SeBuAh CeRiTeRA HaMbA



Bila cerita hamba bermula.. mengambarkan cerita hamba yang masih
tak pasti penghujungnya.. yang ada hanya bayangan tanpa ada nyata..
kisah cerita diteruskan lagi dengan hati yang gundah gulana.. menerbitkan sejuta rasa..
yang kian tidak terkawal hendaknya...
menjadikan kisah yang hampir bergelero kian terancam 
oleh jiwa yang meronta...
kisah cerita hamba hanya kisah yang tiada pangkal titik nokhtahnya..
bila hamba bersuara maknanya hamba gelisah tak terkira
mengenangkan hamba hanya manusia biasa
yang terlalu banyak kelemahan yang tiada terkata
hamba hanya manusia lemah sentiasa.. mengandaikan seperti
Bintang yang Malap itulah Hamba...
Jika ditanya siapalah hamba..
maka jawapan hamba mudah kiranya..
Hamba hanyalah insan biasa atas CIPTAANNYA...

Kisah Hamba belajar mengajar dan diajar..
berkejar, mengejar dan dikejar,, 
ilmu yang tiada rupa namun ada manfaatnyaa,,
namun langsung hamba tak mengerti sampai bila...
sampai bila hamba disini belajar namun tidak menguasai,,
hanya berdiri tanpa erti di sini..
tanpa menyelami apa yang diberi..
Hamba disini hanya menerima tanpa membeza,,
tanpa memanfaat apa yang dilaksana...
hanya mata bersengkang mata..
melakukan apa yang ternyata,,
namun hati dan otak entah kemana..

disebalik hati hamba...
menyintai insan yang membenci
tiada kisahkan hamba
didepan dibelakang mahupun disebalik bayangan sahaja..
cinta yang tak mungkin ada makna..
walau seribu kali mengejar tak bisa hamba gapai..
dan sekarang hamba sedar bahawa kisah itu perlu dinokhtahkan...
agar cerita baru bisa bermula
menjauh akhirnya dijauh..
melupakan akhirnya dilupakan..
menipu diri akhirnya tertipu...
dan yang nyata hamba makin terluka.. 
walau pejamnya hamba masih ternampak dia..
walau jauhnya hamba masih ternampak dia...
walau kemana hamba masih mencari bayangannya..
kerna dia yang melupakan hamba tapi bukannya hamba..

dan kini hamba masih bertegas...
ceritera cinta kosong hamba harus dinokhtahkan segera..
agar darah dijiwa yang mengalir tanpa nyata
terhenti jua...
moga cerita mendatang akan ada nafas yang berbeza...










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar