MAYAT SEORANG GADIS MENGELUARKAN AROMA KASTURI (KISAH BENAR)



Dalam sebuah wawancara dengan sebuah majalah Al-Yamamah, Ummu Ahmad ad-Du'aiji mengatakan, "Ada seorang gadis, 20 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Menjelang kematiannya keluarganya sempat betanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu, Fulanah?" "Alhamdulillah, baik," jawabnya. Tapi, tidak lama kemudian ia meninggal dunia. (Semoga Allah merahmatinya.)

Keluarganya membawanya ke tempat pamandian jenazah. Kami meletakkannya di atas bangku mandian dan mula memandikannya. Tiba-tiba kami melihat wajahnya bersinar dan tersenyum. Seolah-olah dia sedang berada di tempat tidurnya. Dan, tubuhnya tidak terdapat luka, tercalar ataupun darah.

Dan anehnya, ketika mereka hendak mengangkatnya untuk meneruskan mandian, tiba-tiba hidungnya mengeluarkan cecair putih yang memenuhi bilik (tempat mandian) itu dengan aroma kasturi. Subhanallah, Itu benar-benar aroma kasturi. Lalu kami semua membaca Takbir dan berzikir kepada Allah. Bahkan putrid saya, teman almarhumah, mula menangis.

Kemudian bibi almarhumah bertanya tentang anak saudaranya tersebut, dan tentang bagaimana kehidupannya. Ia pun menjawab, "Dia tidk pernah pernah meninggalkan kewajipan agamanya sejak usia tamyiz (menjelang baligh). Dia tidak pernah menonton filem, sinetron mahupun televise. Dia tidk pernah mendengar music. "

Sejak usia 13 tahun dia rajin berpuasa Isnin dan Khamis. Dia bahkan berniat menjadi sukarelawan untuk memandikan jenazah. Tetapi dia sudah dimandikan sebelum sempat memandikan orang lain. Guru-guru dan rakan-rakannya

mengenang ketaqwaannya, kebaikan akhlak dan perilakunya. Dia memberikan kesan kepada guru-gurudan teman-temannya saat masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Saya mengatakan, "Tepat sekali kata penyair:

Detak jantung seseorang mengatakan kepadanya
Sesungguhnya hidup ini adalah minit dan saat
Buatlah kenangan yang indah sebelum matimu
Kerana kenangan adalah umur kedua manusia


Dan yang lebih baik lagi adalah firman Allah - subhanahu wa ta'alaa -:

وجعلني مباركا أين ما كنت وأوصاني بالصلاة والزكاة ما دمت حيا


"Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (Mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup "(QS. Maryam: 31)

Alangkah indah jika kita mampu mengawal hawa nafsu..
semoga ALLAH memelira perjalanan hidup kita...

Comments

Popular posts from this blog

PARLIMEN DI MALAYSIA

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan

Kesan Permodenan keatas alam sekitar