 1982 di Sao Paolo, di mana Brazil menjuarainya. Brazil mengulangi kejuaraannya pada kejohanan Futsal dunia kedua di Sepanyol yang diadakan pada tahun 1985 tetapi kalah kepada Paraguay pada kejohanan ketiga di Australia pada tahun 1988. FIFA mengambil alih terus penajaan kejohanan pada tahun 1989 di Belanda dan pada tahun 1992 di Hong Kong, di mana Brazil menjadi juaranya. Pasukan Futsal Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga dan naib johan pada kejohanan itu.. Prestasi tinggi pasukan Amerika Syarikat melalui pasukan wanitanya yang memenangi emas di China. Kejohanan ketiga FIFA telah diadakan pada 11 hingga 24 November tahun 1996 di Sepanyol.
           
Kejohanan antarabangsa Amerika Syarikat pertama telah diadakan pada bulan Disember tahun 1985 di Universiti Negara Sonoma di Rohnert Park, California. Pasukan pilihan  Amerika Syarikat mengalahkan Australia  dengan keputusan 9 – 5. Futsal semakin terus diberi perhatian oleh golongan belia di Amerika Syarikat. Persatuan Bola Sepak Belia U.S ( USYSA ) dan U.S Futsal telah menanda tangani perjanjian untuk mempromosikan Futsal ke dalam Persatuan Negeri-negeri di bawah naungan U.S Futsal.

1.0)     

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam