Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan
1.0 Pengenalan Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib [1] beliau telah mendefinisikan pendidikan sebagai “menanam sesuatu kedalam diri manusia”. Pendidikan di Malaysia merupakan satu medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Oleh yang demikian maka wujudlah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-matlamat tertentu dalam membina sebuah negara maju. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diwujudkan atas dasar kesedaran para pemimpin serta rakyat tentang kepentingan sistem pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah [2] . Atas kesedaran ini maka lahirlah Dasar Kebangsaan Malaysia melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Pada t