selamat tinggal 2011.. selamat datang 2012

Selangkah demi selangkah.. 
Dunia merangkak tanpa henti..
Menanti penghujung usia..
Entah bila kunjung tiba...
Tahun dan masa silih berganti..
dan kita masih disini... 
Tak berhenti mencorak dunia...
Tanpa menghitung jahilnya kita...
Semakin bertambah usia.. semakin dekat kita dengan kematian..
Itu yang harus kita fikirkan..
Kejarlah dunia seperti kita akan hidup selamanya...
Dan kejarlah akhirat itu seumpama kita akan mati esk.. 

2011 yang telah kita tinggalkan..
Meninggalkan seribu memori, dosa atas kealpaan, duka yang mencengkam serta 
Kegembiraan yang tak mungkin berkekalan..
2012 yang  telah berkunjung tiba..
Yang masih kita tak pasti..
Apakah ranjau yang harus kita lalui..
Berdoa dan berharaplah pada yang Esa..
Kerna Dia maha kuasa..

Moga 2012 yang datang..
Hidup penuh barakah dari tuhan..
Ya ALLAH aku memohon rahmat dan pelindunganMu 
dari sebarang kejahilan dan kelapaan..
Dari sebarang azab dan sensara..
Dari sebarang dosa dan kemurkaanMu
Ya ALLAH.. lindungilah hambaMu
Dengan Rahmat dan kasih sayangMu

semoga dengan meningkatnya usia kita
moga bertambah iman dan takwa kita kepada ALLAH SWT..


Comments

Popular posts from this blog

PARLIMEN DI MALAYSIA

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan

Kesan Permodenan keatas alam sekitar