Posts

Showing posts from September, 2011

My UPSI

Image

Enam Jenis Wanita Malang

Image
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.
Wanita Ananah:
Golongan wanita ini suka mengeluh.Tidak tabah menghadapi sebarang ujian Allah. Lebih mengutamakan kepentingan diri dari orang lain. Kurang rasa simpati dan cepat melupakan pengorbanan orang lain terhadap dirinya.Mengharapkan kesempurnaan pada suaminya sedangkan pada dirinya penuh dengan kekurangan.
Wanita Mananah:
Golongan ini suka mengunghkit-ungkit kembali pemberiannya. Sumbangannya tidak ikhlas dan apabila berkahwin suka merendah-rendah martabat suami. Sukar untuk menerima nasihat. Keegoannya mungkin disebabkan statusnya atau rupa parasnya. tidak hairanlah golongan ini mudah menceritakan kerahsiaan rumahtangga pada orang lain.
Wanita Hananah: 
Lebih tepat lagi disebut curang. Tidak setia pada yang satu. Apabila berkahwin pun masih ada hubungan rahsia dengan bekas kekasih atau sesiapa sahaja. Biasanya wanita jeni…

Tahu sesuatu yg anda x perasan atau sajer x perasan,,,

Image
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 
8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin  anda yang meminggirkan mereka. 
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan  sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi  sekiranya anda percaya pad…

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Image
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendap…

Buka Hati Lapangkan Minda Wahai sahabat,,, Mari Berfikir Sejenak.

Image
Kenapalah Engkau Malas Sembahyang,, Tuhan beri Kau Jasad Siap Dengan Bayang-Bayang,, Bukankah Beruntung dari Tiang,, Berdiri Tanpa Roh Malam Dan Siang,,
Kenapa Engkau Malas sembahyang,, Kerja Pon Dah Best,, Keluarga Pon Dah Senang,, Negara Pon Dah Aman,, Tidak Lagi Hidup Berdagang,, Takkan Lima Minit,, Lima Waktu Kau Tak Boleh Nak Luang,,
Kenapa Engkau Malas Sembahyang,, Tuhan Bagi Otak Supaya Kau Tak Bangang,, Tuhan Bagi Ilmu Boleh Fikir Susah Senang,, Tuhan Bagi Nikmat Kenapa Engkau Tidak Kenang??
Kenapa Engkau Malas Sembahyang,, Main Bola Engkau Sanggup Sampai Petang,, Beli Tiket Konsert Engkau Sanggup Beratur Panjang,, Apa Kau Ingat Masuk Syurga Boleh Hutang??
Kenapalah  Engkau Malas Sembahyang,, Engkau Kena Ingat Umur Kita Bukanlah Panjang,, Pagi Boleh Sihat,, Petang Boleh Kejang,, Nanti Dalam Kubur Kena Pukul Sorang-Sorang,,
Kenapalah Engkau Malas Sembahyang,, Siksa Neraka Cubalah Engkau Bayang,, Perjalanan Akhirat Memanglah terlalu Panjang,, Janji ALLAH Akan Tertunai Tak Siapa Boleh Halang,,
Ingatlah …

Fadhilat Wanita Menurut Islam

Image
Wanita soleha menurut pandangan Islam.
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah da…

Sebuah Kisah Cinta Agung

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya… 

Pagi itu walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. 
Pagi itu..Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah…
“Wahai umatku..kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya ku wariskan kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku…barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku…”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya bersatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. 

Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba... Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya…

Pesan Lukmanul Hakim kepada Anak-anaknya

Image
Suatu ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu..
1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.
2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.
3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.
4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.
5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan m…

Baca.. Hayati.. dan Renungkan

Image
Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka
SAIDINA Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang t…