PARLIMEN DI MALAYSIA


          Parlimen merupakan sebuah badan perundangan persekutuan yang berkuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Parlimen ini terdiri daripada tiga komponen penting iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh yang demikian penggubalan serta kelulusan undang-undang di parlimen mestilah melalui ketiga-tiga komponen tersebut. Melalui parlimen ini, orang ramai atau masyarakat malaysia yang biasanya melalui wakil mereka akan membahaskan isu-isu semasa, dasar-dasar kerajaan atau tindak tanduk kerajaan agar mencapai persetujuan dan keselarasan umum. Setiap masalah yang dihadapi oleh masyarakat biasanya akan dibincangkan di parlimen bagi mengatasi masalah tersebut seterusnya mewujudkan sebuah undang-undang atau akta yang baru sekiranya ia diperlukan.
            Parlimen mempunyai fungsi-fungsi tertentu terhadap masyarakat, kerajaan dan negara. Antara fungsi-fungsi parlimen ialah parlimen merupakan satu medan yang digunakan untuk ahli-ahli dewan sama ada dewan negara mahupun dewan rakyat membahaskan tentang hal ehwal semasa yang berlaku terutamanya tentang kerajaan dan negara. Ini menunjukkan bahawa segala masalah yang berkaitan dengan negara kita akan dibincangkan di parlimen. Selain itu juga parlimen juga berperanan dalam membahaskan belanjawan negara serta membahaskan tentang rang undang-undang. Selain itu, parlimen juga berperanan dalam mengawal kewangan kerajaan seperti cukai dan kadar persekutuan seperti yang telah terdapat dalam undang-undang persekutuan. Selain itu juga, peranan parlimen juga sangat penting dalam memberikan tindakan sebagai forum kritik dan tumpuan terhadap pendapat orang ramai dalam membincangkan sesuatu isu atau masalah yang berhubung dengan hal ehwal negara agar dasar yang dibentuk atau segala tindakan kerajaan adalah selaras dengan pandangan masyarakat umum.
Selain itu juga, parlimen juga berperanan dalam meminda undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.  Berkesesuaian dengan keperluan semasa, sesuatu undang-undang boleh dipinda jika bersesuaian. Contohnya pindaan terhadap kes pembuangan bayi baru-baru ini.  kes buangan bayi yang dahulunya adalah dibawah seksyen 31 akta kanak-kanak yang boleh didenda sebanyak RM 20,000 maksimum atau hukuman penjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan namun kini ia telah dipinda dimana hukuman pembuangan bayi telah disiasat di bawah seksyen 302 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Tindakan yang dilakukan oleh parlimen ini adalah bertujuan bagi mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat.
            Justeru itu, perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan pelbagai keistimewaan dan juga perlindungan kepada ahli parlimen. Oleh itu, sekiranya seseorang melanggar hak keistimewaan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh parlimen, maka parlimen  berhak untuk menghukum ahli tersebut. Antara keistimewaan yang telah ditetapkan ialah sebarang prosiding atau perbincangan di dalam parlimen tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Ini jelas menunjukkan bahawa ahli parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah dia atas setiap pertuturan walaupun jelas ia mengandungi fitnah, cacian atau sebagainya. Mereka juga tidak boleh didakwa atas pengundian yang mereka lakukan ketika prosiding berjalan.
Mengikut perkara 63(4) perlembagaan persekutuan, ia telah memperuntukkan setiap ahli parlimen terlindung daripada tindakan undang-undang berhubung dengan perjalanan majlis parlimen, perkara-perkara atau pendapat yang diutarakan dalam dewan parlimen, serta pengundian yang mereka lakukan ketika bersidang. Namun begitu, ahli-ahli parlimen tidak boleh menimbulkan isu-isu sensitif di bawah akta hasutan 1948. Antara perkara sensitif yang tidak harus dibangkitkan ketika sidang perbahasan dilakukan ialah hak keistimewaan orang melayu, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan serta kedaulatan raja-raja melayu. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya unsur-unsur perkauman yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Sekiranya seseorang itu menyentuh isu-isu sensitif ini, mereka boleh dikenakan hukuman yang tertentu.
Seperti yang telah diketahui, Yang Di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada parlimen di malaysia. Antara fungsi YDPA adalah memperkenankan rang undang-undang yang dibuat di parlimen. Selain itu juga YDPA juga berperanan dalam memanggil ahli dewan parlimen untuk bersidang. Selain itu, YDPA juga berperanan dalam melakukan pembubaran parlimen. Setiap 5 tahun, negara kita akan mengadakan pilihanraya. Oleh yang demikian, YDPA boleh membubarkan parlimen sebelum atau setelah cukup 5 tahun bagi mengadakan pilihanraya mengikut budi bicara Baginda. YDPA boleh melakukan pembubaran dengan nasihat perdana menteri. Selain itu juga, YDPA juga boleh memberhentikan sidang parlimen sekiranya ia merasakan perlu berbuat demikian. YDPA juga boleh menangguhkan penggal parlimen mengikut perlembagaan. YDPA juga berperanan dalam memberikan ucapan ataupun bertitah dalam upacara pembukaan rasmi penggal parlimen iaitu menyampaikan titah ucapan diraja. Selain itu, Baginda juga berperanan dalam merasmikan upacara pembukaan rasmi penggal parlimen. YDPA juga berperanan dalam memperkenankan akta-akta baru, pindaan akta-akta lama, pindaan perlembagaan dan memperkenankan rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan.
Dewan negara juga merupakan salah satu komponen utama dalam parlimen. Dewan negara merupakan majlis tertinggi yang dikenali sebagai senat. Manakala ahli-ahli dewan negara pula dikenali sebagai senator. Antara fungsi-fungsi dewan negara ialah membahas rang undang-undang yang dibentuk oleh dewan rakyat secara terperinci agar ia mampu memjaga kepentingan rakyat dan mengelak daripada berlaku masalah lain. selain itu, dewan negara juga boleh menangguhkan rang undang-undang yang diluluskan oleh dewan rakyat. Namun begitu dewan negara tidak mempunyai kuasa dalam menolak rang-undang yang dibuat oleh dewan rakyat. Bagi rang undang-undang biasa tempoh penangguhan yang dilakukan oleh dewan negara mestilah tidak melebihi setahun manakala bagi rang undang-undang kewangan (money bill) tempoh penangguhan tidak melebihi sebulan. Namun begitu, dewan negara tidak boleh membuat pindaan jika cadangannya tidak diterima oleh dewan rakyat. Oleh itu, dewan negara boleh meminta dewan rakyat mengkaji semula rang undang-undang tersebut semasa dewan negara menangguhkan perkara tersebut. Selain itu juga, dewan negara berfungsi sebagai penyemak kepada rang undang-undang. Dewan negara juga tidak boleh meminda rang-undang-undang tersebut sekiranya ia tidak diterima oleh rakyat.
Ahli-ahli dewan negara iaitu senator terdiri daripada dua golongan iaitu setiap negeri memilih dua orang ahli dari dewan undangan negeri manakala golongan yang kedua pula merupakan mereka yang dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. YDPA melantik sejumlah 44 orang ahli senator  iaitu dua orang senator dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang wakil dari Wilayah Persekutuan Labuan, seorang wakil dari wilayah Persekutuan Putrajaya manakala 40 senator lagi dipilih dari seluruh negara mengikut nasihat perdana menteri. 40 orang yang dilantik oleh YDPA ini terdiri daripada mereka yang telah mencapai kegemilangan dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat, wakil-wakil kaum minoriti dan wakil-wakil orang asli. Ahli-ahli dewan negara mestilah berumur 30 tahun keatas dan tempoh jawatan ahli dewan negara adalah selama 3 tahun. Ahli dewan negara tidak boleh memegang jawatan ahli dewan negara lebih daripada dua penggal yang sama secara berterusan iaitu tidak boleh melebihi enam tahun.
Selain itu, kelayakan ahli dewan negara adalah merupakan warganegara malaysia, bermastautin di malaysia, mesti sempurna akalnya dan tidak boleh melakukan kesalahan yang membolehkan keahliannya di batalkan. Namun begitu keahlian ahli dewan negara boleh terbatal sekiranya dia didapati tidak waras, bankrap, memegang jawatan bergaji iaitu jawatan dalam perkhidmatan awam. Selain itu juga, sekiranya ahli senator ini didapati bersalah dan dipenjarakan melebihi satu tahun iaitu 12 bulan tanpa mendapat pengampunan dan didenda melebihi daripada RM 2000 tanpa mendapat pengampunan, ahli dewan negara boleh dilucutkan jawatannya. Pembubarab parlimen tidak akan menjejaskan tempoh jawatanahli dewan negara.
