Posts

Showing posts from 2012

My StudenT My HerO

Image
Anak didik sulong ambe, dr kiri belakang : afif, dayah, mirza, asilah izzati, najihah, amirah, syakinah, atikah, zura, fikri duduk : faiz, ujai, zaki, haziq, ust syimah, zul, haris, wan Semoga memori indah yang tercipta mampu mengukir seribu makna.. semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat..

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan

Image
1.0        Pengenalan             Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib [1] beliau telah mendefinisikan pendidikan sebagai “menanam sesuatu kedalam diri manusia”.   Pendidikan di Malaysia merupakan satu medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Oleh yang demikian maka wujudlah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-matlamat tertentu dalam membina sebuah negara maju. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diwujudkan atas dasar kesedaran para pemimpin serta rakyat tentang kepentingan sistem pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah [2] . Atas kesedaran ini maka lahirlah Dasar Kebangsaan Malaysia melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Pada t

RaYa JohoR 2012

Image
assalamualaikum.. pembuka bicara Rasanya belum terlambat untuk ambe mengucapkan selamat hari raya buat semua. walaupun ada duka di sebalik raya tahun ni.. namun ambe percaya pasti ada hikmahnya. ambe merasakan raye ambe tahun ni kurang ertinya berbanding tahun sebelumnya... walau apapun ambe tidak mengharapkan ada pengakhiran. tahun ni ambe bercuti rayer sekejap je dalam seminggu berbanding sem-sem yang lepas. biasalah ngah berpraktikal kat sekolah so, cutinya sama ngan sekolah la kan.. then ambe balik ke Segamat n memulakan sesi persekolahan yang biasa kat SMKA Segamat,  namun apa yang menarik ambe nak ceritakan adalah suasana raye kat segamat amat berbeza dengan pantai timur.. kalau kat pantai timur rayenyer tak sampai seminggu dah abis, tapi kat sini sebulan.. terkejut gak ler ambe bila minggu kedua masih ada budak-budak datang beraya kat umah sewa, sedangkan waktu tu kuih rayer dah abis.. hidang jer ler yang mana ada, keduanya, kat sini ada trad

Selamat Hari Raya

Image
Mendayu suara meniti angkasa Alunan takbir mengulit pagi Insan tersenyum tanda gembira Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini Di hari lebaran mulia ini Jangan pula membuat dosa Begitulah hakikatnya hari raya Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa Indah suasana dalam senyuman Seluruh alam turut raikan Mengucapkan syukur pada Tuhan Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh.. Ikhlaskan hati mohon kemaafan Leburlah dosa di tapak tangan Lupakan segala silap dan salah Insan bersatu membina ummah uh.. uh.. (Raihan) Selamat Hari Raya  Maaf Zahir Batin

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Image
Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.             Antara kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara me

SeBuAh CeRiTeRA HaMbA

Image
Bila cerita hamba bermula.. mengambarkan cerita hamba yang masih tak pasti penghujungnya.. yang ada hanya bayangan tanpa ada nyata.. kisah cerita diteruskan lagi dengan hati yang gundah gulana.. menerbitkan sejuta rasa.. yang kian tidak terkawal hendaknya... menjadikan kisah yang hampir bergelero kian terancam  oleh jiwa yang meronta... kisah cerita hamba hanya kisah yang tiada pangkal titik nokhtahnya.. bila hamba bersuara maknanya hamba gelisah tak terkira mengenangkan hamba hanya manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan yang tiada terkata hamba hanya manusia lemah sentiasa.. mengandaikan seperti Bintang yang Malap itulah Hamba... Jika ditanya siapalah hamba.. maka jawapan hamba mudah kiranya.. Hamba hanyalah insan biasa atas CIPTAANNYA... Kisah Hamba belajar mengajar dan diajar.. berkejar, mengejar dan dikejar,,  ilmu yang tiada rupa namun ada manfaatnyaa,, namun langsung hamba tak mengerti sampai bila... sampai bila hamba disini belaj

praktikum??? adusss poning ambe

Image
alahai.... dah dekat nak praktikum,, tapi tempatnya tak jumpa-jumpa agi... maklumlah negeri sendiri tak dibuka... terpaksa la merempat kat negeri orang.. tapi bukan itu yang menjadi masalahnya... masalah sebenar bila tak tahu tempat yang sesuai dan sekolah yang ada pelajar tingkatan 6... maklum sahajalah ting 6 tak dibuka untuk semua sekolah.. kenapa mesti ting 6?? sebabnya ambe ni mengambil subjek pengajian malaysia a.k.a pengajian am... so  terpaksa dan dipaksa untuk praktikum di sekolah yang ada ting 6.. aduss tak tahulah macam mana, ambe yang bergeng 4 orang ni terpaksa jugak berpisah sebabnya syarat praktikum satu sekolah dua orang je..  so bila pkir2, kami bercadang untuk memilih di daerah pekan pahang.. ada x saper2 ley rekomen sekolah kat pekan yang ada ting 6 untuk ambe... okey ler.. kalau x der kat pekan pom kat kawasan berdekatan pun acilaa.. asalkan bukan sekolah elit or sekolah kawasan bandar... sebabnya kami takut pelajar lebey hebat dari cikgu.. biasa lerr cikgu macam