Lembaran Mukmin Yang Benar-benar Beriman

Mukmin Sejati... Teguh Akidahnya...
:: Menerima dan meyakini bahawa pencipta sejagat adalah ALLAH
Yang bersifat dengan kesempurnaan dan mustahil dengan kekurangan ::

Matlamat utusan rasul..
:: Dan sesungguhnya kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap ummat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : “ hendaklah kamu menyembah ALLAH dan menjauhi taghut” maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu dibumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan ummat-ummat yang mendustakan Rasul-RasulNya ::
:: AN NAHL; 36 ::

Inilah matlamat hidup kita yang sebenarnya..
:: 56 – Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu ::
:: 57 – Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka , dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu ::
:: 58 – Sesungguhnya ALLAH Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja ) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat kukuh kekuasaanNya. ::
:: AZZAARIYYAT ; 56-58 ::

INGAT !! HANYA KITA yang DIJANJIKAN ALLAH syurga dan neraka..
:: Dan Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “ummul-Qura” dan sekelian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran tentang hari perhimpunan ( hari kiamat ) yang tiada syak tentang masa datangnya ; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka  ::
:: AS SYUURA ; 7 ::

Azabnya balasan allah
.. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..
:: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka dengan kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana ::
:: AN NISAA’ ; 56 ::


Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar