Malaysia sememangnya tidak pernah dijajah oleh British

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kenyataan daripada Majlis Profesor Negara yang diwakili oleh Prof. Datuk Dr Zainal Bin Kling yang menyatakan bahawa negara kita Malaysia tidak pernah dijajah. 
kenyataan yang dikeluarkan ini cukup memberi kesan kepada seluruh masyarakat malaysia. ada yang menyatakan persetujuan tentang perkara ini dan ada pula yang menentang penyataan ini sehingga membabitkan kenyataan ini sebagai salah satu helah politik. 
baru-baru ini pensyarah saya Prof Khaizin  begitu tertarik dengan isu ini telah menjadikannya sebagai satu tugasan kepada kami bagi mengetahui sejauh mana kefahaman kami tentang isu ini. dan hasil tugasan tu saya ada tampilkan dalam laman ni...
http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2011/12/benarkah-malaysia-tak-pernah-dijajah.html

oleh yang demikian telah timbul persoalan sejauh mana kebenaran kenyataan Prof Datuk Dr Zainal Kling tentang persoalan Malaysia tidak pernah dijajah???

baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan beliau (prof datuk Dr Zainal Kling) dalam satu persidangan iaitu persidangan kebangsaan Perpaduan Nasional yang berlangsung di Hotel Seri Pasific Kuala lumpur pada 14 disember 2011.
pada kesempatan itu, saya sempat berborak dengan beliau mengenai isu ini. saya berkesempatan bertanyakan beberapa soalan tentang kekeliruan saya mengenai isu tersebut.

antara soalan yang saya tanyakan adalah sejauh mana kebenaran tentang kenyataan beliau yang menyatakan bahawa malaysia tidak pernah dijajah. lalu beliau mengatakan bahawa sebenarnya ramai keliru tentang fakta ini. ya sememangnya malaysia tidak pernah dijajah. lalu saya bertanyakan kembali, sekiranya malaysia tidak pernah dijajah, mengapa kuasa sultan hanya tertakluk kepada adat istiadat dan agama sahaja. beliau menyatakan bahawa dalam perjanjian pangkor, sememangnya sultan telah menyerahkan tugas pentadbiran tersebut kepada british. oleh yang demikian, tugas pentadbiran oleh british sebenarnya telah diserahkan kepada sultan secara rela hati.
lalu saya bertanya kembali, sekiranya benar malaysia tidak pernah dijajah, mengapa ada berlaku penentangan? lalu beliau menyatakan bahawa penentangan itu dilakukan oleh para pembesar yang kehilangan kuasa mengutip cukai.
sebelum kedatangan british, kuasa mengutip cukai diberikan kepada pembesar melayu, namun setelah kedatangan mereka, sultan telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada mereka. oleh yang demikian akibat kehilangan kuasa mengutip cukai merangkap kehilangan hasil pendapatan mereka telah menyebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap british. hal inilah yang menyebabkan berlakunya penentangan terhadap british.
seterusnya saya bertanya lagi, bukankah cukai dan hasil bumi tersebut mereka gunakan untuk kepentingan mereka. beliau seterusnya menyatakan bahawa ianya adalah salah faham semata-mata. cukai dan hasil bumi tersebut bukanlah digunakan oleh mereka tetapi cukai tersebut sememangnya disalurkan kepada negara kita. 

saya masih lagi tidak berpuas hati . ye la kan.. habis pada zaman penjajahn portugis keatas melaka bukankah itu penjajahan terhadap tanah melayu. beliau menyatakan bahawa ianya tidak dikira penjajahan ke atas tanah melayu kerana portugis hanya menjajah melaka tetapi tidak negeri-negeri lain..
panjang lagi sebenarnya p lupa la apa yang beliau terangkan pada saya.  saya tak tulis pom p dengar je... tu yang susah nak ingat tue.. hehe

pengajarannya: sebagai golongan masyarakat kita haruslah kaji terlebih dahulu setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung apa-apa jua isu.  ada dalam kalangan mereka mencemuh pendapat ini dengan sewenang-wenagnya tanpa usul periksa. sebaliknya seharusnya kita banyak membaca dan mengkaji pendapat ini telebih dahulu, dan sekiranya anda tetap tidak bersetuju terserahlah.. tetapi tidak usah mengeluarkan caci maki kepada beliau kerana beliau merupakan seorang ilmuan dan sejarawan yang terkenal, pastinya beliau lebih mengetahui tentang perkara ini

menurut beliau isu ini dikeluarkan kerana ada dalam kalangan bukan bumiputera yang mempersoalkan tentang kedudukan bangsa melayu di tanah malaysia. mereka menyatakan bahawa negara kita pernah dijajah ini bermakna kita sudah tidak punya hak keatas tanah melayu/Malaysia. hal ini sudah pasti mencalarkan maruah bangsa melayu sebagai pribumi tanah air bukan.. seharusnya isu ini dikupas dengan lebih mendalam agar seluruh masyarakat dapat memahami persoalan yang timbul disebalik isu ini

* sekiranya ada salah dan silap atas hasil penulisan harap maaf..

wallahualam

ini lah saat pertemuan saya dan rakan-rakan dengan Prof Datuk Dr Zainal Kling

Comments

Popular posts from this blog

Teori Pembelajaran Sosial Konstraktivisme.

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia

Kesan Permodenan keatas alam sekitar