Jurang Pendidikan di Malaysia


1.0  Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah inggeris. Pada masa itu jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah membina jurang antara kaum bertujuan mengelakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari seginfrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. Kini kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar buta huruf. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

2.0  Isu – Isu Berkaitan
3.1 Jurang pendidikah akibat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan       Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)


          Sejak kemerdekaan, masalah jurang pendidikan telah wujud dan masih tidak dapat            dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Masalah jurang pendidikan berterusan          sehingga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam           bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat pada   tahun 2003 bermula daripada Tahun 1 bagi peringkat sekolah rendah manakala             Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bagi sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI   untuk peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 2007 manakala untuk sekolah   rendah  pula bermula pada tahun 2008.

Pelaksanaan PPSMI secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan daripada peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi antarabangsa dan penguasaan bahasa Inggeris memudahkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik. Secara keseluruhan, dasar ini dilaksanakan dengan harapan memberi kelebihan kompetitif kepada negara dengan penggunaan bahasa Inggeris. Akan tetapi, PPSMI tidak begitu berjaya dan tidak mencapai objektif asalnya malah mendatangkan keburukan kepada pelajar, terutamanya pelajar luar bandar.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan sederhana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kelemahan ketara dikesan di sekolah luar bandar setelah pelaksanaan PPSMI. Melalui dapatan laporan kajian ini, kita dapat lihat bahawa pelaksanaan PPSMI banyak mempengaruhi pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan dasar ini. Keadaan ini juga menjadi salah satu faktor primer PPSMI menerima pembidasan dan tentangan dari pelbagai pihak, terutamanya Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) yang mengatakan pembatalan PPSMI harus diimplimentasikan untuk menyelamatkan pelajar luar bandar.

Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci, kewujudan masalah jurang pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada beberapa aspek. Pertama, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Perubahan drastik dalam pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa tertekan dan tidak berkeyakinan untuk menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana, pelajar luar bandar kurang terdedah kepada bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar di bandar. Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris kecuali tugasan sekolah.  Secara langsung, pencapaian prestasi Sains dan Matematik pelajar akan terjejas kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah. Selanjutnya, jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar akan menjadi semakin besar.

Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar  pada asalnya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan mengalami kesukaran untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan mempengaruhi minat pelajar dalam mempelajari subjek matematik dan sains  dan akhirnya mereka berputus asa untuk terus mempelajarinya kerana wujud kekangan dalam penggunaan  bahasa. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar memahami bahasa Inggeris di samping konsep dan teori Sains dan Matematik. Sebagai contoh, pelajar sukar memahami konsep mata pelajaran Kimia melalui petikan atau buku kerana penguasaaan bahasa Inggeris yang lemah. Pelaksanaan PPSMI bukan sahaja melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik malah terdapat sebilangan pelajar mengalami keciciran. Pelajar yang sangat lemah akan terus melepaskan peluang mereka untuk belajar dan akhirnya mereka ketinggalan dalam matapelajaran tersebut. Oleh itu, Jelaslah bahawa ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan PPSMI dan mewujudkan masalah dalam jurang pendidikan.

Pada persepsi yang lebih terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang peranannya dalam membincangkan isu ini. Para guru yang biasa mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing – masing akan mengalami masalah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Para guru yang tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan mata pelajaran yang berkaitan dengan berkesan kepada para pelajar. Secara tuntasnya, guru yang kurang berkelayakan dan berkualiti secara langsung akan mempengaruhi kualiti pelajar, terutamanya pelajar di luar bandar yang bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran di sekolah.

     3.2  Kemiskinan
          Kemiskinan merupakan salah satu daripada masalah utama negara yang tidak pernah berkesudahan. Fenomena ini wujud sebelum negara kita mencapai kemerdekaan dan berlanjutan   sehinggalah ke hari ini walaupun Malaysia telah mencapai usia kemerdekaan selama           53 tahun. Menurut Tun Dr Mahathir mohamad (1976) masalah kemiskinan merupakan suatu realiti kehidupan yang menyedihkan,bagi mereka yang berpendapat rendah, mereka tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran. Tambah beliau lagi, “kemiskinan adalah epidemik. sekiranya kita hendak mencapai matlamat yang   ditetapkan, kita semua harus mengkaji semula diri kita sendiri dan agensi-agensi kita secara serius bagi menentukan bagaimana kita dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada negara dan generasi akan datang dalam usaha membasmikan kemiskinan”
Kemiskinan adalah epidemik yang perlu ditangani dengan baik agar tidak terus      menghantui kehidupan masyarakat miskin di negara kita. Terlalu mustahil bagi         sesebuah negara di dunia yang dapat membasmi kemiskinan secara habis-habisan         atau mengatakan negara meraka adalah kemiskinan sifar. Hal ini demikian kerana setiap negara  di dunia masih wujud jurang pendidikan sama ada sedikit atau  banyak.       Antara negara yang mengalami jurang pendidikan yang serius ialah Indonesia, India,         Vietnam dan Afrika.  Masalah ini wujud di mana sahaja tidak kira di negara     dunia ketiga seperti Kenya, di negara sedang membangun seperti Malaysia, mahupun         di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan England.
Dalam International Encyclopedia of the Social Science (1972), kemiskinan didefinisikan kepada tiga maksud iaitu kemiskinan sosial, fakir dan kemiskinan moral. Kemiskinan sosial bukan sahaja melibatkan ketidaksamaan ekonomi, iaitu dari segi pendapatan, taraf kehidupan dan sebagainya tetapi juga meliputi ketidaksamaan sosial. Contohnya peluang mendapat pendidikan. Fakir pula merujuk kepada sekelompok manusia yang kurang berupaya atau tidak mampu untuk menanggung diri mereka sendiri. Sementara kemiskinan moral dapat didefinisikan sebagai kemiskinan dalam sistem nilai masyarakat atau dalam kelompok masyarakat dan institusi.
Memandangkan masalah kemiskinan membawa kesan langsung kepada jurang        pendidikan yang akan mengugat hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan,      pelbagai usaha telah dijalankan untuk terus  mendidik masyarakat. Pendidikan ini     bukan sahaja melibatkan peringkat sekolah malahan peringkat universiti.
Selain daripada itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah mengingatkan masyarakat Malaysia agar tidak mengabaikan kemiskinan di kawasan luar bandar dalam merancang strategi membasmi kemiskinan di kawasan bandar. Beliau turut menyatakan bahawa kemiskinan yang berlaku di bandar secara tidak     langsung akan memberikan kesannya atau melambangkan kemiskinan di luar bandar. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, kebanyakan penduduk di luar bandar berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan dan kehidupan yang lebih selasa namun kegagalan mencapai menyebabkan mereka menjadi golongan miskin di bandar. Dengan ini, kebanjiran golongan miskin ini akan meningkatkan jurang pendidikan. Hal ini demikian kerana berkemungkinan anak mereka terpaksa berhenti sekolah untuk pergi mencari pekerjaan suapaya dapat untuk menyara kehidupan meraka.
Tambahan juga, Perdana Menteri ke-5 menyarankan usaha membasmi kemiskinan di          luar bandar dan di bandar dilakukan secara serentak bagi mengelakkan masalah ini       berlanjutan. Ketika semakin ramai penduduk Malaysia memilih untuk tinggal di      bandaraya-bandaraya, kita akan mendapati isu kemiskinan akan menjadi lebih             tertumpu di bandar. Justeru, beliau turut mencadangkan agar penduduk di luar bandar       diberi peluang  berkualiti bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin.        Secara tidak langsung, masalah jurang  pendidikan  dapat diatasi.
Oleh itu, cabaran- cabaran kemiskinan dan pendekatan perlu dikenalpastikan supaya          fenomana ini tidak bertambah serius. Jurang pendidikan yang serius bukan sahaja          menyebabkan imej negara tercemar malah kesejahteraan hidup dan kebajikan     masyarakat akan terjejas. Hal ini demikian kerana pendedahan pendidikan  yang    rendah kurang melahirkan insan yang mempunyai ciri-ciri jasmani, rohani, emosi dan          intelek dapat menyumbang kepada negara kita dari segi pembangunan teknologi.

     3.3  Kekurangan Tenaga Pengajar Profesional ICT
            Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT dalam        setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula ilmu ICT semakin      berkembang di negara-negara maju dan juga negara-negara yang sedang membangun.       ICT digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang samaada dari segi             ekonomi,sosial pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh yang demikian, warga        pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran        seiring dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian pelajaran juga             telah berusaha dalam melakukan anjakan paradikma bagi membudayakan           kepelbagaian tekologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.
            Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang serius terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan lagi penggunaan    teknologi dan ICT di sekolah. Namun apa yang terjadi, kebanyakan guru-guru di        negara ini masih kurang mahir dalam penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum             era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding generasi yang lahir selepas era 1990-         an dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru yang masih terkial-kial          menggunakan microsoft word mahupun memasukkan data ke dalam komputer.           Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan penggunaan     ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh malaysia.
            Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan masalah yang lebih besar        berlaku, antaranya berlaku jurang digital yang sangat ketara di sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan sekolah-sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan oleh           kebanyakan guru-guru profesional ditempatkan di kawasan bandar dan juga kawasan             yang membangun berbanding kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini akhirnya     mengakibatkan kekurangan guru yang mahir ICT di kawasan luar bandar. Ternyata             keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan pelajar luar bandar         tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya.
            Selain itu, masalah kurangnya guru profesional juga adalah disebabkan oleh            infrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar.            Kekurangan bahan ICT ini menjadikan guru-guru kurang mahir dalam penggunaan        ICT kerana mereka tidak dapat belajar cara menggunakannya mahupun             mempraktikkannya di dalam kelas ataupun ketika sesi pembelajaran berlangsung.   Persoalannya, bagaimana guru-guru serta pelajar ingin mengaplikasikan penggunaan    ICT jika bahan tersebut tidak mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr             Ahamad berkata dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan             pengguna memerlukan pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahnya lagi, kita tidak dapat membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan      pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi atau tiada.
            Kekurangan tenaga pengajar profesional ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya        perhatian pihak kerajaan daripada sektor pendidikan dalam memberikan galakan serta         latihan kepada guru-guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terbabit kurang            menjalankan bengkel kemahiran kepada para pendidik. Kurangnya latihan inilah yang            menjadi punca dalam melahirkan guru-guru yang cemerlang dalam penggunaan ICT.     Jika bengkel ini dijalankan, mereka lebih memberikan tumpuan terhadap guru-guru di        kawasan bandar berbanding luar bandar. Akhirnya guru-guru dikawasan bandar       semakin mahir manakala guru-guru dikawasan luar bandar semakin ketinggalan dan mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Akhirnya hal ini telah    mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan kawasan   bandar.

     3.4  Jurang Pelajar Biasa Dengan Pelajar Kurang Upaya
Jurang pendidikan antara pelajar biasa dengan OKU atau boleh dikatakan sebagai golongan ketakupayaan pembelajaran merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) pelajar berkeupayaan khas termasuklah pelajar yang kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan, masalah tingkah laku, simdrom down serta autisme. Manakala kategori palajar normal pula ialah mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu matapelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya
  Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah menjadi isu  utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran. Seperti yang kita ketahui, pelajar normal lebih mendapat keutamaan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur berbanding pelajar OKU. Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajar normal. Mereka diberikan banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan mengajar dalam proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan banyak lagi. Kini, peralatan infrastruktur semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi golongan tertentu khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk mendapatkan taraf pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan kemudahan infrastruktur yang lengkap samaada dari segi teknologi mahupun keperluan yang lain. Hal ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir. Lebih malang lagi apabila terdapat alat bantuan mengajar, tetapi mereka pula mengalami masalah tidak tahu menggunakannya atau tidak cekap dalam penggunaan alat bantuan tersebut. Disamping itu, terdapat juga masalah dari segi pengisian program khas kepada pelajar serta masalah guru pendidikan khas yang tidak terlatih dan mahir dalam mengelola pelajar kurang upaya ini. Program yang dijalankan biasanya lebih tertumpu kepada kemahiran teori sahaja dan kemahiran dalam teknikal jarang dipraktikkan seperti kemahiran membuat kraftangan, kemahiran dalam sukan serta kemahiran-kamahiran lain. Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini.Berbeza pula dengan pelajar normal, pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta bengkel kemahiran teknikal.

3.0  Cabaran
4.1 Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik    dalam bahasa Inggeris mengakibatkan Jurang Pendidikan
            Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Setiap guru perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi perubahan dari    semasa ke semasa. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik             dalam bahasa   Inggeris (PPSMI) terutamanya di sekolah luar bandar amat memerlukan persediaan tenaga pengajar untuk menerima dan melaksanakannya        dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi, keadaan ini tidak berlaku seperti yang    dihasratkan. Jika ditinjau dengan teliti, banyak guru di luar bandar adalah terdiri    daripada guru baru dan tidak begitu berpengalaman. Fenomena ini berlaku kerana     ramai guru yang berpengalaman terutamanya yang sudah berkeluarga tidak sudi         untuk berkhidmat di kawasan luar bandar. Hal ini kerana wujudnya masalah      kekurangan kemudahan asas dan infrastuktur, masalah pengangkutan, masalah jarak             sekolah dari tempat tinggal, masalah enggan berpisah dengan keluarga dan             sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan PPSMI yang amat memerlukan guru yang         berpengalaman dan berkemampuan akan mengalami cabaran dalam hal ini.

            Serentak dengan konteks yang dibincangkan, lumrahnya guru baru tidak begitu     berpengalaman dan tidak  mampu untuk membuat persediaan yang sempurna dalam     proses pengajaran dan pembelajaran kerana   mereka masih tidak begitu memahami            keadaan pelajar, terutamanya pelajar luar bandar. Kualiti guru baru yang terhad             banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran kepada pelajar. Secara langsungnya,         kualiti pelajar juga akan terjejas. Selain itu, masalah kemahiran bahasa Inggeris guru     mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga merupakan salah satu ranjau yang       perlu ditempuhi. Sebelum pelaksanaan PPSMI, guru mata pelajaran Sains dan             Matematik menggunakan bahasa ibunda, terutamanya bahasa Malaysia dalam        pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru yang tidak begitu mahir untuk     berbahasa Inggeris telah menjadi satu masalah untuk mengajar pelajarnya.     Pelaksanaan PPSMI boleh dikatakan salah satu cabaran yang besar kepada mereka,             terutamanya guru yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka mengalami       masalah untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan tepat dan secara             langsung mereka akan menghadapi masalah untuk menyampaikan ilmu yang         berkenaan kepada pelajarnya. Oleh itu, ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan    kepada pelajar dengan berkesan. Pencapaian pelajar luar bandar akan terjejas          kerana kebanyakan pelajar luar bandar bergantung pada guru dengan sepenuhnya.

            Omar Hashim (1991) berpendapat bahawa guru harus memiliki beberapa kemahiran           dengan keperluan zaman globalisasi ini dan salah satunya adalah kemahiran     menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan   pengajaran. Penggunaan media elektonik seperti projektor, komputer, internet dan             sebagainya telah menjadi satu keperluan dan ia merupakan wahana yang penting    dalam pengajaran terutamanya mata pelajaran Sains. Penggunaan alat elektronik          dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran kerana dapat menunjukkan gambaran atau situasi yang sebenar kepada pelajar. Contohnya, penggunaan tayangan          video untuk mengajar             mata pelajaran biologi dan fizik adalah lebih berkesan. Di    samping itu, penggunaan tayangan slide yang penuh dengan animasi  juga dapat             menarik minat pelajar untuk    belajar. Malangnya, masih terdapat guru yang tidak   mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dan keadaan ini biasanya          berlaku di kawasan luar bandar. Pelajar yang tidak terdedah dengan pengajaran     melalui media elektronik adalah lebih rugi dan proses pembelajaran mereka mungkin         akan lebih lambat kerana mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami pelajaran. Justeru, guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dalam pengajaran akan menyusahkan pelajarnya dan seterusnya   menjejaskan prestasi            pencapaian akademik, terutamanya mata pelajaran Sains dan            Matematik.

            Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PPSMI merupakan satu dasar yang      berhasrat mendatangkan kebaikan kepada pelajar mahupun masyarakat dan negara.    Jika ditinjau dengan lebih teliti, boleh didapati bahawa pelaksanaan PPSMI pada       masa yang sama juga mengundang banyak kemelut kepada pelajar, dan terutamanya             pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar boleh dikatakan merupakan mangsa utama dalam pelaksanaan dasar ini. Kebanyakan pelajar luar bandar tidak mendapat manfaat            melalui dasar ini malah memburukkan lagi pencapaian akademik mereka dalam mata      pelajaran Sains dan Matematik. Jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar           pelajar luar bandar akan menjadi luas.


      4.2 Cabaran Kemiskinan
            Isu kemiskinan merupakan fenomana yang sering berlaku di luar bandar, namun     fenomana ini juga wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan kemiskinan  di       bandar adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan kemiskinan di luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk miskin bandar. Oleh itu,       pelbagai cabaran perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang efisien dan betul   dapat dilaksanakan untuk membendung fenomana ini.
            Terdapat banyak cabaran yang mewujudkan kemiskinan. Salah satu daripadanya ialah       jenis pekerjaan dan peluang pekerjaan. Peningkatan jumlah penduduk bandar menjadi   satu trend di kebanyakan negara membangun pada hari ini. Kepesatan pembangunan          di bandar mewujudkan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan dan      menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Kepesatan pertumbuhan   penduduk secara semula jadi dan peluasan sempadan bandar juga menjadi faktor yang          menyumbang kepada kejadian ini yang seterusnya mewujudkan masalah kemiskinan             bandar. Masalah ini menyebabkan pelajar kurang mementingkan pencapaian      akademik, malah mereka lebih mementingkan bekerja supaya dapat meningkatkan             pendapatan keluarga sehingga mereka sangguh berhenti sekolah. Masalah ini wujud      disebabkan ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu membanyar yuran          sekolah dan kos pengangkutan.
            Cabaran kedua ialah faktor jarak. Jarak ini merujuk kepada jarak  di antara sekolah             dengan tempat tinggal seseorang pelajar. Masalah jarak sering dialami oleh mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan kemudahan pengangkutan           dan infrastruktur di kawasan luar bandar yang kurang  memuaskan yang    menyebabkan mobiliti  pelajar terjejas. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar             tidak mempunyai motivasi untuk melanjutkan pelajaran dan tercicir daripada   memasuki memasuki sekolah. Menurut laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang       Ahli, 34.31 peratus murid tercicir daripada memasuki sekolah menengah manakala             46.28 peratus lagi dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan             lima. Dalam hubungan ini adalah diperhatikan bahawa jarak atau lokasi sesuatu tempat mampu menyumbang kepada berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang       mana kawasan bandar mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar             berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di pedalaman (Yuji     Tamura, 2003).Jadi, salah satu faktor yang menghalang penduduk menikmati taraf      hidup yang sama.
            Selain daripada faktor jarak, ketidaklengkapan kemudahan pengangkutan dan infrastr       uktur juga mendorong masalah ini wujud.  Kemiskinan di Bandar pula dikatakan        berlaku kerana golongan penduduk yang miskin kurang terdedah kepada sumber-        sumber dan kemudahan-kemudahan asas seperti bas awam, perpustakaan, pendidikan       dan sebagainya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd. Puad Zarkashi berkata,             masalah keciciran dalam kalangan masyarakat pribumi Sarawak khususnya Penan   masih serius. Menurutnya , masalah penempatan yang berjauh dari sekolah serta             ketiadaan pengangkutan menjadi faktor utama masyarakat cenderung untuk tidak     melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah. Tambahan pula, buku yang dijual   di kawasan pedalaman  secara tidak langsung adalah lebih mahal berbanding dengan         bandar kerana mengambil kira kos pengangkutan.
            Akhirnya ialah pemikiran konsevatif . kebanyakan masyarakat memikiran secara     konservatif  terutamanya kepada mereka yang tinggal di luar bandar. Bagi individu    yang mempunyai pemikiran konsevatif, mereka tidak akan menerima unsur-unsur    yang baru dan kekal terhadap pemikiran tradisional, contonya dari segi pendidikan             dan pengguna alat tradisional dalam bidang pertanian. Ibu bapa yang berfikiran     konsevatif ini, mereka tidak menitikberatkan pendidikan  dan mempunyai tanggapan         negatif tentang pendidikan. Inilah sebab utama kenapa orang asli tercicir daripada      memasuki sekolah yang selaras dengan umur mereka.


     4.3  Cabaran Dalam Jurang ICT
Masalah jurang literasi ICT adalah berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya   antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di negara kita.
            Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT ini seperti kekurangan pengalaman          asas digital yang wujud disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap         bidang ICT. Kurangnya minat masyarakat ini adalah disebabkan oleh kurangnya     pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan serta kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, ia telah memberi impak negatif keatas     sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ini telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang dengan baik. Selain itu            teknologi baru yang kurang menarik turut menjadi punca kepada kurangnya minat             serta kesedaran masyarakat tentnang ICT. Bagi mereka perkara tersebut semakin   menyukarkan sesuatu kerja.
            Selain itu juga, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang disebabkan oleh     kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti pekakasan komputer dan          rangkaiannya. Kebiasaannya masalah ini berlaku di sekolah-sekolah di kawasan luar          bandar dan kawasan pedalaman serta kawasan terpencil. Pembekalan komputer yang             tidak seimbang antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar ini telah    menyebabkan berlaku jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut. Sekolah-          sekolah dikawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata         lainnya kawasan sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung kemudahan ICT         ini di kawasan mereka. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar kurang terdedah dengan   ICT ini yang akhirnya menjadikan mereka buta ICT.
           Disamping itu, wujudnya jurang digital ini adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran guru-guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra pengguna disamping tenaga pengajar yang kurang pendidikan tentang ICT dan kurangnya sokongan sosial tentang masalah ini. Guru- guru yang kurang pendidikan tentang perkara ini menyebabkan mereka tidak mampu menggunakan ICT yang disediakan oleh kerajaan di sekolah. Hal ini telah memberikan impak kepada pelajar. Sedangkan guru tidak mengetahui penggunaan ICT ini apatah lagi pelajar. Masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah adalah kurang berkesan. Kerajaan haruslah menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.
            Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut menjadi halangan dalam akses ini.           Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan dengan penggunaan             komputer dan teknologi lain akibat kekangan kemudahan infrastruktur ini           menyebabkan peluang mereka untuk menggunakan kemudahan ini terbatas. Seperti          yang kita ketahui, penggunaan ICT di kawasan bandar semakin meluas dari hari ke            hari sedangkan kawasan luar bandar dan pedalaman masih dibelenggu dengan masalah kekurangan ICT dikawasan mereka malahan ia sangat ketara. Masalah ini            disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini akibat kekangan geografi        dan fizikal kawasan tersebut. Contohnya,di kawasan pedalaman sabah dan sarawak             yang sukar untuk didedahkan dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa      peralatan teknologi akibat kekangan struktur muka bumi.


4.4 Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya
         Antara cabaran yang wujud adalah seperti masalah tenaga pengajar OKU. Hal ini kerana, kerajaan mengalami kekurangan guru yang berkemahiran dalam bidang ini berikutan ramai golongan mahasiswa dan mahasisiwa di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di IPTA atau IPTS  yang mengambil bidang pendidikan lebih cenderung memilih bidang pendidikan biasa berbanding pendidikan khas. Hal ini menyebabkan jumlah guru yang mengajar pelajar pendidikan khas sangat terhad. Namun begitu walaupun terdapat tenaga pengajar yang ingin mengajar timbul pula masalah lain seperti golongan pengajar yang tidak berkemahiran dan tidak terlatih dalam subjek yang kritikal terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman. Alasan mereka ialah kesukaran untuk memberikan maklumat dan cara penyampaian supaya pelajar memahami apa yang dipelajari. Mereka juga tidak mahu mengambil risiko yang tinggi untuk mengajar pelajar OKU terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Selain itu, cabaran kepada pihak KPM untuk menyediakan kurikulum yang sesuai kepada pelajar pintar cerdas dan menyediakan sekolah seni bagi mereka yang berbakat serta cenderung dalam bidang seni.
            Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah dari aspek pelajar OKU itu sendiri. Mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal mereka yang tidak sempurna. Disamping itu juga masalah  ibu bapa yang kurang mendapat kesedaran bahawa anak mereka yang tidak upaya juga perlu diberi keutamaan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, mereka tidak mahu belajar dan menganggap belajar sangat menyukarkan.
            Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan kemudahan infrastruktuk khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas, misalnya penyediaan kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas. Selain itu, kekangan dalam mendapatkan peralatan bantuan mengajar. Hal ini kerana, pihak kerajaan tidak  memandang kes ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Tidak hairan juga ada antara kanak-kanak kurang upaya yang tidak terbela sehinggakan terpaksa ditempatkan di rumah-rumah kebajikan. Hal ini turut menjadi kekangan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka sendiri,sekaligus menyebabkan mereka menjadi tersisih dan menganggap diri sebagai seorang yang tidak membawa kepentingan kepada keluarga dan  masyarakat.
Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar. Bagi pelajar bisu dan pekak mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber rujukan tetapi meraka menghadapi masalah apabila meminta penjelasan mengenai apa yang tidak difahami. Untuk golongan pelajar sindrom down pula, mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan golongan mereka yang sukar diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat didedahkan dengan sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara praktikal

4.0  Pendekatan

      5.1 Langkah mengatasi jurang pendidikan akibat pelaksanaan Pengajaran dan    Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
             Robiah Sidin (1994) mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu dimiliki oleh          guru untuk mempunyai kesediaan dan mampu mengahadapi persediaan adalah             sentiasa mengikuti peredaran masa. Dalam konteks membincangkan pelaksanaan             Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris amat   memerlukan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dari semasa ke semasa, terutamanya dari aspek peningkatan ilmu dan bahasa Inggeris.        Sebagai contoh, guru harus banyak membaca buku tambahan dan menggunakan             bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus selalu mengikuti perkembangan        pendidikan global untuk menimba ilmu dan meningkatkan kaedah pengajaran.Dalam             usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru PPSMI, kerajaan        juga tidak ketinggalan peranannya. Misalannya, latihan intensif bahasa Inggeris      (Kursus ETeMS) telah dijalankan terhadap guru PPSMI. Nanum begitu, guru tidak       harus bergantung pada Kursus ETeMS semata – mata, inisiatif ini perlu disokong             melalui usaha guru kendiri dengan membiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Dengan       peningkatan guru PPSMI yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,             terutamanya di kawasan luar bandar, barulah jurang pendidikan dapat dieratkan.

            Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam usaha              mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam hal ini,       kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar             untuk menarik minat guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan       asas guru harus dijamin oleh kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar             bandar tanpa kekurangan. Seperti yang sedia maklum, kerajaan juga telah   melaksanakan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan (BISP)  kepada guru mengikut    syarat – syarat yang ditetapkan sebagai dorongan. Pelaksanaan BISP dapat     mendorong guru untuk berusaha dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya,             Sains dan Matematik.

            Selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan bilangan guru pengalaman,       kemahiran guru menggunakan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran            Sains dan Matematik juga harus ditingkatkan. Guru juga harus diberi latihan penggunaan media elektonik agar guru dapat menggunakan alat media elektronik        yang berkenaan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan menjaminkan   keperluan dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di kawasan luar bandar         dapat berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

            Seterusnya, penguasaaan bahasa Inggeris pelajar kawasan luar bandar yang lemah harus ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran          Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Beberapa kaedah atau strategi boleh      diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Kelas             tambahan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh diadakan supaya guru         mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar pelajar, terutamanya pelajar luar             bandar yang lebih lemah dalam bahasa Inggeris. Dalam usaha meningkatkan    penguasaan bahasa Inggeris pelajar, pihak sekolah memainkan peranan yang dominan.             Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan penguasaan           bahasa Inggeris pelajar. Contohnya, Minggu Berbahasa Inggeris boleh dijalankan     setiap bulan untuk membudayakan pelajar berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris      di perpustakaan juga harus diperbanyak agar meningkatkan pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris. Dengan secara tidak langsung, penguasaan bahasa Inggeris,          Sains dan Matematik       pelajar dapat ditingkatkan dan selanjutnya jurang pendidikan          dapat diminimumkan.


  5.2 Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan
            Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan           antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat           Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan          pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah     daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal          pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat      ditingkatkan.
            Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan         masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan     pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani           masalah keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan             usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan kaum Penan   yang masih jauh ketinggalan. 
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 125,000 kanak-         kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar      bandar dan pedalaman. Menurutnya banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan         semua rakyat telah mengambil tindakan yang relaven untuk mengatasi masalah      tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan atau penambahbaikan.             Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas memutuskan untuk       ‘turun padang’ dengan melancarkan ‘Program Outreach’. Program ini merupakan satu        perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas di         bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan         program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran,        pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin,            kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi            memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan     supaya kebajikan pelajar-pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan        ialah memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan kerjasama       antara sekolah, sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)           ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah Ordinan, 1952.             YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad     Haji Muhd. Taib untuk memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan,        kerajaan telah mempelbagaikan program terus pembangunan di luar bandar.
Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran       pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin      menerima peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM)       berjumlah RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM             akan mendahului Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kuala        Lumpur serta Perlis. Setiap seorang pelajar miskin akan menerima RM120 bagi   pembelian tersebut yang sebelum ini peruntukan itu disediakan dibawa Belanja           Mengurus yang dikenali ‘One-Off’.
Selain memberi bantuan,  menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah         terutamanya  sekolah  pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang      disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-   kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan        di sekolah-sekolah. Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks,             perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat.  Bantuan tersebut       ada memberi kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan.         Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk member ikemudahan tempat tinggal     yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya    mereka yang miskin.


5.3 Pendekatan Jurang Ict
Penggunaan teknologi komunikasi dan  maklumat (ICT) merupakan salah satu asas            dalam pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti pada masa kini. Tambahan pula, ICT ini banyak member sumbangan kepada Negara samaada dari       segi politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini telah menyebabkan penggunaan ICT di     negara kita berkembang dengan pesat. Kepesatan ini juga secara tidak disedari telah             mewujudkan jurang ICT dalam kalangan masyarakat di negara kita dan hal ini sudah         pasti turut memberikan kesan dalam sektor pendidikan di negara kita. Pelbagai            langkah yang telah diambil serta wajar  diambil oleh pihak kerajaan malaysia bagi      mengurangkan jurang digital yang berlaku dalam sektor pendidikan.
Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan        mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT           terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli.            Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar             tentang kepentingan ICT serta faedah yang boleh didapati dalam penggunaan ICT.           Apabila golongan masyarakat sedar tentang kepentingan penggunaan ICT dalam     kehidupan secara semulajadinya, mereka akan memberikan galakan kepada anak-         anak mereka dalam mempelajari tetntang penggnaan Ict. Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah           E-Komuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam            menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam             bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengira kawasan,   jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT             diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira           peringkat umur tentang penggunaan ICT ini. Datuk Dr Ahamad pernah berkata      bahawa segala kemudahan serta infrastruktur ICT telah diperkenalkan disekolah    dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tambahnya lagi,    bahan- bahan ICT yang disediakan disekolah-sekolah ini harus dimanfaatkan             sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga pihak pentadbir.
Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan digital       disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan serta    bengkel kemahiran kepada guru-guru disetiap sekolah. Hal ini bertujuan       mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Dalam bengkel kemahiran tersebut,             para pendidik harus diberikan penekanan dalam penggunaan komputer serta ICT bagi        tujuan menambahkan pengetahuan mereka mendidik pelajar dalam menggunakan ICT.     Oleh yang demikian kerajaan turut menjalankan program untuk para guru iaitu       Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam program ini guru-guru diberikan taklimat           khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran pelajar             oleh tenaga pengajar terlatih.
             Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam meningkatkan          pengetahuan serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program           pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen           dan kesungguhan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan berkualiti yang            bertaraf dunia. Prtogram pembestarian sekolah ialah proses pengajaran dan             pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan            yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.           Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di sekolah bestari ini adalah sangat     bertepatan dalam tujuan memberikan pendidikan tentang ICT dalam kalangan pelajar.             Pendekatan serta penggunaan ICT ini tidak terikat kepada bidang kurikulum sahaja           malahan ia turut melibatkan pelbagai bidang penting di sekolah. Hal ini turut    meberikan kesan kepada pentakbiran sekolah kerana ia dapat melancarkan   pengurusan di sekolah tersebut.
   5.4  Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar bias       dengan OKU
            Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan, terutamanya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti memperluaskan dan mempertingkatkan pengisian program khas integriti bermasalah pembelajaran, iaitu dengan menyediakan guru pendidikan khas yang terlatih serta menyediakan pembantu pengurusan murid yang mencukupi. Seterusnya menjalankan kursus pra-vokasional pendidikan khas untuk guru pendidikan khas sekolah menengah dan kursus ko-kurikulum untuk guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah dijalankan antara tahun 2006 hingga 2008.Pendekatan kedua ialah, pihak kerajaan akan menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahira hidup asas diberikan seawall mungkin agar mereka tidak merasakan diri sebagai seorang yang tidak membawa asset kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Kemudiannya diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, social dan komuniti.
 Yang seharusnya menjalankan latihan kepada golongan ini,misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin, dan diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga,sosial dan komuniti.
 Di samping itu juga KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti, kemudahan dan program yang releven. Selain itu juga KPM menyediakan pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka yang kurang upaya ini. Tambahan lagi KPM juga  turut menjalankan perkongsian pintar dengan badan sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK)  diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk meningkatkan lagi potensi pelajaran mereka.
Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah pendidikan khas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak kementerian juga turut menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pada tahun 2000 meningkat daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun 2005 pula sebanyak 32 program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya bagi kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat atau di pusat-pusat  kelolaan badan sukarela. Pusat Pemulihan Komuniti  (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.

5.0   Penutup
Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan  ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang  melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakann. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.


Bibliografi
Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu – isu & Pendidikan Kerja Sosial.                                 Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM

Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan                           Utusan Melayu

Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy  Isu - Isu            Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)
Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan Malaysia                                              pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utus            an_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.htm                                                                     Diperoleh pada 19 Januari 2010.

Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan Malaysia

Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan (21/09/06) Berita Harian    

Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008) Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar.                                                  http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN_DAL            AM_KALANGAN_MASYARAKAT_LUAR_BANDAR.pdf.                                      Diperoleh pada 19 January 2010.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)                     http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_d            alam_Bahasa_Inggeris



"sharing is caring,, caring is helping,, helping is loving"




Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar