BerkasihLah Kita KeRana ALLAH

Allah SWT berkata," Nabi Muhammad ialah utusan ALLAH. 
Dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang-orang kafir yang memusuhi islam. sebaliknya mereka
bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama mereka".
-surah al-fath,ayat 29-

Allah SWT berkata lagi," Dan penduduk Kota Madinah yang beriman 
sebelum mereka(orang beriman dari Mekah berpindah ke Madinah),
mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka".
-surah al-hasyr, ayat 9-

Anas melaporkan , Nabi Muhammad SAW pernah berkata," ada tiga perkara,
sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara itu kedalam dirinya, beliau dapat
merasakan manisnya iman, iaitu beliau lebih mengasihi ALLAH SWT
dan utusanNya lebih dari yang lain-lain. Kedua apabila beliau mengasihi 
manusia lain semata-mata kerana ALLAH SWT.
dan krtiga, apabila beliau benci untuk kembali kepada kekafiran selepas beliau diselamatkan 
oleh ALLAH SWT daripada kekafiran itu sebagaimana bencinya beliau 
jika dirinya dilemparkan kedalam api neraka."
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

Muaz berkata,' saya mendengar nabi Muhammad SAW berkata,'  ALLAH yang maha 
besar lagi maha perkasa berkata orang-orang
yang saling kasih mengasihi  kerana keagunganku akan mendapat mimbar-mimbar 
yang tercipta daripada cahaya, yang juga diingini
oleh para nabi dan para syahid.' "
-Direkod oleh tarmizi-

Abu Hurairah melaporkan," nabi muhammad memberitahu bahwa ada seorang lelaki 
yang pergi menziarahi saudaranya di kampung yang lain. 
kemudian ALLAH SWT menyuruh seorang malaikat melindungi jalan-jalan
yang dilalui oleh lelaki itu.  apabila lelaki itu melalui satu jalan, malaikat itu bertanya
' Tuan hendak kemana?' '  saya hendak pergi kerumah seorang saudara
saya di kampung ini.'  ' 
'adakah tuan mengharapkan sesuatu daripada saudara 
tuan itu? malaikat itu bertanya lagi. ' Tidak. Hanya sahaja saya mengasihinya
Kerana ALLAH,' jawab lelaki tersebut.
Malaikat itu pun berkata,' Percayalah, saya ini utusan ALLAH yang disuruh menemui 
tuan. Sesungguhnya ALLAH mengasihi tuan sebagaimana
tuan mangasihi saudara tuan itu kerana ALLAH.'"
-direkod oleh Bukhari dan Muslim-


berkasihlah kerana ALLAH..
pasti ALLAH akan melindungimu...
insyaallah

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar