Pengurusan Murid

1.0              PENGENALAN
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Tajuk ini akan membincangkan bagai mana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas (Pelajar Pelbagai Upaya). Program-program  pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan social individu-individu yang berkeperluan khas, khususnya pelajar cerdas yang memiliki pelbagai upaya.
Menurut Ormrod (2000) tidak semua manusia dilahirkan memiliki kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosialnya. Mereka ini dikenali sebagai individu berkeperluan khas. Remaja yang di kategori sebagai berkeperluan khas ialah; Masalah pembelajaran, cacat bahasa/percakapan, gangguan emosi, Autisma, Kecacatan Mental, Anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).
Pelajar pelbagai upaya atau pelajar pintar cerdas boleh belajar dengan cepat kerana mereka boleh menggunakan kemahiran metakognitif terlebih awal. Mereka mungkin mempelajari kemahiran ini  dengan meniru perlakuan ibu bapa. Menurut Gardner (1983), berdasarkan Teori kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh beliau, ia membawa maksud kecerdasan yang berasaskan potensi biologi dan psikologi.
Sternberg & Zhang (1995) “Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan pelbagai secara superior seperti asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan yang tersimpan, mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah serta kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi menyelesaikan masalah.
Menurut Suppiah Nachiappan et al.(2009), selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar cerdas atau pelbagai upaya. Golongan ini juga sering diabaikan kerana guru beranggapan mereka sudah dapat menguasai isi pelajaran dengan cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Ciri-ciri pelajar cerdas adalah seperti berikut:-
                                                      I.            Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding rakan yang lain,
                                                   II.            Mempunyai kematangan dari segi menggunakan sesuatu istilah dengan bermakna,
                                                III.            Mempunyai keistimewaan dalam matematik,
                                                IV.            Berusaha ke arah kesempurnaan,
                                                   V.            Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang terlalu mudah,
                                                VI.            Selalu bertanya sesuatu perkara dengan lebih mendalam,
                                             VII.            Petah berkomunikasi.

Menurut Thunstone (1938), berpendapat kecerdasan meliputi tujuh keupayaan berasingan iaitu:-
1.      Kelancaran nombor (verbal comprehension)
2.      Kefahaman lisan (word fluency)
3.      Kelancaran perkataan (numerical fluency)
4.      Visualisasi ruang (spatial visualization)
5.      Ingatan perkaitan (associative memory)
6.      Kelajuan tanggapan (perceptual speed)
7.      Penakulan (reasoning)

Oleh itu, pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya seharusnya diberi perhatian dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi mereka. Guru-guru juga perlu mengambil berat tentang persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi membantu perkembangan bakat dan kepintaran yang mereka miliki.


2.0       PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PEMULIHAN)
 Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
2.1       Konsep pemulihan
Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid  berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

2.2       Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.
2.3       Takrifan
Menurut AE Tanseley dan R. Culliford,“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”.Menurut M. F . Clough pula,“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”
Selain itu, Sharifah Rahman Ali juga menggambarkan,“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

2.4       Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
a. Emosi dan Tingkahlaku
                           #Perasaan rendah diri.
                           # Perasaan risau.
                           #Perasaan sedih, hiba atau duka.
                           #Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
                           #Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
                           #Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
                           #Pasif.
                         #Malas

b. Sosial
#Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
                         #Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
                         #Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
                         #Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
                         #Menangis – enggan masuk darjah.
                         #Hyper aktif.
c. Kesihatan
                           #Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
                           #Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
                           #Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
                           #Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
                           #Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
                           #Kurang menjaga kebersihan diri.
d. Kesediaan Belajar
                         #Belum bersedia untuk belajar.
                         #Perbendaharaan kata kurang.
                         #Lemah pemahaman.
                        #Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
                         #Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
                         #Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
                        #Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
                        #Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
                         #Lambat mengkelaskan benda.
                        #Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
                         #Tidak dapat menyelesaikan masalah.
                        #Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
                         #Tidak kreatif.
                        #Lemah pergerakan dan perbuatan.
                        #Lemah daya pemikiran/ingatan.
                        #Tidak boleh mengingat kembali.
f. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
                         #Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
                        #Rekod-rekod prestasi
                        #Rekod kesihatan
                         #Kerja-kerja harian murid
                         #Laporan Adab Belajar ( LAB )
                          #Melalui pemerhatian




2.5       Fungsi guru dalam menjayakan kelas pemulihan
Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan tahap kecergasan dan IQ mereka.Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi “role model” untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid tersebut.
Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.Bagi mengajar murid-murid yang berpersonaliti introvert, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan “tahniah kamu memeng pandai,kamu berjaya mengeja dengan tepat!” Namun, sekiranya mereka tidak dapat menjawab dengan betul katakana “cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja!”
Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid- murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid yang mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah mengatasi kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti pengayaan agar tidak mengganggu murid lain.
2.6       Penerapan kaedah inkuiri-penemuan
Guru juga boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, guru boleh menggunakan salah satu daripada teknik-teknik berikut seperti pengajaran kumpulan kecil dan pengajaran rakan sebaya.Ekstrovert boleh dikelaskan sebagai individu yang gemar kepada kegembiraan,suka berseronok,releks,aktif dan suka bercampur gaul dengan rakan serta masyarakat.Introvert pula bermaksud individu yang pendiam,pasif,terlampau banyak berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduknya yang kurang mahu menanggung risiko.Ambivert pula ialah cirri personalaiti yang dipunyai oleh seseorang yang kurang jelas sama ada berpihak kepada ekstrovert atau introvert.
Pengajaran kumpulan kecil dapat dilakukan apabila guru membentuk kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ali,Abu dan Atan belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki kemahiran yang hampir sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka berbeza.
Pengajaran rakan sebaya pula terbahagi kepada dua iaitu guru boleh menetapkan seorang murid cepat untuk membimbing dan guru juga boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain.Bagi penggunaan kaedah menetapkan seorang murid cepat untuk membimbing, seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan. Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ali yang sudah boleh membaca agak lancar membimbing dan membantu Abu yang masih belum lancar membaca.Manakala guru boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain.Faedahnya guru dapat menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan motivasi bagi murid yang diajar oleh murid terbaik tadi.Melalui pengajaran individu, guru boleh menumpukan perhatian kepada seorang murid tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, Atan perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri personaliti yang dimilikinya. Abu pula suka diberi perhatian lebih dari rakannya sebagai dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.
Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti murid tersebut. Bagi murid pemulihan khas, guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai tahap kemahiran yang tidak sama. Ini menuntut berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk mengajar murid-murid pemulihan khas ini walaupun mereka berada pada darjah,umur dan kelas yang sama.
Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. Walaubagaimanapun, strategi yang paling sesuai dan berkesan digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah pembelajaran menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara induvidu atau perseorangan, berpasangan, kumpulan atau keseluruhan kelas.

3.0       PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PENGAYAAN)
3.1       Pengenalan
Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dalam program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran berkenaan secara mendatar. Dengan cara ini, semua murid dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama-sama. Walau bagaimanapun, murid-murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan.



3.2       Konsep Pengayaan
Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar dan cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan keatas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
3.3       Objektif Pengayaan
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. Melalui aktiviti pengayaan juga, murid boleh menggunakan masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah bagi mengikut keperluan, minat, serta bakat mereka. Bukan itu sahaja, aktiviti pengayaan juga akan menyebabkan murid meminati dan menguasai bacaan yang meluas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan di samping mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

3.4       Prinsip-prinsip Program Pengayaan
Dalam menyediakan aktiviti pengayaan, prinsip-prinsip perlu diterapkan di dalam aktiviti tersebut bagi memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pengajaran yang diajarkan. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah bercorak seperti belajar sendiri. Melalui kaedah ini, ia mengandungi arahan yang jelas supaya murid boleh melakukannya sendiri. Kaedah ini juga boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Selain itu, dalam aktiviti pengayaan tersebut, ia mestilah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza.
3.5       Rasional Pengayaan
Dalam pengayaan ini, ianya mempunyai rasionalnya kepada kita semua. Antara rasional pengayaan adalah guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sahaja. Selain itu, dalam rasional pengayaan juga ianya dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan yang cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan berasa bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran adalah tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka.
3.6       Jenis Pengayaan
Pengayaan dapat dibahagikan kepada dua kategori. Antara pengayaan tersebut adalah pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Seterusnya adalah pengayaan menegak. Pengayaan menegak ini adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
3.6.1    Pengayaan mendatar
Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti melalui pengayaan mendatar ini adalah ianya akan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan kepada taraf pencapaian murid. Selain itu, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan mencabar. Ianya berbeza dengan aktiviti yang diberikan kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai.
3.6.2    Pengayaan menegak
Pengayaan menegak ini adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Berdasarkan kepada konsep pengayaan menegak ini, aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian murid darjah biasa. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat dan kaerjasama sesama mereka.
3.7       Perbezaan antara Pengayaan Mendatar dan Pengayaan Menegak
Pengayaan mendatar
Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara kaum
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
Jenid aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan


3.8       Contoh Aktiviti Pengayaan
Dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada bacaan, tulisan dan kiraan. Aktiviti pengayaan melalui pembacaan adalah sumber-sumber bahan bacaan adalah terdiri daripada kad-kad buku, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Tambahan pula, kad-kad buku bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan adalah dalam bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.
Seterusnya, aktiviti pengayaan dalam bentuk penulisan pula adalah biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Bagi menarik minat murid-murid untuk mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.
Di samping itu, aktiviti pengayaan yang lain adalah mengira. Dalam aspek mengira ini terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah dalam bentuk permainan seperti permainan ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda dan aktiviti jual beli. Ia juga boleh dilakukan melalui teka-teki. Contohnya meneka nombor, operasi dan waktu. Cara yang lain adalah melalui projek di mana mereka dikehendaki melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri bagi membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Selain itu, ia juga boleh dilakukan dalam pertandingan seperti kuiz matematik dan petak ajaib serta dalam ujikaji. Contohnya, mencari rumus matematik melalui inkuiri dan penemuan.

3.8       Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara. Cara yang pertama adalah aktiviti pengayaan untuk  semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. Seterusnya, aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama-sama dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan serta aktiviti pengayaan adalah untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpulan lambat

Kumpulan cerdas
Kumpulan sederhana
 

Aktiviti pemulihan

Aktiviti pengayaan
                                                                                                                                                             




3.9       Cara-cara mengelolakan Aktiviti Pengayaan
Terdapat beberapa cara bagi mengelolakan aktiviti bagi pengayaan ini. Antaranya adalah ianya dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan di dalam jadual waktu tetap sekolah. Tambahan pula, bimbingan guru juga mestilah pada tahap yang minima kerana aktiviti pengayaan adalah bercorak belajar kendiri. Setelah itu, hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya. Kemudian, guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasasi yang semua usaha mereka hargai. Contohnya adalah dalam pengayaan matematik seperti dalam rajah di bawah.
                                                Mata pelajaran matematik
                                                         
 
                                                                                                                                                                                                                                                                        Pelajar menguasai kemahiran                                            pelajar lambat menguasai kemahiran                                                                                                                                                                                                                                                       program pengayaan                                                                              program pemulihan
                                                                                                          Penilaian semula
                                                                                                          Menguasai kemahiran
                                                                                                          Program pengayaan                                                               

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Berdasarkan kepada rajah di atas, langkah bagi aktiviti pengayaan adalah dengan menilai penguasaan tertentu sama ada sudah dikuasai oleh pelajar atau belum menguasainya. Sekiranya pelajar sudah menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar akan diberikan program pengayaan. Oleh itu, sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran tersebut maka mereka akan diberikan program pemulihan. Dalam pengajaran ini, pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak diberikan program pengayaan.

4.0       PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (BERKEPELUAN KHAS)
Semua manusia tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. Menurut Garciulo (2003) pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai :
“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs”
Manakala menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan khas kepada beberapa kategori seperti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, kecacatan bahasa atau percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran dan lain-lain.

4.1  Pelajar pintar cerdas
Pelajar pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek dan kecerdasan yang tinggi. Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Walaupun begitu, pelajar pintar cerdas ini boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu konservatif, pelbagai dimensi dan fokus kepada potensi atau prestasi. Pelajar pintar cerdas ini mempunyai potensi dan prestasi dari segi intelek, kreativiti, bakat kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang akademik yang khusus.

Ciri-ciri pelajar pintar cerdas adalah seperti mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding rakan-rakan yang lain, mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah, keistimewaan dalam matematik, mencari kesempurnaan kendiri, tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah dan petah berkomunikasi. Pelajar pintar cerdas ini boleh dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Hal ini kerana, keperluan manusia merupakan unsur yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan manusia sama ada dari aspek fizikal, rohani dan sosial. Menurut Maslow lagi, keperluan manusia terdiri daripada lima tahap utama iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan ini merupkan aspek penting terhadap pelajar pintar cerdas.

Kurikulum untuk pelajar pintar cerdas sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah adalah berasaskan kepada kurikulum akademik. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar pintar cerdas diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka. Perkara ini kerana, kurikulum yang sedia ada di peringkat sekolah kurang sesuai untuk pelajar pintar cerdas kerana mereka memiliki IQ yang tinggi. Antara kurikulum yang berkaitan dengan pelajar pintar cerdas perlu memasukkan proses berfikir secara kritis dan kreatif. Kurikulum istimewa untuk pelajar pintar cerdas harus melibatkan kedua-dua bidang antara orientasi dan disiplin. Perkara ini kerana pelajar pintar cerdas patut meneroka isu-isu ilmu dan pengetahuan.

Selain itu, pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran pelajar pintar cerdas juga perlu diambil kira. Hal ini kerana kualiti pengajaran yang baik akan mencapai prestasi yang baik kepada pelajar. Prestasi yang baik ini akan dibawa bersama oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Antara pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas adalah seperti fungsi pembelajaran adalah melebihi tahap dalaman pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran formal dan tidak formal dalam pembelajaran. Dengan adanya pemilihan gaya pembelajaran ini, pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar pintar cerdas akan meningkat.

4.2   Autisme
Sebagaimana individu yang lain, pelajar-pelajar autisme juga berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai dengan keupayaan dan keperluan mereka. Mengikut Persatuan Autisme Malaysia (NASOM), autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Walau bagaimanapun, pelajar autisme ini boleh mendapatkan pendidikan melalui tiga cara mengikut tahap masalah yang mereka hadapi. Hal ini kerana, pelajar autisme tidak menghadapi masalah yang sama dan ada antara mereka menghadapi masalah autisme yang ringan, sederhana dan berat. Bagi pelajar autisme ini mereka boleh mendapatkan pendidikan sama ada pendidikan di sekolah kerajaan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat pendidikan swasta. Setiap sekolah ini memberikan pendidikan yang berbeza kepada pelajar mengikut tahap masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dari segi pembelajaran pula, pelajar autisme ini boleh dididik melalui program bersepadu dan terancang. Pembelajaran secara bersepadu ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian masalah lain seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelajar autisme ini guru-guru haruslah mengadakan hubungan yang baik antara ibu bapa pelajar. Hal ini kerana, kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah akan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah terhadap anak-anak yang menghidap autisme ini. Antara pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar. Sesetengah pelajar autisme sukar untuk menghentikan dan mengubah tingkah laku yang kurang sesuai semasa di sekolah. Oleh sebab itu, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa untuk menghentikan tingkah laku yang kurang sesuai tersebut.

Selain itu, pendidikan inklusif juga perlu dijalankan terhadap pelajr autism ini. Melalui program ini, pelajar autism yang menunjukkan pretasi yang baik di dalam kelas akan mendapat peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelas normal bersama-sama denga pelajar yang lain. Pelajar-pelajar autism ini boleh belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang normal. Sewaktu di awal kemasukkan mereka ke dalam kelas pelajar normal, mereka akan ditemani oleh guru pendidikan khas supaya pelajar ini tedapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Justeru itu, pelajar autism ini dapat diatasi dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh sebab itu, kerjasama antara ibu bapa dan guru amatlah digalakkan terutamanya dalam menyediakan maklumat yang berkaitan dengan anak-anak mereka. dengan itu, anak-anak mereka akan dapat mengikuti program pendidikan yang sesuai dan program ini dapat dirancang dengan mengambil kira keupayaan pelajar-pelajar autism ini.

4.3   Disleksia
Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan masalah urat saraf. Pelajar yang mengalami masalah disleksia ini biasanya berpunca dari kecelaruan pada bahagian otak. Masalah disleksia ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik) dan disgrafia (merujuk kepada bahasa).

Bagi mengatasi masalah pelajar disleksia ini pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai. Hal ini kerana pendekatan multi sensori menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia. Contohnya, guru boleh menggunakan huruf yang dibuat daripada kayu. Melalui huruf  tersebut pelajar boleh mendengar guru menyebut bunyi huruf tersebut dengan betul. Selain itu pelajar juga boleh melihat huruf tersebut kemudian menyebut kembali huruf tersebut dan menekapkan huruf tersebut dengan menggunakan jari. Kaedah ini sesuai untuk mengatasi masalah pelajar disleksia atau pelajar yang berkeperluan khas.
5.0       PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (TEORI KECERDASAN PELBAGAI)
Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Dr Howard Gardner merupakan seorang profesor pendidikan di Harvard Universiti. Menurut beliau, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia iaitu melalui ujian IQ adalah terlalu terhad. Tambah beliau lagi, ianya bukanlah cara yang baik kerana ianya hanya tertumpu terhadap penekanan kepada kecerdasan logikal matematik dan bahasa sahaja.  Oleh yang demikian beliau telah memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri termasuklah kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Dr Howard Gardner kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan, suasana pembelajaran dan banyak lagi. Oleh yang demikian Dr Howard Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan seseorang individu. Beliau berpendapat bahawa cara yang terbaik adalah dengan melihat individu menyelesaikan masalah  dan menganalisis proses yang digunakan.
Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang telah dikemukakan oleh Dr Howard Gardner. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam kecerdasan pelbagai ialah setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan. Kecerdasan-kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dididik dan dipupuk dan dipertingkatkan melalui pelbagai cara. Selain itu juga, kecerdasan ini tidak berkembang seiring dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. kecerdasan-kecerdasan ini sebenarnya tidak boleh dinilai secara berasingan. Selain itu juga, antara ciri-ciri kecerdasan pelbagai ialah satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. Ini bermakna setiap pelajar boleh mengembangkan satu atau dua kecerdasan dalam diri mereka .
Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang. Ini bermakna kecerdasan yang ada dalam setiap individu itu boleh dirangsang malah boleh diperkembangkan. Selain itu, ciri-ciri terakhir yang ada pada teori kecerdasan pelbagai ini ialah kecerdasan ini boleh dipindah. Ini bermakna sekiranya seseorang individu itu mempunyai sesuatu kecerdasan ianya boleh dipindahkan kepada kecerdasan yang lain. contohnya ialah memindahkan kecerdasan daripada kecerdasan kinestetik badan kepada kecerdasan muzik. Seperti yang kita ketahui terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan logik- matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinetetik badan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan naturalis, dan kecerdasan eksistensialis.
5.1       Kecerdasan Logik-Matematik
Dalam kecerdasan ini, seseorang individu atau pelajar itu mempunyai kelebihan dalam ilmu matematik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pasti memiliki kelebihan dalam mengenal dan menggunakan nombor, menaakul, mengenalpasti pola abstrak serta perkaitan antara sebab dan akibat iaitu logik. Selain itu seseorang yang memiliki kecerdasan ini dikatakan berupaya memiliki keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan yang berkaitan  matematik dengan begitu mudah jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai kecerdasan yang lain. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam membuat perkaitan, mengkategori, mengklasifikasi, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira, pengujian hipotesis dan menggunakan komputer dengan cekap.
Individu atau pelajar dalam lingkungan ini juga merupakan golongan yang mempunyai pemikiran yang melibatkan pemikiran saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Golongan ini mempunyai kemahiran yang dominan di bahagian otak kiri seterusnya memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak. Golongan ini juga sering mempunyai semangat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Oleh yang demikian mereka akan sering tertanya-tanya fonomena-fonomena yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, golongan yang mempunyai kecerdasan ini sering mencari jawapan tentang persoalan yang sering bermain di minda mereka.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sangat menyukai aktiviti yang menguji minda dan menggunakan daya pemikiran yang tajam seperti permainan catur, teka-teki dan kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Kecerdasan ini biasanya dimiliki oleh ahli matematik, ahli ekonomi, para ilmuan, programmer, jurutera, saintis, akauntan dan sebagainya. Antara tokoh yang terkenal yang mempunyai kecerdasan logik-matematik adalah Adi Putra, Isaac Newton, Al-Khawarizmi, Carl Friedrich Gauss dan ramai lagi.
5.2       Kecerdasan Verbal-Linguistik.
Golongan yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada melalui lisan atau penulisan. Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kelebihan dalam memanipulasikan ayat, gaya bahasa, serta pengucapan dengan baik dan sempurna. Ini bermakna golongan individu ini mampu menggunakan bahasa dengan baik sama ada dalam pengucapan ataupun melalui penulisan. Golongan individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini juga mampu memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. Golongan inidividu ini juga mampu mamahami dengan mudah setiap pengertian ayat sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Mereka juga dikatakan sangat mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Golongan ini biasanya sangat gemar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa sama ada membaca, menulis, mencipta puisi sama ada sajak ataupun syair, bercerita, bertutur, mendengar dan sangat mudah mengigati lirik-lirik lagu. Golongan ini sangat mahir dalam berkomunikasi dan mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna dan tinggi. Golongan yang memiliki kecerdasan ini sangat pandai dalam memanipulasikan serta mempengaruhi orang, kebolehan dalam mencuit perasaan dan emosi dengan hanya menggunakan kata-kata. Golongan ini juga sangat mudah mengigati sesuatu perkara sama ada nama orang mahupun istilah yang baharu. golongan pelajar atau individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat cenderung untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti perbahasan, debat,bersajak, bersyair, penulisan karya kreatif, bercerita dan berjenaka, ucapan formal dan lain-lain lagi.  Antara kerjaya yang sering dikaitkan dengan individu ini ialah penyajak, pemberita, pensyarah dalam bidang sastera atau bahasa, penulis,  penceramah dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespears, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi.
5.3       Kecerdasan Muzik
Individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan yang ada ini termasuklah kecenderungan dalam kepekaan terhadap ritma, melodi, lirik-lirik lagu atau kelangsingan sesuatu hasil muzik. Golongan ini sangat sensitif terhadap muzik dan juga suara atau bunyi yang ada disekeliling mereka. Mereka dari golongan ini juga sangat peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh, angin, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian mereka mempunyai kelebihan untuk menginterprestasikan, melahir dan membentuk sesuatu bunyi atau suara secara lebih kreatif.
Menurut Dr Howard Gardner, kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa. Ini dapat dilihat apabila golongan ini mampu mengubah kata-kata menjadi lagu, pandai menggunakan kosa kata muzikal, peka terhadap ritma, ketukan, melodi dan warna suara dalam komposisi muzik. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kecerdasan muzikal. Namun begitu hanya mereka yang mempunyai kecerdasan muzikal yang mendalam sahaja mampu memahami serta menguasai dan menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang ada di sekeliling mereka. Golongan ini juga mampu menggunakan pengalaman muzik mereka dalam kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti yang sesuai dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah persembahan muzik, bunyi vokal, instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya yang sangat sesuai bagi golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah penyanyi, pengubah lagu, komposer dan pemain muzik. Antara golongan terkenal yang mempunyai kecerdasan ini ialah Ajai, Aizat, P. Ramlee, Adnan Abu Hassan dan ramai lagi


5.4       Kecerdasan Kinestetik Badan
Kecerdasan seterusnya ialah kecerdasan kinestetik badan. Dalam kecerdasan ini seseorang individu itu mempunyia kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kecerdasan ini sangat berkait dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi tubuh badan, keseimbangan, ketangkasan, dan kelenturan tubuh. Individu atau pelajar yang mempunyai kemahiran ini biasanya mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. Selain itu juga mereka turut mempunyai kecekapan dalam menginterprestasikan pergerakan  tubuh badan mereka. Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
Antara aktiviti yang dikatakan sesuai untuk individu yang memiliki kelebihan ini ialah aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan fizikal iaitu pendidikan jasmani, menari, gimrama, latihan fizikal, bersuka, seni mempertahankan diri, drama dan tarian kreatif. Manakala kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang mempunyai keceradasan ini ialah pakar bedah, olahragawan, ahli gimnastik, penari, poli atau tentera, pelakon, penari, dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki keceradasan kinestetik badan ini ialah Tiger Wood, Cesc Fabregas, Fernando Torres, Rosyam Nor, dan ramai lagi.
5.5       Kecerdasan Interpersonal
Individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Oleh yang demikian, golongan yang memiliki kecerdasan ini mampu mendiskriminasi pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan secara pragmatik. Selain itu juga mereka mempunyai kemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. golongan ini juga dikatakan lebih sensitif terhadap perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. oleh yang demikian, mereka mampu memberi respon terhadap sesuatu dengan baiknya, dapat memberikan motivasi dan mudah bekerjasama dengan orang sekeliling mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dan perselisihan faham antara individu. Oleh kerana mereka merupakan golongan yang mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada, mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat.
Antara aktiviti yang sinonim dengan golongan yang mempunyai kecerdasan komunikasi antara individu, latihan koloboratif, memberi maklum balas dan pembelajaran secara kooperatif. Golongan yang mempunyai kecerdasan ini sangat sesuai dengan kerjaya sebagai ahli politik, pemimpin agama, jurujual, pengacara, pakar jiwa, pekerja sosial, guru dan usahawan. Antara tokoh yang dikatakan mempunyai kecerdasan ini ialah Mahatma Gandhi, Donald Trump, Aznil Hj Nawawi, dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Kecerdasan ini sangat penting dalam kehidupan kerana ia mampu mendidik kita untuk berhubung atau berkomunikasi dengan baik dengan golongan masyarakat. Malah, pelajar yang memiliki kecerdasan ini dikatakan mampu belajar dengan baik dan berkesan terutama melalui pembelajaran kooperatif.
5.6       Kecerdasan Intrapersonal
Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, berpengetahuan kendiri, serta mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan dalam mendisiplinkan diri serta membentuk jati diri. Golongan ini juga sangat memahami tentang diri sendiri sejauhmana kebolehan dan kekuatan diri sendiri serta kelemahan yang ada dalam diri mereka. Oleh yang demikian mereka juga berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik. Golongan ini biasanya mempunyai keyakinan dan azam yang tinggi dalam diri mereka. Mereka biasanya tahu untuk menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari dalam melakukan sesuatu perkara akibat pegangan serta azam mereka yang sangat kuat. Golongan ini sangat suka bersendirian, bermonolog dengan diri sendiri dan sukakan kesunyian.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka juga turut mempunyai pemerhatian yang tajam, renungan yang mendalam serta sangat suka termenung di persekitaran yang sepi. Golongan jenis ini sangat cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari dan lebih suka bersendirian dalam mengejar sesuatu matlamat dan mempunyai keperibadian tertutup. Antara aktiviti yang sesuai diaplikasikan bagi golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Golongan yang mempunyai kecerdasan intrapersonal ini sangat sesuai dalam kerjaya pengarah, penyajak, novelis, ahli psikologi, ahli kaunseling, dan ahli falsafah. Manakala, antara golongan yang terkenal yang mempunyai kelebihan dan kecerdasan ini ialah Sigmund Freud, Dr Fadhilat Kamsah, Howard gardner dan ramai lagi.
5.7       Kecerdasan ruang Visual
Golongan yang mempunyai kecerdasan ini merupakan seorang individu yang sangat memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi sehingga mampu mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif serta luar biasa yang sukar difikirkan oleh orang lain. golongan ini juga dikatakan mampu mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual dengan baik. Mereka juga sangat peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Malah, golongan ini juga turut peka dalam mengorientasi diri dalam sesuatu ruang. Mereka merupakan golongan yang mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat dan betul serta mampu berfikir dengan tiga dimensi dalam bentuk gambaran atau bayangan.
Golongan ini sangat cenderung dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti melukis, mengecat, mengendalikan skema warna, garis, bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi dengan aktif, menghasilkan peta, carta, lukisan dan gemar menguruskan peta minda. Antara kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah pelukis, pengukir, arkitek, juruterbang dan banyak lagi. Antara tokoh terkenal yang mempunyai kecerdasan ruang visual ialah Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso, dan ramai lagi.
5.8       Kecerdasan naturalis
golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Individu ini merupakan seorang yang sangat peka terhadap alam sekeliling dan mereka ini mampu mengklasifikasikan serta mengenali flora dan fauna serta galian dengan baik, cekap dan mudah. Mereka juga merupaka golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka seperti gunung, hutan, pantai. Mereka juga tidak kisah sekiranya menghabiskan banyak masa bersama alam sekitar dan sangat peka terhadap bunyi-bunyian yang ada di persekitaran mereka.
Golongan ini merupakan golongan yang sangat mencintai alam malah mereka juga dikatakan sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat. Individu yang mempunyai kecerdasan ini juga merupakan golongan yang sangat berminat tentang unsur-unsur kejadian alam seperti proses terjadinya awan dan hujan, asal usul binatang, tumbuhan, batu galian, serta banyak lagi. Oleh yang demikian, sekiranya mempunyai pelajar yang mempunyai kecerdasan ini, aktiviti luar kelas merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk dilaksanakan. Selain itu juga, aktiviti yang sesuai untuk golongan ini ialah menyusun, mengenali dan mengkategorikan flora dan fauna. Kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang mempunyai kecerdasan seperti ini ialah ahli biologi, ahli zoologi, ahli botani, renjer hutan, pendaki dan ahli giologi. Antara tokoh terkenal yang dikatakan mempunyai kelebihan serta kecerdasan naturalis adalah Karan Singh Walia,Charles Darwin, Edward D Cope dan lain-lain lagi.
5.9       Kecerdasan Eksistensialis
Kecerdasan yang terakhir merupakan kecerdasan eksistensialis yang merupakan aliran falsafah yang fahamannya dikatakan berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan perkara realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan mereka. Individu yang mempunyai kecerdasan ini seringkali mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Malah golongan ini sering tertanya-tanya tentang alam semesta. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden serta nilai-nilai baharu yang berkembang pada masa kini. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah Aristotle, Confusius, Plato, Socrates, Einstein, dan Emerson. Golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi ahli falsafah.
Kepentingan Ilmu Kecerdasan Pelbagai
Seperti yang kita ketahui, ilmu tentang teori kepentingan pelbagai sangat penting kepada seseorang guru bagi mengenalpasti kecerdasan yang ada dalam diri pelajar. Kebanyakan guru yang hanya menekankan aspek kognitif sahaja iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan ruang dan logik-matematik ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Manakala kecerdasan yang bukan kognitif seperti kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan  kecerdasan intrapersonal kurang diberi penekanan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pengajaran yang agak membosankan serta penggunaan kaedah pengajaran yang sama menjadikan seseorang pelajar mudah  jemu dan tidak berminat untuk belajar. Oleh yang demikian teori kecerdasan yang diketengahkan oleh Dr Howard Gardner ini mampu membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi lebih menarik seterusnya mampu menarik minat para pelajar untuk belajar dengan penuh motivasi dan semangat.
Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, terdapat sembilan jenis kecerdasan yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ianya mampu membantu guru dalam pelbagai perkara antaranya membantu para guru dalam memahami faktor yang mengaktifkan atau menghalang perkembangan kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang pelajar. Sekiranya para guru mampu memahami faktor yang mengaktifkan diri pelajar, ianya akan memberi kelebihan kepada seseorang guru itu dalam menyediakan teknik pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu juga para guru juga dalam mencetuskan satu pengalaman baru dalam diri pelajar yang boleh mencetuskan kecerdasan yang terpendam dalam diri seseorang pelajar itu seterusnya meningkatkan kecerdasan itu kepada peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu juga, ilmu kecerdasan pelajar juga turut membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian ini mampu melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu juga, ia turut melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Guru juga boleh menggunakan pendekatan baru dalam menyanpaikan ilmu serta pengetahuan kepada anak didik mereka.  Para guru juga seharusnya menggunakan pendekatan alat bantu mengajar daripada bahan ICT yang mampu mendatangkan keseronokan dalam diri pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu seperti penggunaan internet,penggunaan video dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaedah ini dapat mengurangkan pelajar berasa bosan.
Selain itu, ia turut membantu guru dalam meberikan kefahaman kepada para guru bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai ini mampu mengembangkan kecerdasan yang berbeza. Contohnya, sekiranya seseorang guru itu memberikan kerja berkumpulan kepada seseorang pelajar itu, ianya dapat memberikan rangsangan serta meningkatkan kecerdasan interpersonal dan verbal-linguistik. Pelajar juga mampu memahami perasaan, tabiat, motivasi, dan hasrat orang lain melalui interaksi dan komunikasi sesama mereka secara tidak langsung. Mereka juga akan mampu berkomunikasi dengan lebih baik melalui aktiviti-aktiviti melalui pendengaran atau pertuturan dalam kumpulan mereka. Dengan ini mereka mampu meningkatkan kemahiran sosial mereka selain membantu mereka berkomunikasi dengan baik.
Ilmu kecerdasan pelbagai juga mampu membantu guru dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran yang sukar dilupakan dan seterusnya ianya membatu pelajar dalam pembelajaran mereka dengan lebih baik.  Menurut teori ini, jika seseorang guru dapat menyediakan suatu modul pembelajaran yang ringkas dan padat serta boleh difahami oleh semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai jenis kecerdasan  yang berbeza, maka minat terhadap diri pelajar akan bertambah setiap hari. Ini bermakna ia juga turut membantu pelajar dalam memudahkan ingatan tentang ilmu dan perkara yang dipelajari.
Disamping itu juga, ilmu kecerdasan pelbagai ini menuntut agar guru memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar tentang cara menggunakan sepenuhnya kecerdasan yang ada dalam diri mereka. Ini bermakna, seseorang guru boleh mengembangkan kecerdasan yang ada dalam diri seseorang pelajar sepenuhnya. Seseorang pelajar akan cenderung mengetahui minat, kebolehan serta kecerdasan yang ada dalam diri mereka sekiranya seseorang guru itu mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Kesedaran pelajar tentang potensi diri yang ada dalam diri mereka amat penting kerana ia mampu membantu pelajar dalam mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Malah pelajar juga mampu menggunakan pendekatan yang sesuai dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka. Sekiranya seseorang pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu pelajaran, ianya sudah pasti akan memberikan hasil yang memberangsangkan sekiranya minat tersebut dikembangkan.

6.0       KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.



Comments

  1. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Banyak input yang berguna untuk tugasan saya. Minta halalkan ilmu yang diambil daripada laman anda ini. Saya akan perakukan laman anda sebagai bahan rujukan saya dlm tugasan berkaitan.
    Terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.. minta di halalkan segala apa yang saya ambil dari laman anda untuk dibuat rujukan dalam tugasan saya. terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar