RaYa JohoR 2012
assalamualaikum.. pembuka bicara
Rasanya belum terlambat untuk ambe mengucapkan selamat hari raya buat semua.
walaupun ada duka di sebalik raya tahun ni.. namun ambe percaya pasti ada hikmahnya.
ambe merasakan raye ambe tahun ni kurang ertinya berbanding tahun sebelumnya...
walau apapun ambe tidak mengharapkan ada pengakhiran.
tahun ni ambe bercuti rayer sekejap je dalam seminggu berbanding sem-sem yang lepas.
biasalah ngah berpraktikal kat sekolah so, cutinya sama ngan sekolah la kan..
then ambe balik ke Segamat n memulakan sesi persekolahan yang biasa kat
SMKA Segamat,
namun apa yang menarik ambe nak ceritakan adalah suasana raye kat segamat amat berbeza dengan pantai timur..
kalau kat pantai timur rayenyer tak sampai seminggu dah abis, tapi kat sini sebulan..
terkejut gak ler ambe bila minggu kedua masih ada budak-budak datang beraya kat umah sewa,
sedangkan waktu tu kuih rayer dah abis.. hidang jer ler yang mana ada,
keduanya, kat sini ada tradisi yang agak unik iaitu Marhaban.
Marhaban dekat sini masyarakat akan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi secara berkumpulan
bermula dari satu rumah ke rumah yang lain. selawat dimulakan dengan diketuai oleh ketua kumpulan di setiap rumah yang mereka kunjungi. Kemudian tuan rumah akan menjamu dengan jamuan makan. Selepas jamuan makan, mereka akan mengunjungi rumah yang lain lak...
ambe sempat merasai kemeriahan tradisi marhaban disini bersama kawan-kawan yang lain. ambe sempat mengunjungi lebih kurang 5 buah rumah. pelbagai masakan tradisi dan moden disediakan. Bayangkan ambe makan macam-macam makanan di lima buah umah yang ambe kunjungi..
sangat menarik bukan?
seharusnya amalan ini harus dikekalkan kerana mampu membentuk masyarakat bersatu padu
selain mengukuhkan ukhwah dalam kalangan masyarakat
Comments
Post a Comment