Isu-isu keterancaman bandar seremban

1.0       Pengenalan
         Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan adat pepatih yang unik.Bandar Seremban merupakan salah satu mukim dalam  Daerah Seremban dan Bandar Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban terletak di barat semenanjung Malaysia. Seremban terbahagi kepada 7 mukin iaitu Mukim Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukin Seremban, Mukim Rantau, Mukim Pantai,  dan juga Mukim Labu. Keluasan Daerah Seremban ini adalah kira-kira 14,355.32 hektar. Seremban  telah ditabdir dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seremban. Seremban telah dinaik taraf dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979. Terdapat 18 kawasan yang bernaung dibawah  Majlis Perbandaran Seremban iaitu Bandar Seremban,Rasah, Rasah Jaya, Rahang,Mambau,Senawang,Temiang,Chowkit,Lobak,Paroi, Bukit Chedang, Bukit Blossom, Seremban 2, Ampangan, Oakland, Bukit Kepayang,Kemayan dan yang terakhir ialah Sikamat.Menurut Majlis Perbandaran Seremban, penduduk Seremban kini dianggarkan memcecah hampir  500,00 orang.
Seremban merupakan satu bandar yang muncul pada sekitar tahun 1870-an. Menurut sejarah,  Bandar Seremban ini telah muncul menerusi indusri perlombongan bijih timah sekitar tahun 1870-an. Migrasi daripada orang Arab, China dan juga bangsa lain telah merancakkan lagi pembangunan dan pembinaan Seremban ke arah sebuah bandar. Selain itu, Seremban ini juga tidak berkembang hanya kerana perlombongan bijih timah tetapi juga melibatkan perdagangan dimana Sungai Linggi telah digunakan oleh para peniaga sebagai laluan untuk pengangkutan perdagangan mereka dan penduduk tempatan Seremban pada ketika itu kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan petani.
Mengikut maklumat, Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja pada tahun 1953  melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Pekara ini mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950. Pada 22hb. Ogos 1953, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan. Suasana politik semasa di bandar Seremban telah menyebabkan Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering bertukar. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengambil alih pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada tanggal 23hb. Julai 1965.

Selain itu, Seremban juga telah menjadi sebuah kawasan penempatan yang mewah dan juga selesa sejak tahun 2004 melalui konsep yang telah dikemukakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan. Penempatan ini kebanyakannya difokuskan kepada mereka yang berkerja di sekitar Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Hal ini terjadi adalah kerana kos penempatan di Seremban jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam terutamanya kemudahan jalan raya yang menghubungkan antara Seremban dan  Kuala Lumpur serta jalan yang menghubungkan Seremban dan juga Putrajaya.
Pada masa kini, pembangunan Seremban giat dijalankan dan Seremban adalah satu-satunya bandar yang berkembang secara berkembar. Pembangunan.penempatan komersial dan juga pentadbiran Seremban kini berkembang dengan pesat terutamanya di kawasan Seremban 2. Seremban 2 merupakan satu bandar baru yang sedang dimajukan di Seremban dan kawasan Seremban 2 ini terletak dikawasan yang strategik iaitu di seberang lebuh raya PLUS dan Seremban 2 dimajukan dengan terancang kerana sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kawasan penempatan berkualiti dan juga sebuah bandar lestari.

2.0       SISTEM PENTADBIRAN SEREMBAN
Sesebuah bandar atau daerah mestilah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan efisien. Dalam sistem pentadbiran bandar Seremban, terdapat sebuah organisasi yang menerajuinya iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS). MPS telah ditubuhkan pada tahun 1978. Majlis Perbandaran ini diketuai oleh Yang DiPertua. 

Kawasan pentadbiran MPS telah mengalami penstrukturan pada tahun 1998 apabila telah diperluaskan dari 40.9 batu persegi kepada 55.0 batu persegi. Kawasan-kawasan yang melibatkan Majlis Perbandaran Seremban ialah sebahagian besar mukim Bandar, Ampangan, Rasah, Seremban, Rantau, Pantai dan Labu. Penubuhan Majlis Perbandaran Seremban  memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Antara perkhidmatan tersebut ialah perkhidmatan mengangkat sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar. Selain itu, MPS jugabertanggungjawab menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk seperti penyelenggraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan. MPS juga berperanan dalammenyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan juaga merupakan salah satu tanggungjawab  MPS. Pihak MPS berusaha dalam menjalankan tanggungjawab mereka di samping , menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk di kawasan pentadbirannya.
Di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 12 buah jabatan yang menjadi tunggak pembangunan Seremban. Setiap jabatan tersebut mempunyai fungsi dan peranan masing- masing. 

Jabatan
Fungsi Dan Peranan
1.      Jabatan Pentadbiran dan Personel
Memastikan urusan pengurusan am dan perkhidmatan personel Majlis diurus kan secara efisien dan sistematik serta mengikut peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan sistem penyampaian yang cekap dan berkualiti.
2.      Jabatan Perancang Bandar
Merancang bagi memajukan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan Majlis bagi meningkatkan taraf hidup rakyat selaras dengan hasrat kerajaan dalam Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
3.      Jabatan Perlesenan dan Pembersihan
Mempertingkatkan keberkesanan sistem pengurusan lesen dan mengawal serta memastikan semua syarta-syarat lesen dipatuhi dengan matlamat meningkatkan lagi hasil pendapatan Majlis.
4.      Jabatan Bangunan
Memantau pembinaan projek bangunan awam, swasta atau individu dan mengeluarkan notis untuk pematuhan peraturan bangunan.
5.      Jabatan Kewangan
Untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan tuggakan serta mengagihkan sumber kewangan secara adil dan berhemah bagi program dan akyiviti mengikut peraturan dan dasar-dasar yang sedia ada.
6.      Jabatan Penilaian dan Hartanah
Memastikan setiap tanah dan bangunan yang terletak dalam kawasan Majlis telah disenaraikan untuk kutipan hasil cukai taksiran dan mejaga kepentingan Majlis dari segi hak penilaian tanah dan bangunan dalam urusan yang melibatkan projek usahasama. 
7.      Jabatan Kejuruteraan
Bertanggungjawab dalam mamastikan penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan, bangunan dan longkang dalam keadaan baik  dan selamat digunakan dari masa ke semasa.
8.      Jabatan Undang-undang
Menyediakan perkhidmatan perundangan dari segi khidmat nasihat dan pendefinasian undang-undang serta menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekalkan keharmonian, keselesaan dan keselamatan penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban selaras dengan undang-undang yang digunapakai.
9.      Jabatan ICT
Untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai jentera utama di dalam penggunaan dan pentadbiran di kalangan pegawai dan kakitangan Majlis.
10.  Jabatan Pengindahan dan Seni Taman
Untuk menjadikan Bandar Seremban sebagai sebuah Bandaraya yang mempunyai imej dan karektor yang tersendiri dalam menuju alaf baru serta membangun sejajar dengan peningkatan mutu alam sekitar serta menjadikan Seremban sebagai sebuah bandar dalam taman.
11.  Jabatan Hal Ehwal Komuniti dan Aduan Awam
Meningkatkan tadbir urus bandar yang baik bagi pengurusan dan pentadbiran Majlis dengan masyarakat dan menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar peraturan, undang-undang, garis panduan, inisiatif, program dan aktiviti Majlis Perbandaran Seremban.
12.  Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Warisan
·                     Bertanggungjawab ke atas penyeliaan dan penyelengaraan kemudahan-kemudahan sukan Majlis seperti Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Stadium Hoki Seremban, Kompleks Sukan Negeri Paroi, Pusat Akuatik Negeri, Gimnasium Rakyat, Gelanggang Tenis dan Futsal Medan Rahang, padang-padang bola sepak dan beberapa kemudahan rekreasi lain.
·                     Bertanggungjawab mengekal dan mempromosikan seni budaya dan warisan bangsa Malaysia dengan mengadakan acara persembahan pertunjukan kebudayaan serta mempamerkan adat-adat warisan pelbagai bangsa.
·                     Bertanggungjawab mengekalkan produk-produk pelancongan secara fizikal dalam keadaan baik dan menyelaraskan serta mengadakan aktiviti acara-acara pelancongan setempat sepanjang tahun serta mempromosikan kepada pelancong luar.
(Sumber: Majlis Pembandaran Seremban)


3.0       PERKEMBANGAN EKONOMI DI SEREMBAN
Perkembangan ekonomi Seremban adalah pada tahap yang positif dimana tahap ekonomi Seremban kian meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini terjadi, kerana peningkatan kemajuan yang dimiliki oleh bandar berkenaan. Seremban telah mengalami perkembangan yang pesat dari tahun ke tahun dimana banyak aktiviti ekonomi yang berkembang di sana. Aktiviti ekonomi yang pesat di Seremban ini telah memberi impak yang positif kepada perkembangan serta kemajuannya.
            Selain itu, kemudahan awan yang lengkap di Seremban juga telah menarik ramai orang untuk berkunjung ke bandar berkenaan. Kemudahan awan yang lengkap ini memberi impak yang positif kepada Bandar Seremban. Walaupun banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk membina dan memperbaiki kemudahan awan, namun hal ini memberi impak yang positif kepada perkembangan ekonomi di Seremban. Kemudahan yang lengkap ini menarik perhatian para pelancong luar untuk memilih Seremban sebagai destinasi pelancongan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi Seremban. Pelancong tempatan juga, tidak ketinggalan untuk memilih Seremban sebagai destinasi pelancongan mereka.
            Di samping itu juga, keadaan politik yang stabil di Seremban juga menyumbang kepada perkembangan positif ekonomi di Seremban. Politik di Seremban pada ketika ini adalah dalam berkeadaan stabil tanpa ada pergolakan yang serius diantara pentadbir dan pemerintah. Politik yang stabil menyebabkan ramai pelabur yakin dan berani untuk melabur. Kehadiran para pelabur adalah merupakan pemangkin yang penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah kawasan.Pelaburan yang diterima secara tidak langsung dapat menjana ekonomi. Penjanaan ekonomi melalui pelaburan ini menjadi faktor kepada perkembangan positif pertumbuhan ekonomi di Seremban.
Kawasan Seremban mempunyai banyak kawasan-kawasan perumahan. Penduduk di sana banyak tertumpu di kawasan-kawasan perumahan. Pembukaan kawasan-kawasan perumahan yang baru juga telah menjana ekonomi di Seremban. Rumah-rumah telah dijual kepada pembeli yang rata-ratanya bekerja di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hal ini berlaku adalah kerana, kos perumahan di Seremban jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur mahupun Selangor. Penjualan rumah-rumah ini merupakan sumber ekonomi di Seremban.
4.0       KUALITI HIDUP SOSIAL DI SEREMBAN

Kualiti hidup sosial melambangkan kemajuan sesebuah negeri. Rakyat di bawah pemerintahan berhak memperolehi, memiliki dan menikmati kualiti hidup yang diperlukan. Antara kualiti hidup sosial yang diperlukan seperti pemilikan perumahan, alam sekitar, kemudahan infranstruktur dan kemudahan asas yang lain iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik, rangkaian jalan raya, peparitan, sampah sarap, kemudahan kesihatan, rekreasi serta perhubungan yang sekaligus memberi keselesaan dan kebahagian sepanjang kehidupan penduduk setempat. Antara isu-isu perbandaran dan kualiti hidup yang dihadapi oleh penduduk sejak kebelakangan ini adalah seperti masalah kesesakan lalu lintas, isu penyediaan kemudahan asas, isu perumahan dan lain-lain isu.

Pada tahun 2004, Mohamad mengemukakan konsep bandar Seremban sebagai satu bandar mewah dan selesa kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini dapat membaiki sistem pengangkutan awam khususnya yang  menghubungkan Kuala Lumpur dengan Seremban. Hal ini kerana rumah sewa yang terdapat di Seremban jauh lebih murah berbanding dengan rumah sewa yang terdapat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Bangi. Maka berlakulah isu perumahan di bandar Seremban. Selain itu, bandar Seremban juga merupakan satu bandar besar yang berkembang secara berkembar. Di mana berlakunya petempatan, pembangunan dan pentadbiran di Seremban 2. Seremban 2 merupakan kawasan baru yang dibina bersebelahan dengan lebuhraya PLUS. Seremban 2 juga merupaka sebuah bandar terancam yang dibina bertujuan untuk petempatan berkualiti dan pembanguanan lestari.

Walaupun begitu, isu perumahan masih merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit. Isu perumahan menjadi satu isu yang besar di mana, kebanyakkan masalah yang berlaku di Seremban mempunyai hubungan dengan isu perumahan dan pangsapuri terbengkalai. Masalah ini memberi kesan buruk dari segi penglihatan kerana ia mencacatkan pemandangan yang berlaku di bandar Seremban. Selain itu, masalah perumahan terbengkalai juga menimbulkan kemarahan kepada pemilik premis yang lain kerana pembinaan teerbengkalai ini boleh menimbulkan pembiakan haiwan berbisa seperti ular.  Hal ini juga boleh menyebabkan masalah pembiakan nyamuk aedes kerana persekitaran pembinaan perumahan dan pangsapuri terbengkalai yang bersemak. Oleh sebab itu, premis yang terbengkalai ini menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Oleh sebab itu, bandar Seremban juga mencatatkan peningkatan kes denggi dan chikungunya.

            Masalah perumahan yang berlaku di bandar Seremban tidak dapat diselesaikan sehingga ada daripada pembelinya telah meninggal dunia. Perkara ini kerana, pemaju mempunyai masalah seperti kekurangan modal untuk membayar pekerja yang membina perumahan tersebut.  Oleh sebab itu, ada sesetengah daripada penghuni bandar tidak mampu membeli rumah walaupun ditawarkan dengan harga termurah. Maka, mereka memilih untuk tinggal di kawasan setinggan kerana masalah kemiskinan. Tetapi masalah setinggan tidak berlaku di bandar Seremban walaupun terdapat masalah seperti pembinaan terbengkalai.

Seterusnya, masalah pembangunan yang tidak disusun pada peringkat awalnya telah menimbulkan kesan kepada kesesakan lalulintas di bandar. Pembangunan yang pesat telah menyebabkan kawasan bandar menjadi semakin sempit. Keadaan ini ditambah lagi dengan kegunaan kawasan bandar sebagai tempat kediaman, bangunan kedai dua tingkat dan juga kawasan rekreasi menyebabkan rangkaian jalan raya menjadi semakin sempit. Kesesakan lalulintas berlaku di bandar Seremban pada waktu-waktu kemuncak. Selain itu berlaku juga masalah ketidak cukupan ruang untuk meletak kenderaan.
Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Seremban pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan melaksanakan kerja naik taraf dua batang jalan di bandar ini iaitu Jalan Tun Dr. Ismail dan Jalan Tan Sri Manikavasagam. Bagi melaksanakan kerja membaiki jalan ini, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM 2 juta supaya masalah kesesakan tidak lagi berlaku Seremban. Berdasarkan projek yang akan dilaksanakan skop utama projek ini ialah melebarkan jalan yang sedia ada dan menambahkan laluan dari dua lorong kepada empat lorong dan mewujudkan jalan dua hala. Selain itu, projek yang akan dilakukan juga bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan. Oleh itu, projek ini juga dilakukan adalah bagi membaik pulih system perparitan dan saliran yang sedia ada. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar tersebut

Berdasarkan gambar diatas menunjukkan bahawa rangkaian jalan raya di sekitar bandar Seremban. Bandar Seremban mempunyai bangunan yang padat dan rangkaian pengangkutan yang sempurna. Walaupun begitu masih berlaku kesesakan lalu lintas di Bandar seremban sekiranya pada waktu kemuncak. Selain itu, sekiranya berlaku hujan lebat akan berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.
            Seterusnya, kualiti hidup yang terdapat di bandar Seremban adalah suasana kehijauan yang nyaman serta ditunjangi taman tasik di tengah-tengah kepesatan projek pembangunan. Suasana ini dapat dikekalkan kerana kerajaan negeri mempunyai dasar yang jelas berhubung dengan pelestarian alam sekitar. Semenjak Datuk Mohamad Hasan menjadi menteri besar Seremban pada tahun 2004, beliau telah mewartakan seluruh kawasan hijau sebagai kawasan tadahan hijau dan kawasan rekreasi. Oleh sebab inilah faktor yang menyebabkan padang Majlis Perbandaran Seremban dapat dikekalkan malah dibaik pulih dari semasa ke semasa. Masyarakat dapat menikmati keindahan alam dengan bersiar-siar di kawasan sekeliling seperti di kawasan sekita jalan keliling, jalan singkat dan jalan taman bunga dengan dikelilingi oleh pohon-pohon besar, kicauan ungas dan kehijauan yang memberi ketenangan kepada masyarakat. Perkara seperti ini membuatkan kita lupa bahawa kita berada di sebuah bandar.
            Bandar Seremban menjadikan inisiatif mesra alam sebagai salah satu komponen kepada teras pembangunan. Selain daripada kehijauan pepohon dikekalkan konsep mesra pelancong, indah dan bersih diwujudkan. Kebanyakan taman rekreasi baru dibina dan yang sedia ada dibaikpulih supaya kelihatan lebih menarik dan selesa. Antara kawasan rekreasi yang baru dibina adalah Dataran Seremban. Dataran Seremban dibina berhadapan dengan kawasan perhentian bas bagi memudahkan masyarakat bersantai sebelum waktu pelepasan.
            Seterusnya terdapat juga perkhidmatan bas yang terdapat di bandar bagi memudahkan masyarakat menuju ke pusat bandar tanpa memikirkan masalah letak kereta. Ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan masyarakat tidak perlu memikirkan tempat letak kereta. Sebagai contoh, Hospital Tunku Jaafar menyediakan perkhidmatan bas shuttle bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Selain daripada dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas penduduk juga tidak perlu memikirkan tentang masalah untuk meletakkan kenderaan. Hal ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
            Kesimpulannya, kualiti hidup sosial masyarakat di Seremban mempunyai kebaikan dalam membangunkan Seremban sebagai bandar lestari. Walaupun begitu, dalam menjadikan bandar Seremban sebagai bandar lestari masih terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti pembangunan yang terbengkalai. Oleh itu, kualiti hidup masyarakat di Seremban berada pada tahap yang baik.
           
           
5.0       ISU-ISU KETERANCAMAN BANDAR DI SEREMBAN
5.1       Masalah pencemaran di Sungai Temiang   
Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) banyak sumber bekalan air bersih di negara ini kini tidak lagi bersih akibat dicemari sampah sarap, sisa toksik, kumbahan manusia dan haiwan yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab. Mengikut laporan baru-baru ini, ada 400 sungai di negara ini dalam keadaan teruk tercemar, sekali gus menimbulkan persoalan sejauh mana kualiti dan tahap kebersihan sumber bekalan air bersih yang digunakan setiap hari. Di Negeri Sembilan, kajian JAS mendapati, kira-kira 90 peratus sungai di negeri Adat Perpatih ini tercemar dengan Sungai Linggi sebagai yang paling kritikal. Antara punca utama pencemaran sungai itu dikatakan dari Pasar Besar Seremban apabila pelbagai sisa dibuang ke Sungai Temiang yang mengalir masuk ke Sungai Linggi. Pencemaran tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan peniaga, terutama peniaga ayam yang tidak mengambil berat kebersihan apabila mengalirkan kekotoran, terutama air sembelihan terus ke Sungai Temiang. Selain itu, sungai sepanjang sembilan kilometer itu juga kerap menjadi sebutan dan sering dipersalahkan setiap kali hujan lebat kerana menjadi sungai itu menjadi punca banjir kilat yang melanda bandar Seremban.
Akibat daripada pencemaran ini sungai tersebut dipenuhi dengan sampah sarap, kelodak dan mengalami hakisan tanah. Segala “khazanah” yang dibuang itu, telah menyebabkan sungai terbabit kian lama kian cetek dan airnya terus mengalir lesu hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat. Tambahan pula, banyak gerai makan di dalam kawasan pasar akan terganggu jika aktiviti penyembelihan terus dilakukan di situ dan kesannya ia bakal memberikan suasana jijik dan mual kepada pengunjung yang berkunjung untuk makan di gerai makanan tersebut. Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan tersebut. Contoh pendekatannya ialah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), sudah memutuskan bahawa hanya ayam yang sudah diproses boleh dijual di pasar terbabit tetapi MPS tidak membenarkan lagi kegiatan penyembelihan ayam dilakukan di situ. MPS juga mengeluarkan dua notis kepada peniaga ayam untuk memastikan mereka mematuhi peraturan baru yang telah diperkenalkan. Selain itu, Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Seremban telah mencadangkan supaya MPS dapat memasang mesin khas bagi mengitar semula air sembelihan kerana peniaga terpaksa menanggung peningkatan kos sekiranya ayam dijual di pasar tersebut tetapi diproses di tempat lain. Mereka juga mencadangkan supaya MPS memasang perangkap bagi menghalang pengaliran sisa sembelihan seperti bulu ayam atau bahagian ayam yang lain (Hussain Said, 2009).
             Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 2009 juga telah melaporkan beberapa langkah lain yang telah dilakukan oleh penduduk kawasan sekitar untuk memastikan Sungai Temiang kembali bersih dan indah. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan Program Satu Negeri, Satu Sungai yang membabitkan aktiviti gotong-royong dalam kalangan penduduk sekitar Sungai Temiang. Fokus program ini ialah untuk memastikan kualiti air sungai di Negeri Sembilan mencapai Kelas 2 daripada Kelas 3 terutamanya di kawasan Sungai Temiang. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri.

5.2       Masalah gangguan bekalan air penduduk Seremban apabila musim perayaan.
Masalah gangguan bekalan air atau kekurangan bekalan air di musim perayaan merupakan masalah biasa bagi penduduk Malaysia khususnya di Seremban. Namun begitu, apabila gangguan bekalan air kerap kali berlaku dan mengambil tempoh masa yang lama untuk pulih kembali ia mula membuatkan penduduk resah dan mengadu menghadapi masalah. Hal ini kerana manusia normal memerlukan kira-kira 55-57 peratus air daripada berat badan dan air mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Pendek kata, manusia yang normal memang memerlukan bekalan air bersih yang mencukupi dalam kehidupan seharian dan gangguan bekalan air boleh memberi ancaman kepada manusia. Oleh itu, pihak berkuasa telah mengambil beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air dan kekurangan air terutamanya di musim perayaan. Salah satu pendekatan yang dilakukan ialah mengadakan skim bekalan air Triang bagi daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Skim ini dilaksanakan bagi menampung keperluan bekalan air di daerah Seremban dan Port Dickson yang semakin meruncing akibat kekurangan sumber bekalan air mentah. Bekalan air sedia ada yang diperoleh sepenuhnya daripada Loji Rawatan Air Sungai Terip dan Loji Rawatan Air  Sungai Linggi adalah seperti berikut:

Loji Rawatan
Jumlah “reliable yield” (jlh)
Loji Rawatan Air Sungai Terip
300
Loji Rawatan Air  Sungai Linggi
136
Jumlah
436
(Sumber: Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air diperoleh daripada http://www.jba.gov.my/index.php/aktiviti/208)
Bekalan air daripada kedua-dua loji rawatan di daerah ini dianggarkan 410 jlh. Bagaimanapun semasa musim kemarau kedua-dua daerah mengalami kekurangan air yang serius. Berdasarkan Kajian Sumber Air Negara jumlah “reliable yield” sumber air mentah daripada kedua-dua Loji Rawatan Air Sungai Linggi dan Sungai Terip dianggarkan sebanyak 360 jlh. Kerajaan Negeri Sembilan amat menyedari akan masalah kekurangan air dan merancang untuk menjalankan dua projek air yang penting untuk menyediakan sumber air mentah yang cukup di kedua-dua daerah ini. Projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan air dengan menyediakan sumber air mentah yang mencukupi. Projek ini akan memenuhi keperluan bekalan air mentah di daerah Seremban dan Port Dickson sehingga tahun 2020. Kedua-dua projek tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sembilan.



Skop kerja dan tempoh pelaksanaan Skim Bekalan Air Teriang bagi Daerah Seremban adalah seperti berikut:
Pakej
Butiran kerja
Nama kontraktor
Tempoh pelaksanaan
1.
Membina Triang transfer tunnel dan kerja-kerja berkaitan terowong
Zacon Engineering Berhad
6 Ogos 2007 sehingga 5 Ogos 2010
2.
Membina stesen pan Petasih muka sauk, jalan masuk dan kerja-kerja M&E berkaitan
Zacon Engineering Berhad
2 Nov 2007 sehingga 11 Julai 2010
3.
Membekal dan memasang paip air mentah
Premier Ayer Sdn. Bhd
21 Jan 2008 sehingga 17 Jan 2010
4.
Membekal dan memasang 1700mm ND pipeline 2A & 2C
Zacon Engineering Berhad
28 Nov 2007 sehingga 27 Nov 2010
5.
Membina dan menyiapkan Empangan Sungai Teriang dan kerja-kerja berkaitan 
Zacon Engineering Berhad
15 Jun 2009 sehingga 14 Feb 2012
(Sumber: Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air diperoleh daripada http://www.jba.gov.my/index.php/aktiviti/208)

.


Selain daripada skim ini, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Sdn. Bhd telah menyediakan sebuah Pelan Tindakan Kontingensi untuk menangani sebarang masalah gangguan bekalan air sepanjang sambutan Aidilfitri. SAINS telah mengambil langkah seperti menyediakan lori tangki serta tangki statik yang akan ditempatkan di kawasan yang telah ditentukan dan SAINS juga menyediakan bilik gerakan serta talian khidmat pelanggan untuk membantu pengguna untuk membuat sebarang aduan berhubung gangguan air (Utusan Malaysia, 15 Sept 2009).
Di samping itu, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Ogos 2009 melaporkan masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Taman Perumahan Rakyat Fasa 2 Lenggeng, Seremban. Masalah ini berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan tanah tinggi dan kerja pengalihan paip air yang dilakukan lalu menyebabkan penduduk di seluruh daerah mengalami gangguan bekalan air. Lantas, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berusaha membekalkan bekalan air dengan menyediakan enam tangki besar untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. 
5.3       Masalah denggi yang berlaku di seremban
Masalah denggi bukanlah masalah yang baru di negara kita. Masalah ini semakin hari semakin membimbangkan. Bandar seremban juga turut terjebak dengan masalah ini. Penyakit denggi merupakan salah satu masalah sosial yang amat membimbangkan di bandar seremban. Semakin hari, peningkatan wabak denggi dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Menurut kenyataan akhbar ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, jumlah terkumpul kes denggi sehingga minggu ke 10 pada tahun 2010 bagi demam denggi adalah sebanyak 533 kes manakala jumlah terkumpul bagi kes denggi berdarah adalah sebanyak 209 kes di negeri Sembilan. Kebanyakan kes di negeri sembilan ini dilaporkan di daerah seremban.
Menurut kadar lokaliti “Hot Spot” yang masih mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi pada minggu ke 10 di Negeri Sembilan adalah dilaporkan di daerah seremban iaitu di Apartment Desa Palma. Ia menunjukkan peratusan rumah positif berdasarkan rumah yang diperiksa adalah 10 peratus. Pada april 2009, kes denggi yang dilaporkan adalah kebanyakannya di daerah seremban iaitu sebanyak 204 kes daripada 269 kes. Sebanyak 772 kes telah dilaporkan di seremban. Ini menunjukkan peningkatan kes yang begitu tinggi sejak april 2009. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Ismail Taib berkata daerah Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 582 kes berbanding daerah lain. 
Baru-baru ini, Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa seorang murid perempuan dan remaja lelaki telah meninggal dunia akibat menghidap sindrom kejutan denggi (DSS) antara minggu 18 hingga 24 april tahun ini. Murid perempuan ialah daripada kaum melayu dan berumur 10 tahun manakala remaja lelaki pula ialah daripada kaum cina dan berumur 16 tahun. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr. Zailan Adnan trend denggi telah menunjukkan peningkatan semula dengan kes mingguan sebanyak 37 kes yang telah dicatatkan. Menurut beliau lagi, pihaknya telah memeriksa sebanyak 75986  premis. Pihak mereka telah mendapati bahawa sebanyak 1787 premis terbabit mengandungi jentik-jentik.

Seperti yang kita ketahui, penyakit denggi ini diakibatkan oleh gigitan nyamuk aedes. Nyamuk aedes ini memindahkan empat jenis virus denggi kepada manusia seterusnya seterusnya akan mengakibatkan demam denggi sama ada denggi berdarah ataupun demam  denggi biasa. 4 jenis virus denggi yang menyebabkan penyakit denggi adalah flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Vektor utama virus ini ialah nyamuk aedes aegypti dan nyamuk aedes Albopictus iaitu nyamuk yang menyebarkan penyakit denggi di kawasan bandar.
Antara punca-punca yang menyebabkan peningkatan penyakit denggi di daerah seremban adalah berikutan sikap tidak prihatin masyarakat terhadap tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini berikutan kenyataan  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan kecil masyarakat yang tidak prihatin dengan masalah pembiakan nyamuk aedes kerana membiarkan premis dan kediaman mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu sikap ketidakprihatinan ini dapat ditunjukkan dengan pemeriksaan yang dijalankan di premis perniagaan, hampir 1787 buah premis yang dikatakan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes. Berdasarkan angka tersebut ternyata keprihatinan masyarakat di bandar ini sangat kurang memuaskan.
Selain itu juga, penyakit denggi ini berpunca daripada keadaan cuaca yang menunjukkan penurunan hujan yang agak tinggi. Selain itu juga cuaca panas dan hujan yang tidak menentu ini menyebabkan berlakunya takungan air secara semulajadi seterusnya menyebabkan pertambahan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan bandar seremban. Hal ini akhirnya menyebabkan berlakunya penularan penyakit denggi dengan lebih mudah. Selain itu, sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat juga merupakan salah satu punca berlakunya penyakit ini. Pembuangan sampah sarap khususnya yang mampu menakung air menyebabkan ia berpotensi untuk menjadikan ia sebagai markas untuk nyamuk aedes melakukan pembiakan. Hal yang demikian terjadi apabila hujan turun seterusnya menyebabkan berlakunya takungan air pada samapah-sampah berkenaan.
            Justeru, pelbagai langkah yang telah dan akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Seremban bagi mengatasi masalah denggi dalam kalangan masyarakat di bandar seremban. Antara langkah yang Majlis Perbandaran Seremban telah jalankan dalam menangani wabak ini ialah pihak majlis menjalankan kerja-kerja kutipan sampah longgok dan pembersihan awam secara “in house” bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu juga pihak Majlis Perbandaran Seremban juga telah melantik dua syarikat kontraktor di daerah ini untuk menjalankan kutipan sampah longgok dalam kawasan bandar Seremban. Kerja-kerja pemotongan rumput juga turut dijalankan dari semasa ke semasa bagi menghapuskan pembiakan nyamuk aedes. Pihak Majlis Perbandaran seremban juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan pematauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. Hal ini bukan sahaja dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sebaliknya ia turut  menjadikan bandar Seremban ini bersih daripada sampah sarap. 
            Selain itu juga, Majlis Serbandaran Seremban turut mengambil langkah dengan menempatkan lapan orang PKA di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dalam membantu dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar Seremban. Mereka juga merupakan pasukan dalam mencari dan menghapuskan tempat serta tapak pembiakan nyamuk aedes. Selain itu mereka juga bertindak untuk melakukan kerja-kerja “fogging” di lokasi yang telah ditetapkan. Selain itu juga pihak majlis perbandaran juga turut menempatkan tujuh orang PRA untuk menjalankan pencarian kawasan yang mempunyai pembiakan nyamuk aedes disamping membantu melakukan kerja-kerja “fogging” di kawasan yang telah ditetapkan. Dengan adanya pembantu PRA dan PKA ini, ia telah meringankan beban Majlis Perbandaran Seremban dalam membantu menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar seremban.
            Pihak Majlis Perbandaran juga telah mengambil langkah dengan melakukan pemantauan dan pembersihan di kawasan semak-samun terutama di kawasan “no man’s land”. Pihak majlis juga turut mengeluarkan notis terhadap semak samun serta tanah persendirian yang tidak dibersihkan seterusnya mengambil tindakan mahkamah sekiranya gagal dalam mematuhi arahan notis yang dikeluarkan. Selain itu juga, pihak yang terbabit juga turut menjalankan pemauntauan seterusnya memaklumkan untuk tindakan dalam menyelenggarakan kolam-kolam takungan yang mampu membiakkan nyamuk aedes milik JPS. Pihak yang terbabit juga turut menjalankan pembiakan ikan “guppy” yang memakan jentik-jentik nyamuk secara biologikal di kawasan-kawasan takungan terbiar dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban ini. Tidak lupa juga, kerajaan turut mengambil langkah dengan segera sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan masalah ini oleh masyarakat di bandar Seremban. Hal ini mampu menjamin kesejahteraan dan tahap kebersihan di bandar seremban.

            Selain itu juga pelbagai pasukan baru turut ditubuhkan bagi membantu membanteras kawasan pembiakan nyamuk aedes ini. Menurut Datin Dr. Zailan Adnan iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini termasuklah mempertingkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi melalui penubuhan pasukan cari dan musnah, pasukan pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes serta pasukan semburan. Tambah beliau lagi, beliau turut menyarankan Kawasan Rukun Tetangga atau kawasan kampung menubuhkan Pasukan Sukarelawan Combi bagi mengurangkan kejadian kes denggi daripada terus berlaku. Menurut beliau lagi, Combi terbukti berkesan dalam mengatasi masalah denggi kerana kebanyakan kawasan yang mempunyai pasukan Combi ini didapati tidak mempunyai kes denggi.
            Selain itu juga penguatkuasaan undang-undang turut dijalankan dalam mengatasi masalah ini antaranya mempertingkatkan aktiviti  Penguatkuasaan  Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan pada tahun 2000. Setakat januari 2010 ini, kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 101 kompaun dan 83 kompaun adalah di daerah Seremban. Selain itu juga, pihak Majlis Perbandaran serta Jabatan Kesihatan daerah Seremban turut menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi menjalankan aktiviti pemantauan di premis-premis perniagaan dan juga kawasan kediaman di seluruh bandar seremban. Menurut Datin Dr Zailan Adnan, setakat febuari 2010, sebanyak 15,512 buah premis telah dijalankan pemeriksaan.
            Selain itu, Jabatan Kesihatan Seremban juga turut memainkan peranan dalam mengatasi isu ini. Antara peranan yang akan dan telah dilakukan oleh Jabatan kesihatan ini ialah mengeluarkan surat peringatan kepada semua peramal perubatan sama ada klinik kerajaan mahupun swasta mengenai diagnosis awal penyakit denggi dan nofikasi kes kepada pajabat kesihatan yang berhampiran. Selain itu juga, pihak jabatan juga turut mendapatkan kerjasama daripada pelbagai agensi lain seperti Jabatan Penerangan, Radio  Malaysia Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perpaduan dan sebagainya dalam aktiviti pencegahan denggi ini. Jabatan – jabatan ini dapat membantu dalam memberi batuan terutamanya  kempen serta pemberitahuan kepada masyarakat bukan sahaja di daerah seremban malahan seluruh Negeri Sembilan. Selain itu pihak jabatan juga turut melakukan aktiviti  promosi kesihatan secara intensif terutama di lokaliti wabak denggi. Ini termasuklah membuat edaran risalah denggi, perbincangan kumpulan kecil, memberi nasihat individu, hebahan, pemasangan gegantung dan kain rentang, pameran, taklimat denggi serta memberi kesedaran mengenai denggi dalam khutbah jumaat di masjid negeri dan masjid-masjid yang lain.
            Dalam menangani masalah ini, pihak masyarakat juga harus memberi kerjasama yang sebaik mungkin dalam menangani masalah ini. Pihak jabatan kesihatan amat berharap sekiranya masyarakat memberikan kerjasama ketika anggota kesihatan menjalankan aktiviti pemeriksaan pembiakan aedes dan serta pengasapan di kawasan kediaman yang terlibat. Selian itu pihak masyarakat haruslah mengambil inisiatif bagi menjalankan pemeriksaan di kawasan premis perniagaan dan kawasan kediaman serta kawasan sekitanya selama 10 minit setiap minggu serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes tersebut. Sekiranya terdapat bekas-bekas yang tidak boleh diluputkan, penggunaan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate amat digalakkan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk ini. Kerjasama pihak masyarakat ini mampu mengurangkan risiko denggi di bandar seremban ini.

5.4       Pembangunan terbengkalai
Masalah pembangunan yang terbengkalai telah sekian lama sering menjadi masalah dalam proses pembandaran. Para pemimpin hanyalah mengutamakan pembangunan yang melibatkan kos yang tinggi dan mendapat pendapatan yang lumayan. Tetapi sepatutnya, pembangunan yang dijalankan perlulah atas dasar tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk. Pembinaan sebuah balai polis di setiap kawasan adalah amat penting untuk menjaga keselamatan penduduk. Di Taman Rasah Jaya Fasa 5, Seremban terdapat sebuah pembinaan balai polis yang terbengkalai. Pembinaan ini tidak diteruskan sejak lima tahun lalu dan menyebabkan tapak pembinaan tersebut di penuhi semak-samun. Tapak seperti ini bukan sahaja boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, malah menjejaskan imej dan lanskap taman perumahan tersebut. Tambahan pula, kerap berlakunya kejadian jenayah seperti ragut, curi kereta dan motosikal serta pecah rumah di kawasan perumahan tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk taman tersebut diselubungi kebimbangan. Kewujudan sebuah balai polis bukan sahaja untuk kepentingan keselamatan penduduk di Taman Rasah Jaya, malah ia juga di manfaatkan oleh penduduk di taman perumahan yang berdekatan seperti Taman Nuri Indah, Taman Seremban 3, Taman Desa Rasah dan Taman Harapan Baru yang keseluruhannya dianggarkan 8,000 orang. Masalah ini sudah tentu berpunca daripada kelalaian pemimpin untuk menjaga kebajikan penduduk.
Bagi menangani masalah ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerajaan Seremban telah menempatkan pondok polis sementara yang hanya menggunakan kontena. Akan tetapi, pondok polis sementara tersebut hanyalah menempatkan dua orang anggota polis sahaja. Pondok polis itu pula telah beroperasi sejak 20 tahun lalu iaitu sejak taman perumahan itu diduduki. Hal ini menjelaskan pihak terbabit tidak mengambil sebarang inisiatif dalam membina balai polis di taman tersebut. Dua orang anggota polis tersebut menjaga keselamatan penduduk taman-taman perumahan tersebut yang dianggarkan berjumlah 8,000 orang. Hal ini sering menjadi kebimbangan penduduk, di tambah lagi apabila kerap berlaku kejadian jenayah di kawasan tersebut. Selain itu, Kawasan Rukun Tetangga taman perumahan yang terlibat juga menubuhkan Sistem Rondaan Sukarela (SRS). Penubuhan Sistem Rondaan Sukarela ini adalah untuk mengawasi kegitan tidak sihat termasuk jenayah. Masalahnya pula, rondaan ini hanya dilakukan pada sebelah malam sahaja kerana sebahagian besar ahli ronda bekerja pada siang hari dan tidak dapat memberikan komitmen. Padahal, kejadian ragut seringkali berlaku pada siang hari ketika penduduk keluar bekerja.
Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengambil inisitif ntuk meneruskan pembinaan balai polis tersebut. Walaupun pembinaannya mengambil kos yang tinggi, tetapi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk menjadi keutamaan bagi semua pemimpin. Kewujudan balai polis di kawasan tersebut akan dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dan seterusnya penduduk mula merasa keselamatan mereka terjamin. Hal ini akan membuatkan penduduk mengambil keputusan untuk menetap terus di taman perumahan itu. Selain itu, pihak yang terlibat juga seharusnya menempatkan dua orang polis di setiap lorong di dalam taman perumahan tersebut. Pemantauan yang lebih teliti dan terperinci boleh dilakukan untuk membendung kadar jenayah di taman tersebut dengan adanya anggota polis yang ramai. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mengutamakan rakyat seperti dalam slogan 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Mohd Amin Jali, 2010)

5.5       Kes jenayah yang berlaku di seremban
Pada hari ini di mana-mana tempat kita mendengar kes jenayah berlaku, kebanyakannya kes jenayah ini berlaku di kawasan-kawasan yang berpenduduk padat seperti di kawasan bandar Seremban merupakan pusat bandar kepada Negeri Sembilan, didiapati kadar kes jenayah berlaku di seremban juga kian membimbangkan. Kes yang biasa berlaku adalah seperti kes pecah rumah, pembuangan bayi dan kes minum arak.

Kes jenayah yang berlaku di seremban kini menjadi  isu diketengahkan ialah kes pecah rumah. Baru-baru ini dalam akhbar harian harakah iaitu kes yang berlaku melibatkan kes pecah kedai yang semakin berleluasa berlaku di sekitar seremban. Masalah ini berlaku adalah berpunca daripada jumlah penduduk yang terlalu padat. Apabila penduduk padat pelbagai masalah boleh terjadi dan yang sangat membimbangkan ialah masalah jenayah. Kes kecurian dan penagihan dadah merupakan kes yang sering berlaku, dan kes-kes ini yang menyebabkan berlakunya kegiatan pecah rumah. Keadaan ini didapati berlaku akibat daripada ketidakprihatinan pihak kerajaan yang tidak membina sebuah pondok polis sebagai pengawasan di sekitar kawasan yang berpenduduk padat terutamanya. Dalam kes ini Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail, Kampung Jibol dan sekitarnya merupakan salah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang padat iaitu melebihi 20,000 orang. Risiko kepada berlakunya kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan ini sangat tinggi.
            Selain itu kes jenayah yang turut dilihat berlaku di seremban baru-baru ini adalah kes pembuangan bayi. Kes buang bayi yang berlaku ini merupakan salah satu kes yang boleh dikatakan sebagai kes jenayah kerana  melibatkan  pembunuhan insan yang tidak berdosa. Misalnya isu yang berlaku di Senawang dimana seorang mayat bayi ditemui ditanam di tanah perkuburan Islam. Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan bayi malang itu di tanah perkuburan tersebut. Dipercayai bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menurut ketua polis Senawang kes ini akan disiasat mengikut seksyen 318 kanun kesiksaaan kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit.
            Kes arak juga sangat berleluasa di kawasan seremban. Masalah dikatakan berlaku di sekitar Bandar Baru Senawang apabila segelintir remaja telah dikesan aktif meneguk minuman tersebut. Sebelum ini, aktiviti meminum arak itu tidak berlaku di kawasan berkenaan, tetapi dengan penemuan beberapa botol arak di kawasan perumahan telah membuktikan gejala ini telah berlaku dan ini akan membimbangkan orang ramai terutama ibu bapa kerana khuatir kegiatan tidak bermoral ini akan turut membabitkan ahli keluarga mereka. Aktiviti ini kebiasaanya dipercayai giat pada waktu malam ataupun di awal pagi pada hujung minggu. Menurut ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) cawangan Negeri Sembilan Mohd Baharuddin berkata pihaknya mula mengesan aktiviti minum arak dipercayai dilakukan oleh golongan muda sejak beberapa bulan lalu. Kes-kes yang berlaku diatas telah menunjukkan masalah jenayah yang berlaku di seremban turut membimbangkan dan menjadi isu yang diketengahkan oleh pihak berkuasa seperti pihak kerajaan dan masyarakat.
Kesan daripada kes jenayah yang berlaku  ini akan merosakkan faktor sosial di bandar seremban yang merupakan sebuah bandar lestari. Misalnya kes pecah kedai yang berlaku menunjukkan keselamatan di sekitar seremban tidak selamat untuk didiami. Penduduk di sekitar tersebut akan sentiasa berada dalam keadaan bimbang kerana takut rumah mereka pula menjadi sasaran. Di samping itu juga, masalah pembuangan bayi yang berlaku menunjukkan berlakunya masalah sosial yang tinggi di sekitar Senawang terutamanya. Masalah ini biasanya melibatkan golongan remaja. Golongan remaja telah terdedah dengan pelbagai masalah seperti keluar pada waktu malam dan bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya perbuatan haram sehinggakan remaja terbabit sanggup membuang bayi untuk menyelamatkan diri daripada kesalahan yang mereka lakukan. Pergaulan bebas juga turut menyebabkan masalah arak. Tidak ketinggalan juga masalah minum arak yang boleh merosakkan akhlak pemuda-pemuda dan sekaligus akan menular gejala yang tidak bermoral.Remaja yang bergaul dengan rakan-rakan yang bersosial biasanya mudah terjerumus dengan masalah ini. Mereka dengan tidak segan silu meminum minuman tersebut sedangkan ia salah disisi undang-undang apatah lagi daripada segi Agama yang mengharamkan minum minuman yang memabukkan.
Oleh itu, Pelaksanaan bandar Selamat telah diketengahkan oleh majlis Perbandaran Seremban. Program ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan jenayah bagi memastikan sesebuah bandar dapat dikurangkan kadar kes jenayah dan membolehkan penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta selamat.
Langkah segera turut diutamakan dalam Program Bandar Selamat. Ini adalah bagi mencegah berlakunya kes jenayah seperti meletakkan cermin keselamatan di sekitar kawasan yang sunyi dan di lorong-lorong untuk mengelakkan berlakunya kes kecirian dan untuk memastikan keselamatan pejalan kaki. Selain itu juga, pemasangan CCTV juga diletakkan agar pemantauan dapat dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan kawasan yang sering berlaku kes jenayah dapat dikurangkan.
Tindakan proaktif daripada pemimpin dan penduduk setempat penting bagi memastikan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral terus berleluasa sehingga boleh mendorong remaja atau individu lain turut terbabit. Pihak berkuasa agama juga perlu memberi kerjasama kerana kebanyakan masalah yang berlaku melibatkan remaja melayu. Misalnya bagi menangani masalah pecah rumah.  Sewajarnya pondok polis haruslah didirikan di kawasan yang mempunyai ramai bilangan penduduk bagi menangani masalah yang berlaku dengan membuat pantauan. Seperti kes kecurian yang berlaku di sebuah kedai peniaga.
Selain itu juga, penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dijalankan di kawasan dataran yang sering menjadi lokasi maksiat oleh golongan remaja. Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pihaknya amat mengambil berat mengenai masalah sosial di kalangan belia di Dataran Seremban kerana dataran tersebut turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Oleh itu, kerjasama daripada MPS dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) diperlukan dalam melakukan operasi dan rondaan pada setiap minggu untuk menangani gejala ini terus berlaku.

6.0       PENUTUP

Seremban telah melaksanakan satu program untuk mencegah kepada berlakunya kes jenayah seperti pelaksanaan program bandar selamat oleh Majlis Perbandaran. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memastikan sesebuah bandar dapat dikurangkan kadar kes jenayah dan membolehkan penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta selamat. Mewujudkan bandar dan pekan selamat misalnya adalah bertujuan untuk mengelakkan kawasan lorong-lorong daripada sunyi dan gelap untuk keselamatan penduduk.

            Pelbagai langkah diambil untuk mencegah jenayah yang berlaku menerusi program bandar selamat ini. Terdapat juga 6 langkah segera yang dititikberatkan untuk mengelakkan berlakunya kes jenayah seperti mengasingkan laluan pejalan kaki daripada laluan motor untuk mengelak daripada berlaku kes ragut misalnya. Meletakkan lebih banyak cahaya untuk tujuan keselamatak kepada pejalan kaki pada waktu malam, meletakkan penggera keselamatan di tempat tertentu, meletakkan cermin keselamatan di lorong-lorong dan setiap selekoh, memasang CCTV untuk pemantauan dan membuat pemetaan gis jenayah dan langkah bandar selamat. Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengurangkan berlakunya kes jenayah yang tidak diigini.

Walau bagaimanapun, timbul juga masalah kerana sesebuah bandar yang luar tidak dapat dipantau secara menyeluruh. Terdapat juga masalah yang timbul walaupun hanya dalam jumlah yang sedikit. Masalah ini sememangnya berlaku tetapi bergantung kepada sesebuah organisasi yang berada di kawasan tersebut mencari inisiatif bagi mengelakkan berlakunya masalah yang melibatkan kes-kes jenayah mahupun kes biasa.


BIBLIOGRAFI
Enam tangki atasi masalah bekalan air. (Ogos 22, 2010). Diperoleh pada Julai 28,2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0822&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

Hussain Said (2009) Sungai Temiang tercemar. Diperoleh pada Ogos 2, 2010 daripada  http://portal.mpsns.gov.my/sg.temiang

Jamilah Abdullah (2009, Julai 26). Atasi pencemaran sungai. Diperoleh pada Ogos 10,2010 daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Kawasan tinggi punca gangguan bekalan air. (2009, Ogos 21). Diperoleh pada Ogos 5,2010 daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0821&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm&arc=hive

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan (2009, April 2). Situasi Denggi Negeri Sembilan Sehingga Minggu 13
Mohd Amin Jali (2010) Balai semak. Harian Metro. Diperoleh pada 2010, Ogos 1 daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Balaisemak/Article/

Mohd Amin Jalil (2010, Jun 19). 4 Mati Akibat Demam Denggi, My Metro Online.
SAINS sediakan pelan kontingensi bekalan air. (2009, Sept 15). Diperoleh pada Ogos 5, 2010 daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0915&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm&arc=hive


" Sharing is caring, Caring is helping, Helping is Loving "




Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar