CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau
  Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan
  selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi
  supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk
  Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan
  Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat
  pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7
  kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah
  Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu
  Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar
  atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan.
  Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-
  majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat
  mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum
   dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah
   tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat
  Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.



KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri
  pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan
  disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah
  pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti
  pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya
  disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah
Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan
  semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan
  bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul
  Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk
  beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh
  berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,
    Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
   (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al
    Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk,
  Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat
  Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan
   terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul
   Qadar.



SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh
   terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali
   lagi dengan Ramadhan yang akan datang.




Salam Ramadhan 
Syiju Salju

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar