Dosa : Dimana Kita ???

Dosa Peringkat pertama
Seseorang yang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya... ini merupakan peringkat awal bagi mereka yang membuat dosa... jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka secara automatiknya akan naik ke dosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu membuat dosa dan tidak merasa apa-apa diatas perbuatannya... peringkat ini amat merbahaya kerana ia merupakan bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan dosa yang dilakukannya... peringkat ini akan sampai kepada situasi dimana mereka yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga sering membawa kepada unsur murtad mahupun syirik....  contoh ucapannya “ aku minum arak ni biasa ajee... setakat sebotol tak mabuk agi.” Selepas peringkat ini seseorang akan sampai ke peringkat empat..

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa dan seterusnya bangga dengan dosa yang dilakukannya... seterusnya mereka mula memandang hina atas kebaikan dan kebajikan... pada peringkat ini mereka mula mencabar Al-Quran, As-Sunnah, dan Hadis kerana sifat bongkak, riak dan sombong sudah sepenuhnya menguasai diri...

Oleh itu....
Hendaklah sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat  bertaubat diatas dosa yang kita lakukan. Maka masuklah kita dalam kalangan orang-orang yang bertakwa disisi Allah S.W.T ...  seorang sahabat pernah bertanya Rasulullah “ wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kepada kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini?? “ Rasulullah menjawab, “ ia akan ada pendakwah neraka pada akhir zaman setelah datang islam yang lengkap”.  Sahabat bertanya wahai Rasulullah apa yang harus aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut?”  Rasulullah menjawab “ hendaklah kamu cari ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sesekali kamu lepas darinya”

Wallahualam...

Comments

Popular posts from this blog

PARLIMEN DI MALAYSIA

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan

Kesan Permodenan keatas alam sekitar