Pelajarku Sayang

bagaimana agaknya nk mendidik dengan baik..
sukar untuk ditafsirkan
kadang-kadang kita tahu kita bersalah..
ya
ada salahnya.. tapi ego mengatasi

hari itu, seorang pelajar yang sepatutnya berada dikelasnya
sedang lepak dengan kawanya di kelas hujung..
dengan isyarat mata ambe menyuruhnya masuk ke kelas
sempat dia menyorok kononya susuk tubuhnya mampu berselindung
disebalik kawannya..
ak menunggu tak juga dia keluar dari kelas itu..
lantas aku terus menuju ke kelasnya untuk memulakan sesi pengajaran
setelah hampir sepuluh minit barulah dia melangkah masuk
dengan selamba, tanpa sebarang kata maaf
aku biarkan..

aku meminta pelajar menyalin nota..
hanya beberapa pelajar yang perlu digosok disentuh dan dikerah..
aku bergerak ke belakang menghampiri pelajar yang kelihatan tidak membawa buku
chatter box ak bermula
membebel dengan niat mnyedarkan
mungkin agak kasar kegeraman..
kerana pelajar tersebut tidak pernah membawa buku dan begnya..
tiada apa2 buku kecuali dua fail tipis..

chatter box aku berfungsi dengan lancar meneruskan rentak
kearah pelajar yang masuk lambat tadi
aku memarahinya kerana sikapnya
lantas ak memeriksa begnya
dengan bengang dia menyatakan padaku
bahawa dia tidak suka aku memeriksa begnya
sinis aku membalas kata-katanya
bengang mungkin dengan tindakan aku
lantas terus dia membaling buku tulisnya ke lantai
menyumpahku barangkali dalam bahasa ibundanya
lantas mengeluarkan buku matematik..
kurang ajar bukan..

ya dia kurang ajar.. 
sangat..
tapi apa yang aku sedari itu salahku
melepaskan api kemarahan 
pada tempat yang salah
aku sedar.. dia menyalin nota pada ketika itu
cuma aku agak tidak berpuas hati kerana sikapnya
tidak berpuas hati juga kerana sikapnya yang semakin
melewa..

lalu aku harus sedar
aku harus jadikan ia pengalaman
agar ia tidak berulang
harap chatter box aku tidak terlalu melempiaskan hawa panas
pada tempat yang salah

namun
aku tetap terkilan kerana sikapnya yang sangat 
tidak menghormatiku sebagai guru..
sehingga melontarkan buku subjekku kelantai
dihadapanku...
bangangkan?? memang bangang pom

sekian coretan ambe untuk malam ni... huh

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam