KitA HambA

Biarpun kita menjadi tuan.. kita tetap bertuhan..
Biarpun kita mereka-reka.. kita tetap ciptaan..
Apalah kita menjadi tuan.. sedangkan kita tetap hamba..
Apalah guna mengangkat kepala.. sedangkan sujud di tempat-Nya..
wahai insan janganlah kita sesekali
bongkak dan riak di atas apa yang kita ada kerana
segala adalah kurnian dari ALLAH...
Lihatlah kedalam diri.. peperangan ada disana..
Tempat kita dimana?? Kalau bukan di situ..
Gelap dan sempit.. dan fitnahnya teramat dahsyat..
Perjalanan yang jauh terasa perit.. 
Berliku-liku dengan wajah yang legam..
Siapakah yang mampu menolong??
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil..
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya..
Lalu tunduk sujud mewalangkan diri..
Lalu pulang ke pangkuan-Nya..
Kerdilnya diri apabila kita pulang ke sana..
Bergelumang tanah diatasnya subur bunga-bunga..

Wahai ALLAH.. Terimalah Kepulanganku..
Hambamu....

Ramlee Awang Murshid : Ranggau

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar