Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia


Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.
            Antara kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan “vanakum”. Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau sanak saudara.
Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah. Dalam masyarakat ini, sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan.
Dalam masyarakat india, keluarga merupakan institusi yang sangat penting. Dalam sesebuah institusi keluarga india, bapa memainkan peranan utama dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, ibu merupakan seseorang yang sangat dihormati dan yang paling mulia dalam institusi keluarga. Malah ibu dianggap tuhan dalam keluarga mereka. Manakala anak perempuan mereka pula dipanggil seperti seorang ibu dalam tradisi masyarakat mereka. Oleh yang demikian, dalam kebudayaan mereka, anak perempuan dijaga dengan sempurna dan amat dititikberatkan terutamanya ketika mereka masih dara. Ini menunjukkan bahawa golongan wanita diangkat dengan darjat yang tingi dalam kehidupan masyarakat hindu di negara ini. Kedudukan suami dalam keluarga pula, golongan suami dianggap sebagai tuhan oleh isterinya. Dan golongan suami harus ditaati dan dihormati oleh golongan isteri.
Sewaktu perkahwinan masyarakat india, kad jemputan memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit cair sebagai keharmonian. Seterusnya beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa kekuil untuk disembahyangkan (arccanai). Kad jemputan tersebut diletakkan di dalam dulang bersama pinang, wang ringgit, sireh dan sebagainya sebagai tanda kekayaan. Upacara ini dikenali sebagai paanam paaku. Seterusnya dulang tersebut dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberikan kepada pengantin lelaki dan begitu juga sebaliknya.

 Seterusnya adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal benang putih yang dilumur dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum perkahwinan. Dalam penyediaan thaali ini pihak lelaki dikehendaki membawa emas, cendana, kumkum, sireh dan bayaran untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali tersebut hendaklah diletakkan di tempat sembahyang. Seterusnya, upacara sembahyang dilakukan dan dikenali sebagai thalippadaiyal dimana dalam upacara tersebut nasi manis disediakan termasuk dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.
Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika perkahwinan berlangsung Antaranya adat menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa  dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang  kepada ibu mertua. Selepas upacara perkahwinan, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Selain daripada adat perkahwinan, masyarakat india juga mempunyai adat menyambut kelahiran bayi. Dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi dilahirkan, ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini, rumah dan buaian akan di hias dengan begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dala memberikan nama yang sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang bertuah dan bersesuain dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita.
Seterusnya adalah kebudayaan kaum india dari aspek perayaan. Masyarakat india menyambut pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut kelendar hindu. Sepanjang tahun tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang dan perubahan tahun. Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu. Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan  perayaan menuai dan ‘padi baru masak’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.


Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kesan Permodenan keatas alam sekitar