KaWaN BaiK : KiTA KaWaN KaN??
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk
mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara
yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat
kebaikan.
Kawan
yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau
gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di
sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan
yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai
ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam
doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang
baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik
kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara
yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan mem'post' kan
buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana
suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat
menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi
seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???
Comments
Post a Comment