Namun sekiranya seseorang ahli dipilih untuk menggantikan seseorang atau ahli yang lain yang telah meninggal dunia ataupun bercuti maka ia mempunyai tempoh tertentu dan jawatannya hanyalah mengikut bakinya sahaja. Keahlian ahli dewan negara boleh terlucut sekiranya seseorang itu tidak mengangkat sumpah dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tempoh tiga bulan selepas pengishtiharan. Selain itu juga seseorang itu juga boleh terlucut dari jawatan senator sekiranya tidak hadir dalam mensyuarat dewan negara selama enam bulan tanpa kebenaran dewan. Setiap ahli dewan negara yang mengangkat sumpah taat setia mestilah kepada persekutuan malaysia dan perlembagaan. Sekiranya seseorang ahli dewan negara ingin mletakkan jawatan beliau bolehlah menulis surat kepada yang dipertua dewan.  
Dalam dewan negara, terdapat seorang Yang Dipertua Dewan negara dan timbalannya. Mereka dipilih daripada kalangan dewan juga untuk mempengerusikan mesyuarat dewan setiap kali persidangan diadakan.sekiranya ahli dewan undangan negeri terpilih untuk jawatan yang dipertua dewan negara, beliau hendaklah terlebih dahulu berhenti daripada menjadi ahli dalam dewan undangan negeri. Yang dipertua dewan negara juga tertakluk kepada tugas-tugas tertentu antaranya ialah mempengerusikan dewan negara, memastikan ahli-ahli dewan negara mematuhi tatatertib dewan negara, menjadi jurucakap bagi dewan negara dan mengenakan tindakan disiplin dan  tatatertib terhadap  ahli-ahli dewan yang tidak mengikuti tatatertib yang dibuat. Namun begitu, tugas-tugas yang dipertua dewan akan diambil alih oleh timbalan yang dipertua dewan sekiranya yang dipertua dewan tidak dapat hadir ketika persidangan atau mesyuarat berlangsung.


Yang dipertua dewan juga mempunyai kuasa budi bicara ketika persidangan. Antara budi bicara yang dipertua dewan ialah membenarkan atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan. Selain itu juga beliau juga berhak untuk menentukan sama ada soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan perlu atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri. Selain itu juga yang dipertua dewan juga boleh menangguhkan persidangan dewan negara mengikut budi bicara beliau. Yang dipertua dewan juga mempunyai kuasa dalam melakukan penyingkiran ahli daripada persidangan dewan negara atau melarang ahli dewan negara daripada menghadiri persidangan dewan negara . Namun begitu setiap tindakan yang dilakukan oleh yang dipertua dewan tersebut haruslah bersebab atau mempunyai faktor-faktor tertentu. Bilangan terkecil bagi setiap persidangan untuk membolehkan persidangan secara rasmi ialah 10 orang tidak termasuk yang dipertua dewan.
Ahli dewan rakyat juga merupakan salah satu komponen yang ada dalam parlimen. Dewan rakyat merupakan tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakat sesebuah daerah parlimen.dewan rakyat juga merupakan satu medan untuk rakyat mewakili wakilnya menyampaikan hasrat mereka. Parti yang memenangi kerusi majoriti di dalam pilihan raya umum dan dapat menguasai penyokong majoriti di dewan rakyat akan dapat membentuk kerajaan. Pemimpin parti yang mendapat kepercayaan besar ahli-ahli dewan rakyat akan dilantik menjadi perdana menteri. Namun begitu, sekiranya perdana menteri kehilangan suara terbanyak dewan rakyat, maka perdana menteri harus meletak jawatan atau boleh meminta Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen. Oleh yang demikian kabinet juga akan mempunyai masalah sekiranya kehilangan suara majoriti daripada ahli dewan rakyat. Dewan rakyat juga mempunyai kuasa pemutus dalam undang-undang kewangan. Ahli dewan rakyat merupakan golongan warganegara yang berumur 21 tahun keatas daripada golongan rakyat yang dipilih menjadi wakil dalam pilihanraya di mukim-mukim atau kawasan-kawasan pilihanraya. Ahli dewan rakyat juga merupakan seorang yang waras, bertmastautin di Malaysia. Ahli dewan rakyat boleh terdiri daripada ahli-ahli parti politik atau ahli-ahli bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik.
Seseorang wakil rakyat boleh mewakili dua kawasan pilihanraya dalam satu masa yang sama bagi jawatan ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri. Namun begitu wakil rakyat tersebut tidak boleh pada masa yang sama mewakili dua kawasan dewan rakyat parlimen. Selain itu juga, ahli dewan rakyat juga tidak boleh menjadi ahli dewan rakyat dan dewan negara pada masa yang sama. Jawatan ahli dewan rakyat berkuatkuasa selagi parlimen tidak dibubarkan. Sekiranya berlaku kematian, pilihanraya akan berlangsung bagi menggantikan wakil rakyat di kawasan berkenaan. Sekiranya hal ini berlaku, speaker dewan rakyat akan memaklumkan kekosongan kerusi dewan rakyat kepada suruhanjaya pilihanraya supaya suruhanjaya pilihanraya dapat mengadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan tersebut. Selain itu seseorang ahli dewan rakyat akan terlucut jawatannya sekiranya hilang kelayakan mengikut perkara 48 perlembagaan persekutuan iaitu tidak sempurna akal, bankrap atau memegang jawatan bergaji. Selain itu juga, jawatan ahli dewan rakyat juga boleh terlucut sekiranya tidak menghadiri mesyuarat ahli dewan rakyat selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran dewan. Ahli dewan rakyat juga boleh terlucut jawatan sekiranya tidak menghadiri mensyuarat enam bulan tanpa kebenaran dalam tempoh tiga bulan dari tarikh persidangan dewan.
Seperti dewan negara, dewan rakyat juga mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Antara fungsi dewan rakyat ialah membahaskan hal dan masalah rakyat. Dewan rakyat juga berperanan dalam membahaskan dasar-dasar kerajaan. Selain itu juga dewan rakyat juga berkuasa dalam menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan. Rang undang-undang persekutuan yang mendapat kelulusan kabinet ini akan dibawa untuk dibahaskan. Selain itu juga, dewan rakyat juga berperanan dan mempunyai kuasa dalam memutuskan rang undang-undang kewangan serta membahas belanjawan negara. Dewan rakyat juga berperanan mengkaji semula rang undang-undang sekiranya dewan negara menangguhkan rang undang-undang tersebut.
Seperti dewan negara, dewan rakyat juga mempunyai speaker dewan atau yang di pertua dewan rakyat. Speaker dewan rakyat boleh dipilih dalam kalangan ahli dewan rakyat atau di luar dewan rakyat sebagai ahli dewan tambahan. Namun begitu, kuasa ahli dewan tambahan adalah terhad tidak seperti ahli dewan rakyat. Ahli dewan tambahan tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri, menteri, timbalan perdsna menteri, dan setiausaha parlimen. Selain itu juga, ahli dewan tambahan juga tidak layak mengundi di dalam dewan perbahasan dalam sebarang usul kecuali undi penentu diperlukan iaitu apabila keadaan undi sokong dan undi bantah adalah sama banyak. Speaker dewan rakyat dipilih dalam kalangan ahli dewan rakyat dan perlantikannya mestilah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Speaker dewan rakyat pula dibantu oleh dua orang timbalan speaker dewan rakyat yang dipilih daripada kalangan ahli dewan rakyat melalui undian di dewan rakyat. Sekiranya speaker dewan rakyat tidak dapat menghadirkan diri, maka timbalan speaker dewan rakyat bertanggungjawab menggantikan beliau ketika sesi perbahasan berlangsung.
Antara tugas-tugas speaker dewan rakyat ialah mempengerusikan persidangan dewan rakyat serta memastikan ahli-ahli dewan rakyat mematuhi tatatertib dewan rakyat. Selain itu juga speaker dewan rakyat juga berperanan  dalam mengenakan tindakan disiplin kepada ahli-ahli dewan yang tidak mematuhi disiplin serta melanggar undang-undang dan tatatertib dalam dewan rakyat. Speaker dewan juga turut berfungsi sebagai jurucakap dewan rakyat dan beliau juga harus memaklumkan kekosongan kerusi dewan rakyat kepada suruhan jaya pilihanraya agar pilihanraya dapat dibuat untuk mengisi kekosongan tersebut. Dalam menjalankan tugas, speaker dewan rakyat juga mempunyai kuasa budi bicara tertentu dalam menjalankan tugas. Antara kuasa budi bicara speaker dewan rakyat ialah menolak atau membenarkan soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan. Selain itu juga beliau berperanan dalam menentukan sama ada soalan yang diajukan oleh ahli dewan rakyat tersebut perlu atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri. Selain itu beliau juga berperanan dalam menangguhkan persidangan dewan rakyat. Beliau juga berhak untuk menyingkirkan ahli daripda dewan rakyat atau melarang ahli daripada menghadiri persidangan dewan rakyat. Namun beliau haruslah melakukan perkara tersebut diatas sebab yang munasabah.
Seorang setiausaha akan dewan rakyat dilantik oleh Yang Di pertuan Agong untuk menguruskan mesyuarat dewan. Lantikan tersebut adalah atas nasihat perdana menteri. Beliau berperanan dalam menguruskan pentadbiran dewan rakyat terutama menyediakan penyata rasmi parlimen atau hansard. Beliau hanya boleh dipecat oleh Yang Dipertuan Agong oleh tribunal. Ini bermakna ahli dewan rakyat tidak boleh memecat setiausaha dewan rakyat. Namun begitu, representasi untuk pemecatan setiausaha dewan rakyat hanya boleh dibuat melalui speaker dewan rakyat kepaada Yang Dipertuan agong. Setiausaha dewan rakyat bertanggungjawab keataas perjalanan persidangan dewan rakyat dan beliau juga boleh memberikan kata nasihat kepada yang dipertua dewan rakyat tentang hal yang berkaitan dengan dewan ketika bersidang. Selain itu juga setiausaha dewan rakyat juga beperanan dalam menghantar notis kepada ahli-ahli untuk memulakan persidangan, mengumpul dan menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan daripada ahli-ahli dewan rakyat. Selain itu juga beliau juga haruslah menyediakan penyata rasmi bagi prosedur mesyuarat dan  tugas-tugas pentadbiran kewangan. Bilangan ahli terkecil untuk membolehkan dewan rakyat bersidang secara rasmi adalah seramai 26 orang dan tidak termasuk speaker dewan rakyat.


            Pada tahun 2005, jawatan baru telah diwujudkan oleh kabinet iaitu ketua pentadbiran parlimen. Tujuan jawatan baru ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan. Selain itu juga, jawatan ini diwujudkan untuk menerima arahan kabinet yang membabitkan urusan-urusan parlimen secara terus. Ketua pentadbiran perlimen ini dilantik oleh yang Di Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri. Beliau memulakan tugas pertama sebagai ketua pentadbir parlimen pada 15 september 2005. Antara tugas-tugas beliau adalah mengurus kemudahan parlimen dan bangunan parlimen.
            Selepas tarikh pembubaran parlimen, pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung malaysia dan 90 hari bagi sabah dan sarawak.  Yang Di Pertuan Agong mestilah memanggil parlimen untuk bersidang dalam tempoh 120 hari iaitu selepas 60 hari pilihanraya dijalankan di semenanjung malaysia dan 30 hari selepas plihanraya dijalankan di sabah dan sarawak. Perkara-perkara penting dalam persidangan pertama dewan rakyat selepas pilihanraya dijalankan adalah perancangan takwim bagi dewan rakyat iaitu membahagikan tempoh lima tahun tersebut kepada lima penggal iaitu setiap penggal adalah setahun. Selain itu juga, dalam takwim tersebut juga harus diletakkan bahawa dalam satu penggal harus dijalankan 2 atau 3 persidangan iaitu jarak masa antara dua persidangan tersebut mestilah tidak melebihi enam bulan atau 180 hari. Selain merancang takwim, persidangan pertama dewan rakyat juga bertujuan melantik speaker dan angkat sumpah oleh ahli-ahli dewan rakyat, melantik pembangkang, penyampaian titah ucapan diraja, ucapan terima kasih dan seterusnya permulaan kepada persidangan.
            Pada permulaan setiap persidangan parlimen, lima buah jawatan parlimen akan diwujudkan iaitu jawatankuasa bagi pemilihan dimana jawatankuasa bagi pemilihan ini bertujuan bagi memilih anggota-anggota bagi jawatankuasa yang lain iaitu terdiri daripada speaker pengerusi dan enam anggota lain yang dilantik oleh dewan rakyat dan dewan parlimen. Selain itu ialah jawatankuasa peraturan tetap yang bertujuan untukmeneliti beberapa buah pindaan kepada peraturan tetap dan mencadangkan perubahan terhadap peraturan tersebut. Selain itu juga jawatan ini terdiri daripada speaker dewan dan enam orang anggota lain yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. Jawatankuasa dewan juga merupakan salah satu jawatankuasa yang diwujudkan. Ia adalah bertujuan untuk meneliti perkara yang berkaitan dengan keselesaan dan kemudahan ahli dewan dimana keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada speaker dewan dan enam orang ahli yang dipilih oleh jwatankuasa pemilihan.
Selain itu jawatankuasa yang diwujudkan juga ialah jawatankuasa hak ahli iaitu bertujuan untuk meneliti dan menjaga kuasa serta hak kepentingan dewan dan disiplin ahli dewan. Jawatankuasa ini terdiri daripada speaker dewan iaitu sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. Dan jawatankuasa yang terakhir di wujudkan di parlimen ialah jawatankuasa akaun awam. Jawatankuasa ini hanya terdapat di dewan rakyat. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memastikan wang yang diperuntukkan oleh parlimen kepada kerajaan digunakan dengan baik. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam membuat teguran dan cadangan tentang pengurusan akaun awam berdasarkan laporan ketua audit negara. Keanggotaan jawatan ini terdiri daripada pengerusi iaitu ahli dewan yang dipilih iaitu seramai 6 hingga 12 orang anggota yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. Jawatankuasa akaun awam terdapat dalam dewan rakyat sahaja, namun begitu jawatankuasa yang lain terdapat dalam dewan rakyat dan dewan negara. Jawatakuasa yang berbentuk sementara pula akan diwujudkan di kedua-dua buah dewan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu apabila timbul keperluan-keperluan tertentu.

RANG UNDANG-UNDANG PARLIMEN
            Terdapat pelbagai jenis rang undang-undang yang digubal di parlimen antaranya ialah rang undang-undang awam atau kerajaan. Rang undang-undang ini melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam, negara dan rakyat. Rang undang-undang ini biasanya dibentangkan oleh menteri yang mewakili pihak kerajaan. Rang undang-undang kedua ialah rang undang-undang persendirian iaitu melibatkan orang atau kumulan orang, pertubuhan, persatuan atau perbadanan tertentu sahaja. Rang undang-undang ini bercorak tempatan dan persendirian. Rang undang-undang yang ketiga adalah rang undang-undang ahli persendirian iaitu undang-undang yang dibentangkan oleh ahli-ahli di dewan rakyat selain menteri atau timbalan menteri. Rang undang-undang ini pula boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja. Jenis rang undang-undang keempat ialah rang undang-undang hibrid iaitu undang-undang campuran yang dibentangkan sama ada oleh menteri atau ahli-ahli dewan rakyat dimana pada pendapat speaker rakyat ia menyentuh kepentingan-kepentingan tertentu.
            Dalam proses penggubalan undang-undangia melibatkan beberapa peringkat agar undang-undang yang digubal bersesuaian dengan aspirasi masyarakat. Dalam proses pertama seseorang menteri akan mengusul rang undang-undang tersebut selepas merangka sesuatu dasar. Semasa mengusul atau mendraf rang undang-undang tersebut, menteri akan berunding dengan beberapa jabatan antaranya jabatan peguam negara, jabatan perbendaharaan dan juga kementerian-kementerian yang berkaitan. Setelah ianya selesai draf rang undang-undang tadi akan disediakan oleh jabatan peguam negara. Seterusnya rang undang-undang ini akan dibentangkan di kabinet bagi mendapatkan kelulusan kabinet.setelah kabinet meluluskan rang undang2 berkenaan , rang undang-undang tersebut akan dibawa ke parlimen pula. Menteri-menteri akan menghantar notis pemberitahuan kepada setiausaha di dewan rakyat dan dewan negara. Seterusnya rang undang-undang tersebut akan dihantar kepada jabatan pencetakan negara untuk dicetak seterusnya ia sedia di bahas di parlimen.
            Setelah dibawa ke parlimen, bacaan pertama dijalankan. Dalam bacaan pertama ini, ia merupakan suatu peringkat formaliti. Dalam peringkat bacaan pertama ini,menteri yang mendrafkan rang undang-undang tersebut akan membacakan tajuk bagi rang undang-undang tersebut. Pada peringkat ini, masih tiada lagi perbahasan tetapi ia hanyalah merupakan sesi pengenalan sahaja. Setelah peringkat bacaan pertama dijalankan, ia diteruskan lagi menerusi peringkat bacaan kedua. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini rang undang-undang akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh oleh kedua-dua dewan. Pada peringkat ini, menteri yang mendraf rang undang-undang bertanggungjawab dalam menjawab semua soalan yang diajukan oleh ahli dewan tentang rang undang-undang tersebut. Seterusnya undian akan dibuat sama ada menolak atau menerima rang undang-undang tersebut. Namun begitu hanya dewan rakyat sahaja berhak menolak rang undang-undang berkenaan. Sekiranya telah dipersetujui oleh kedua-dua dewan, rang undang-undang tersebut akan dibawa ke peringkat jawatankuasa.
            Seterusnya adalah peringkat jawatankuasa. Pada peringkat ini rang undang-undang ini dirujuk kepada jawatankuasa khas atau jawatankuasa seluruh dewan. Pada peringkat ini, rang undang-undang ini dibahaskan dengan lebih terperinci. Jawatankuasa ini berhak untuk meminda atau mengubahsuai sesuatu rang undang-undang atas sebab-sebab tertentu. Setelah dibawa ke pringkat jawatankuasa, peringkat bagi bacaan ketiga pula akan dijalankan. Pada peringkat ini, rang undang-undang akan dibahaskan sekali lagi jika perlu. Seterusnya undian kali terakhir akan dibuat untuk meluluskan rang undang-undang tersebut. Setelah rang undang-undang ini telah dipersetujui, ia akan dibawa ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.  Rang undang-undang ini akan dibawa kepada Yang DiPertuan Agong untuk diperkenan oleh baginda. Walaubagaimanapun, Yang Dipertuan Agong mesti memperkenankan rang undang-undang tersebut dalam masa 30 hari.  Namun begitu, jika baginda tidak memperkenankan rang undang-undang itu selepas 30 hari, rang undang-undang itu akan dianggap telah diperkenankan secara automatik. Setelah penyimpan mohor besar raja-raja mengenakan Cop Mohor Besar ke atas rang undang-undangatas perintah Yang Dipertuan Agong, maka rang undang-undang akan menjadi undang-undang setelah diwartakan.
Setelah ia diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong , ia akan dibawa kepada peringkat terakhir iaitu peringkat diwartakan. Ini merupakan peringkat terakhir dalam penggubalan undang-undang. Dalam peringkat ini, rang undang-undang ini akan dicetak dan seterusnya dimasukkan kedalam warta kerajaan. Setelah dimasukkan kedalam warta kerajaan, rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan . satu salinan rang undang-undang tersebut akan dipaparkan dibangunan parlimen. Tarikh penguatkuasaan undang-undang tersebut biasanya bermula pada hari rang undang-undang tersebut diwartakan. Undang-undang tersebut juga boleh berkuatkuasa pada tarikh yang terdahulu atau pada masa hadapan seperti yang tercatat dalam rang undang-undang tersebut. Pada peringkat ini merupakan peringkat terakhir. Perkara 66 (5) menyatakan sesuatu rang undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah diwartakan dalam warta kerajaan.

           
Sharing is caring,caring is loving, loving is helping

Comments

  1. Salam, boleh bagi tau rujukan tak dalam guna sistem APA? Maksud saya rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.. saya dah lupa mana sy letak rujukannye... sbbnya ni assgment st dolu2 zaman uni...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar